Suka Makan Jeruk Bawang Putih? Ini Cara Membuatnya Secara Homemade.

Share

Bawang putih jeruk bukan sahaja menaikkan selera makan bahkan bagi peminatnya, ia merupakan hidangan sampingan yang wajib ada setiap kali waktu makan. Biasanya bawang jeruk ni sedap dimakan bersama nasi kerabu. Teksturnya yang rangup dan rasa sedikit masam memang sedap! Bagi anda yang ank cuba buat sendiri bawang putih jeruk ni, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

BAWANG PUTIH JERUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
  • 1 cawan cuka
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)

CARA MEMASAK:

  1. Satukan air,garam,gula dan garam ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
  4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.
  5. Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.

Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!

Kredit gambar & resipi sepenuhnya: blog cikmanggis ( http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.my/2010/11/jeruk-bawang-putih.html )

Published by
Nur