
Resipi kek mudah tapi sangat sedap perkongsian dari saudari Siti Hajar Hashim. Selamat mencuba!
KEK COKLAT LAYER MOUSSE COKLAT

BAHAN KEK COKLAT MOIST
- 3 biji telur gred A
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula (saya blend gula pasir)
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 kotak kecil susu dutch lady coklat (200ml)
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung gandum,serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
2. Satukan telur,gula dan esen vanila dlm bekas. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan minyak masak dan susu pekat.Pukul lagi hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi.
5. Akhir sekali masukkan susu coklat.Kacau sebati guna senduk je.
6. Tuang adunan ke dalam bekas. Tuang hingga separuh bekas sahaja. Empunya resipi guna bekas saiz sq450dan dapat 6 bekas.
7. Panaskan pengukus dan tunggu hingga airnya mendidih.
8. Masukkan kek dan kukus hingga masak. Anggaran 25 minit. Cara nak tahu kek masak atau belum, cucuk menggunakan lidi. Jika lidi bersih dan tak ada doh melekat, maksudnya kek dah masak. Balut tutup pengukus menggunakan kain untuk elak wap air menitis atas kek.

9. Sejukkan kek seketikakemudian keluarkan dari bekas. Potong kek kepada dua bahagian. ( empunya resipi potong guna benang).
BAHAN MOUSSE COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan non dairy whipping cream ( krim putar bukan tenusu)
- 250gm beryls dark chocolate compound
- 1/2 cawan susu cair
- 1 sudu makan majerin
CARA MEMASAK:
1. Pukul whipping cream hingga kental. Kemudian simpan dulu dalam peti sejuk.
2. Seterusnya, cairkan coklat menggunakan teknik double boiler. Bila dah cair, masukkan susu cair dan marjerin. Gaul hingga sebati dan biarkan sejuk seketika.
3. Campurkan coklat cair ke dalam bekas berisi whipping cream. Kaup balikkan hingga sebati.
CARA MELAPIS KEK
1. Untuk lapisan pertama, letak kek kemudian paipkan mousse coklat sebagai lapisan kedua.

2. Seterusnya letak kepingan kek dan paipkan lagi mousse coklat. Akhir sekali, tuang coklat ganache.
BAHAN COKLAT GANACHE ( untuk tuang pada lapisan akhir)
- 250gm beryls dark chocolate compound
- 1/2 cawan susu cair
- 1 sudu makan butter/majerin
CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat secara double boiler.
2. Seterusnya masukkan susu cair dan Kacau sebati.

3. Bila dah siap, tuang coklat ganache diatas kek. Sejukkan kek dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Hajar Hashim
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
10 Jenis Resipi Kek Yang Sedap & Mudah Dibuat!

Menu minum petang, kek, antara yang senang untuk disediakan. Pelbagai jenis kek yang boleh dibuat, antaranya kek coklat, kek pandan, kek nestum dan juga kek mango cheese.
Paling menarik, dalam koleksi 10 resipi kek ini, anda boleh cuba kek sarang semut yang sangat popular dan sedap!
KEK COKLAT MOIST

BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
(semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati. Tutup api, ketepikan)
4 biji telur gred A
*1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*1 sudu kecil baking powder
(ketiga bahan bertanda * diayak)
CARA-CARA:
1. Dah agak suam bahan yang dimasak tadi, masukkan ke dalam pengisar, masukkan 4 biji telur, kisar sekejap.
2. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, kisar sehingga semuanya sebati.
3. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Loyang sapukan sedikit planta, kemudian masukkan adunan kek.
4. Bila air dah mendidih, letak loyang kek tadi. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
*saya gandakan bahan, sebab tu kek nampak besar.
UNTUK TOPPING:
Sedikit serbuk koko + sedikit susu pekat manis + sedikit Planta. Masak sehingga cair. Sejukkan baru tuang atas kek.
Kredit resipi: Noriza Awang Hamat
KEK COKLAT MOIST LAPIS CHEESE

BAHAN A:
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu teh vanila
(Masak atas api sebentar dan sejukkan)
BAHAN B:
3 biji telur
BAHAN C:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan serbuk koko
(Ayak semua dalam mangkuk lain)
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE
250g cream cheese
½ cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
1 penutup esen vanila
*Semua bahan dikisar sampai halus dan dibahagi kepada 2 bekas.
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah sejuk. Pukul guna pemukul telur. Masukkan bahan C. Pukul lagi hingga bercampur dan tak berketul. Bahagi kepada 3 mangkuk.
2. Panaskan kukusan. Saya guna loyang 5x 5×3. Boleh guna loyang 9x9x3 supaya kek tak tinggi.
3. Sapu loyang dengan minyak baru lapik dengan kertas minyak. Boleh buat 5 lapis kalau suka (3 lapisan coklat, 2 lapisan cheese). Kukus ikut urutan iaitu coklat, cheese, coklat, cheese, coklat.
4. Kukus selama 20 minit. Tutup loyang guna aluminium foil supaya air tak menitik masuk. Dah masak baru, tuang bahan cheese krim, kukus selama 20 minit. Buat hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus selama 30 minit.
Kredit resipi: Dyzah Sulaiman
MINI CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN:
20 keping biskut marie atau biskut oreo pun boleh (saiz kecil, kalau saiz roti besar 10 ketul) | dikisar halus
5 sudu besar mentega | dicairkan
CARA-CARA:
1. Mentega yang dicairkan tuang ke dalam biskut marie (kalau guna unsalt butter lagi okay). Gaul rata.
2. Masuk 1 sudu besar ke dalam paper cupcake. Tekan-tekan biskut kisar tadi biar padat. Buat hingga habis. Ketepikan.
ADUNAN CHEESE:
250g cheese tatura atau jenama lain pun boleh
½ cawan gula
2 biji telur
Esen vanilla
½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil jus lemon @ sunquick pun boleh (optional)
3 sudu makan yogurt asli
CARA-CARA:
1. Mix dahulu cheese selama 10 minit. Masukkan gula. Mix lagi.
2. Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla. Mix lagi hingga sebati dalam 10 minit gitu.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan lemon jus atau sunquick pun boleh (tak nak letak pun boleh). Mix sebati.
4. Akhir sekali, masuk yogurt asli. Kaup balik hingga sebati. Isikan dalam bekas cupcake.
5. Panaskan ketuhar dengan suhu 160C dan bakar selama 20 minit. Sejukkan dahulu baru letak topping. Filing strawberry atau buah strawberry pun okay.
Kredit resipi: Ieda Jahaya
KEK OREN

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
2 cawan tepung kek
½ sudu kecil baking powder
¾ cawan gula pasir
1 biji oren (ambil airnya)
3 sudu besar sunquick (campurkan dengan perahan oren tadi, jadikan ½ cawan)
1 cawan minyak
Sedikit garam
1 penutup esen vanila
Pewarna kuning
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul telur dengan gula sampai kembang putih.
2. Masukkan esen vanila, campuran oren sunquick dan garam, masukkan minyak. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul secara perlahan saja.
4. Bila dah sebati, tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit planta dan dilapik kertas.
5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 1 jam, guna api atas bawah.
6. Saya guna loyang 8×8, jadi saya gandakan bahan untuk kek yang lebih besar.
Kredit resipi: Noriza Awang Hamat
KEK KELAPA PELANGI

BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin
½ cawan gula kastor
3 biji telur
Esen ros
1 sudu susu pekat
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan kelapa kering
Pewarna merah/hijau/ kuning
CARA MEMASAK:
1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar lagi.
3. Masukkan esen ros & susu pekat. Putar sekejap.
4. Ayak tepung, baking powder & soda bikarbonat.
5. Kaub balik adunan.
6. Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan. Kaub balik adunan.
7. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin.
8. Bakar 170°C selama 60 minit (ikut ketuhar masing-masing). Siap.
Kredit resipi & gambar: Juju Minhad
KEK SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu marjerin atau mentega
4 biji telur (gred A atau B)
1 cawan susu pekat (kalau tak nak manis, boleh letak ¾ cawan saja)
Esen vanilla
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
CARA-CARA:
1. Masak gula sehingga menjadi perang atau nampak seperti rupa hangus. Apabila gula sudah perang, masukkan air panas. Hati-hati ketika tuang air panas kerana boleh terjadi letupan kecil. Tuang sikit demi sedikit.
2. Kemudian, masukkan marjerin atau mentega. Biarkan larut semua. Ketepikan.
3. Di dalam bekas yang lain, masukkan telur, susu pekat, esen vanila. Kacau sehingga sebati. Boleh juga gunakan cara whisk.
4. Selepas itu, masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau lagi hingga sebati.
5. Apabila sudah sebati adunan kek tadi, masukkan air gula perang tadi. Kacau-kacau bagi sekata.
6. Tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang (loyang yang digunakan ini ialah saiz 5).
7. Kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus dengan menggunakan api besar.
SEDIKIT TIP UNTUK MEMASAK KEK SARANG SEMUT:
*Sapu minyak di bahagian bawah loyang sebelum masukkan adunan supaya senang untuk diterbalikkan.
*Untuk elakkan gula melekat ketika dipanaskan, masukkan 2 sudu air dan kacau sehingga gula betul-betul cair. Baru biarkan sampai jadi perang atau hangus. Guna api sederhana (tidak kecil dan tidak terlalu besar).
*Boleh gunakan gula perang untuk cepatkan proses membuat gula hangus.
*Masukkan bahan-bahan lain ketika air gula sedang mendidih.
* Jika guna kaedah bakar, panaskan oven 20 minit suhu 180°. Bakar guna api bawah 30 minit pertama atau kalau kek dah berbuih tinggi. Lepas itu, baru guna api atas bawah, fan on.
Kredit resipi & foto: Syafawatie Yatiey
BUTTER CHOC RICE CAKE

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis, kurangkan sikit ye gula dalam ¾ cawan je)
4 biji telur gred B
1 buku mentega (guna pure butter lagi sedap)
100mls susu segar/ full cream milk
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil butter oil/essence vanilla
Chocolate rice (kuantiti ikut suka
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula, putar telur dulu sampai kembang.
2. Kemudian, masukkan mentega dan juga gula. Mentega jangan terlalu keras atau terlalu lembik.
3. Putar lagi sampai adunan menjadi kembang dan berkilat cantik.
4. Masukkan butter oil dan susu pekat. Putar lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu.
6. Jangan lupa masukkan baking powder yang sudah diayak jugak. Putar sekejap.
7. Masukkan susu segar. Putar lagi bagi sebati. Kemudian, kaup di bahagian tepi supaya tiada aduanan yang tertinggal.
8. Masukkan choc rice. Ikut suka anda nak masukkan banyak mana. Tiada sukatan yang tepat. Kacau-kacau rata.
9. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah disapu mentega.
10. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160-170C selama 40 minit api atas bawah. Sedap dan senang.
Kredit resipi: Himawari Chan
MINI MANGO CHEESE CAKE

CRUST BISKUT:
1 paket biskut Marie | dikisar halus
1 cawan bijirin Nestum (optional, boleh abaikan jika tak suka)
150gm mentega | dicairkan
CREAM CHEESE:
500gm cream cheese | biarkan pada suhu bilik 1 jam @ hingga lembut
200ml dairy whipping cream
1 cawan gula kastor
1 ½ biji mangga susu | kisar dengan ½ cawan air masak
½ biji mangga susu | dipotong kiub
3 sudu besar gelatin halal
½ cawan air panas
PURI MANGGA:
1 biji mangga susu | dipotong dadu (untuk hiasan)
1 ½ biji mangga susu | dipotong kecil
½ cawan gula pasir
½ cawan air masak
3 sudu besar gelatin halal
½ cawan air panas
Pewarna kuning (optional)
CARA-CARA:
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
1. Crust biskut: kisar halus biskut marie dan campur bersama bijirin nestum.
2. Cairkan mentega. Campur ke dalam biskut dan bijirin Nestum tadi. Kacau rata.
3. Masukkan crust biskut ke dalam bekas mini dan tekan bagi padat sikit. Simpan di dalam peti ais selama 1-2 jam.
4. Cream cheese: Potong 1 biji mangga, kisar dengan air dan gula hingga halus. ½ biji lagi dipotong kiub. Saya guna mangga susu yang bersaiz sederhana besar ye.
5. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
6. Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental. Kemudian, campur ke dalam cream cheese tadi. Pukul lagi hingga kembang.
7. Sementara itu, larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika.
8. Masukkan mangga yang telah dikisar tadi dan gelatin. Pukul rata.
9. Campur mangga yang dipotong kiub. Kacau dengan senduk hingga sebati. Tuang adunan ke atas crust biskut. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam hingga keras.
10. Puri mangga: Kisar 1 ½ biji mangga dengan gula dan air masak hingga halus. 1 biji lagi dipotong dadu untuk hiasan/topping.
11. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. Kemudian, campur ke dalam puri mangga berserta pewarna kuning. Kacau sebati.
12. Tuang ke atas cream cheese dan tabur dengan mangga. Simpan di dalam peti ais selama 2 jam hingga set. Sedia dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
KEK PANDAN BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
200ml santan
2 sudu makan susu pekat
1 sudu serbuk penaik
1 sudu ovalette
Emulco pandan
Pewarna hijau
CARA MASAK:
1. Putar telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik. Masuk sedikit demi sedikit.
4. Masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
5. Letak adunan di dalam loyang 8×8 dan panaskan ketuhar dalam 5-10 minit.
6. Bakar pada suhu 160C selama 40 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Siti Sarah Hamid via Loyang & Acuan
KEK NESTUM GEBU VIRAL

BAHAN-BAHAN:
200g marjerin (lebih kurang dalam secawan – tengok juga cawan yang diguna, nak tepat pakai timbang, saya pakai cawan minum kopi je)
150g gula perang (dalam 1 cawan lebih sikit)
Sedikit esen vanila
50g nestum original @ 2 peket (macam dalam gambar)
3 sudu besar susu pekat
160g tepung naik sendiri (dalam 1 ½ cawan)
5 biji telur
Kacang pecan @ ikut selera nak letak jenis kacang apa
CARA-CARA:
1. Putar marjerin dan gula perang hingga gebu dan kembang sebati.
2. Kemudian masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati semuanya.
3. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi.
4. Dah boleh perlahankan mixer. Masukkan tepung yang sudah diayak. Putar lagi.
5. Akhir sekali, baru masukkan nestum. Kacau lagi hingga sekata semuanya.
6. Alaskan loyang dengan baking paper. Tuang adunan dan tabur kacang pecan.
7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45-55 minit, api atas bawah.
8. Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan atas redai.
Kredit resipi: Lieyaa Homemade
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kenali 6 Jenis Labu Berkhasiat & Cuba Resipi Berasaskan Labu
Ceriakan Anak-Anak Dengan Donut Susu Bentuk Bunga, Memang Comel!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Sedap!

Sedapnya Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan ni. Versi premium sangat. Menurut saudari Ekin Majid resipi ini dikongsi dari saudara Rushdi Lazim dan ia sangat mudah disediakan. Guna bahan-bahan yang ada di rumah je. Nak cuba buat kek ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK PISANG COKLAT KLUSTER KAYANGAN

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang
- 120gm gula perang
- 115gm mentega
- 120gm buttermilk ( ½ cawan susu segar + ½ sudu makan cuka. Satukan & biarkan)
- Esen vanilla
BAHAN KERING:
- 160gm tepung gandum
- 25gm serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh garam
- 80gm belgian callebout chox (jika tiada, guna choc chip sahaja. Jik guna coklat callebout, rasa lebih sedap)
- 30gm walnut (jika ada. Empunya resipi tak guna sebab tiada)
- Sedikit belgium choc & walnut untuk topping ( empunay resipi guna chip chocolate sahaja)
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Lenyek pisang menggunakan spatula. Kemudian masukkan gula. Gaul hingga larut.
3. Seterusnya masukkan mentega. Gaul rata diikuti dengan buttermilk. Gaul sekali lagi.
4. Masukkan bahan-bahan kering. Adun sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan marjerin atau mentega.

6. Tabur topping yang telah disalut dengan sedikit tepung gandum. Tujuannya supaya topping timbul dan tidak tenggelam ke dalam kek semasa dibakar.

7. Bakar pada suhu 150C-160C selama 40-45 minit. ( masa membakar mungkin berbeza ikut saiz dan jenis ketuhar masing-masing. Cucuk kek guna lidi untuk uji kek sudah masak atau belum.

INFO:
1. Loyag guna yang bersaiz 6 inci.
2. Bahan topping perlu disalut dengan tepung gandum terlebih dahulu sebelum ditabur supaya tidak tenggelam dalam adunan.
Kredit resipi & foto: Ekin Majid
Kredit resipi asal: Rushdi Lazim
Tengah berkira-kira nak cari perkakas rumah & peralatan dapur baru? RASA kongsikan seleksi ‘HOME APPLIANCES’ yang boleh anda miliki dengan harga lebih rendah. Jom shopping!
NANTI DAH ADA GAJET DAPUR BARU, BOLEH MASAK MENU NI:
Chef Kamarul dan Isteri Kongsi Dua Resipi Istimewa Untuk Hari Raya
Kek Coklat Bajet, Tepung Beli Kat Kedai Eco

Kek coklat bajet. Tepung kek beli kat kedai Eco je. Siapa pernah beli tepung kek di kedai yang terkenal dengan harga barang-barangnya yang cukup murah itu?
Jangan tak percaya, sedap tau dan menjadi kek yang dibuat. Puan Sally Mally ini berkongsi resipi dan cara membuat kek bajet guna tepung kek yang dibeli di kedai Eco tu. Menurutnya, beli 2 pek bersama cawan, total RM6.36. Dapat 10 cawan kek! Jimat sungguh.
Selain itu, kek itu tetap sedap dan mudah je nak membuatnya.
Musim cuti sekolah, anak-anak kat rumah jadi kenalah sediakan makanan secukupnya untuk mereka. Minum petang bolehlah buat kek cawan ini. Selamat mencuba!
Kek Coklat Bajet, Tepung Beli Kat Kedai Eco
Bahan-bahan:
2 pek tepung Moist Cake Mix (beli di Eco)
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak – boleh beli online di sini
1 cawan air masak
Sesudu makan Nutella (option)
Coklat chips (option)
Cara Memasak:

Bancuh sebati semua bahan dalam satu bekas.

Tambah sedikit Nutella untuk lebih sedap.

Kemudian tabur coklat chips di atasnya nak bagi lagi meriah. Tapi ini pilihan. Tak bubuh pun tak apa.

Bakar dlm air fryer 170’C selama 30 min, bergantung pd airfryer masing-masing. Nak kukus boleh, nk masuk dalam oven pun boleh. Tapi saya guna airfryer lebih mudah. Pakai cawan supaya senang ank-anak nak makan. Sedap sangat, gebu dan lembut.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

