Barli adalah antara bijirin yang bagus serta baik untuk kesihatan dan kebaikannya sudah diketahui dunia sejak berzaman lagi. Malah ia antara amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan seharusnya diikuti serta dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.
Barli juga merupakan bijirin yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, protein, asid amino serta vitamin dan beberapa galian yang lain. Kajian klinikal yang telah dijalankan di Australia, Kanada dan Amerika syarikat melaporkan bahawa serat barli efektif dalam membantu merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli juga amat penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Selain itu, ada banyak lagi khasiat barli ni. Antaranya ialah:
Jika anda terkena kencing kotor ataupun dengan kata lainnya, jangkitan pada saluran saluran kencing, anda boleh mengamalkan minum air barli. Ini kerana barli bersifat diuretik ( mempercepatkan proses pengeluaran air dari badan). Ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Kandungan serat dalam barli membantu anda untuk rasa kenyang secara lebih lama. Oleh yang demikian, ia amat sesuai dinikmati bagi anda yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Amalan meminum air barli juga dikatakan mampu memberi manfaat pada kesiahatn. Beta-glucan yang terkandung didalamnya dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Oleh itu ia dapat membantu mengelakkan masalah darah tinggi, jantung dan strok.
Barli sangat baik untuk kesihatan usus serta mempercepatkan proses penghadaman. Malah, jika anda mengalami masalah cirit birit, anda boleh mengamalkan pengambilan air barli bagi menstabilkan kembali kandungan bendalir dan elektrolit dalam badan.
Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ia dikatakan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam barli juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
Barli terkenal dek kerana khasiatnya serta kemampuannya yang mampu menurunkan suhu badan. Oleh itu, jika demam, anda disarankan untuk meminum air rebusan barli. Air barli juga antara minuman terbaik yang boleh menyejukkan badan. Oleh itu jika anda mengalami hari yang memenatkan serta cuaca yang panas, cubalah untuk minum air bali. Pasti anda akan rasa lebih segar.
Selain dijadikan minuman, barli juga boleh dijadikan manisan serta dimasak bersama nasi. Malah, jika anda mahukan hidangan dari barli yang lebih mengenyangkan, boleh cuba resipi Risotto Barli Keju Kacang Pis ini. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK:
Info chef: Jika mahu rasa lebih enak, boleh ditambah isi udang segar ke dalam risotto.