Serbuk kari habis? Alamak macam mana nak masak ni! Ha…Usah pening-pening. Anda boleh je buat sendiri rempah kari ikan ni. Mudah sahaja.
Bila buat sendiri, kita boleh ubah resipi ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan cili. Kalau nak kari warna terang, boleh lebihkan kunyit. Lagipun rempah kari homemade ni lebih sedap dari yang dibeli. Terasa wangi bahan-bahan yang digunakan. Jom cuba resipi perkongsian Puan Normah Bahari ni. Pasti puas hati.
REMPAH KARI IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 10-12 biji cili kering
- 3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- 10-15 biji lada hitam
- 2 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar jintan manis
CARA PENYEDIAAN:
- Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
- Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
- Sedia untuk dibuat kari .
INFO:
- Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
- Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
- Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.
Kredit resepi & foto: Normah Bahari