Cendol boleh dikatakan sebagai salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Macam-macam masakan boleh dihasilkan dari bahan ini. Anda boleh hasilkan kuih, minuman, manisan dan banyak lagi. Paling popular cendol yang dicampur dengan santan, gula melaka dan ais. Perghh..Sesuai sangatlah minum dikala musim panas ni kan. Jom kita belajar cara-cara membuat cendol homemade perkongsian dari blog Nina Mahdar.
Menurut saudari Nina Mahdar, ada tiga resipi cendol yang beliau cuba dan hasilkan, beliau lebih menggemari cendol dari resipi 1 cuma hasil cendolnya tidak begitu halus dan cantik. Tetapi rasa dan kekenyalan menepati citarasa si pemilik resipi. Resepi no 2 dan 3 pula, cendolnya kelihatan cantik dan berkilat tetapi agak lembut dan mudah patah. Anda boleh pilih resipi mana yang anda nak cuba.
RESEPI CENDOL 1
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung jagung
- 500gm air pandan
- 1 sudu makan air abu
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.
- Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
- Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
- Bila cendol dah masak, ceduk adunan dan tekan ke dalam acuan cendol. Boleh juga guna acuan maruku, penapis lubang besar atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan.
- Picit adunan sewaktu doh masih panas kedalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.
RESEPI CENDOL 2:
BAHAN-BAHAN:
- 50gm tepung jagung
- 50gm tepung beras
- 450gm air pandan
- 1 sudu makan air kapur
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.
- Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
- Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
- Bila cendol dah masak, ceduk adunan dan tekan ke dalam acuan cendol. Boleh juga guna acuan maruku, penapis lubang besar atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan.
- Picit adunan sewaktu doh masih panas kedalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.
RESEPI CENDOL 3:
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung beras
- 1 sudu makan air abu
- 450gm air pandan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan. Kacau sebati.
- Masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
- Sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
- Bila cendol dah masak, ceduk adunan dan tekan ke dalam acuan cendol. Boleh juga guna acuan maruku, penapis lubang besar atau masukkan ke dalam piping bag. Picit perlahan-lahan.
- Picit adunan sewaktu doh masih panas kedalam bekas berisi ais. Alas tangan dengan kain.
Kredit gambar & resipi: Blog Nina Mahdar (http://belogninamahdar.blogspot.my/2017/05/resepi-homemade-cendol.html )