Suka Makan Kek Lapis Masam Manis? Mudah Saja Cara Buatnya

Share

Berapa ramai yang suka makan kek lapis tapi merasakan sukar untuk membuatnya? Sebenarnya kek lapis ni mudah untuk membuatnya, cumanya harus lebih bersabar.

Dan antara kek lapis yang popular ialah kek lapis masam manis. Menerusi perkongsian saudara Jeffrey Shaari, bukan hanya wanita yang boleh membuat kek ini, tetapi lelaki juga boleh. Yang penting kena sabar ye.

Jom kita buat.

RESIPI CARA BUAT KEK LAPIS MASAM MANIS

Tempoh penyediaan : 45 minit


Tempoh memasak : 1 – 1.5 jam
Size loyang: 8×8

BAHAN-BAHAN:

450gram mentega (sejuk) – beli online DI SINI
250 gram gula kastor – beli online DI SINI
2 sudu besar ovalette – beli online DI SINI


250 gram tepung biskut marie (kisar sampai jadi tepung, baru timbang) – beli online DI SINI
200 gram creamer
10 biji telur Gred A (asingkan putih dan kuning)
250gram susu pekat – beli online DI SINI
150 gram tepung naik sendiri – beli online DI SINI
200gram horlick 
2 sudu besar kaya
2 paket manisan Haw Flakes secukupnya – beli online DI SINI
Esen vanilla – beli online DI SINI
Pewarna hijau – beli online DI SINI
Pewarna kuning – beli online DI SINI

TONTON Makan Di Mana Eps 13:  Imran Tapau Masakan Padangs On Wheels

TONTON  Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®:  Sambal Tumis Sardin 

CARA-CARA:

1.Asingkan putih telur dan kuning telur.
2. UNTUK BAHAN A: Pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Betul-betul kembang tau. Macam bertanduk. (tips penting, bekas mesti betul-betul kering dan jangan ada kuning telur langsung)
3. UNTUK BAHAN B: Pukul mentega dengan kuning telur hingga sebati. Masukkan ovalette, esen vanilla dan susu pekat.


4. Satukan Bahan A dan Bahan B sampai sebati.
5. Kemudian masukkan tepung biskut marie sikit demi sikit. Masukkan tepung naik sendiri dan masukkan kaya dan horlick setelah semua dah dicampur. Kacau bagi sebati.


*Timbang adunan dan bahagi tiga *

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Setiap lapisan, saya hanya masukkan 4 sudu besar dan ratakan.
7. Asingkan tiga bekas sama banyak. Satu pewarna kuning dan satu pewarna hijau. Satu biar kosong.
8. Sapukan sedikit mentega pada loyang (bahagian bawah sahaja) atau alas kertas bakar di bawah.


9. Kemudian masukkan adunan kuning. Bakar lebih kurang 7 minit. Kalau bakar, guna oven api atas bawah.
10. Keluarkan selepas 7 minit, masukkan adunan berwarna kosong. Bakar cuma api atas sahaja selama 6-7 minit.
11. Keluarkan lagi. Masukkan adunan ketiga yang warna hijau dan lapikkan haw flakes (suka hati anda nak susun macam mana) dan bakar pada api atas sahaja selama 6-7 minit.
12. Ulang proses yang sama sampai habis adunan. Untuk lapisan akhir, saya hias dengan haw flakes. Setelah siap, sejukkan 1-2 jam kemudian bungkus semuanya. Simpan dalam chiller selama 12 jam.


13. Keluarkan dan potong pada 3 blok dan bungkus dengan ceiling wrap untuk memastikan kek menjadi lebih moist.

Kredit resipi: Jeffrey Shaari

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff