Kuih Dangai ni, anda ke pasar malam pasti beli. Bau harum kelapa yang dibakar memang menaikkan selera. Anda pun boleh hasilkan kuih ini di rumah. Jom lihat bahan-bahan serta cara-caranya.
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
- 150gm tepung pulut
- Gula pasir secukupnya (ikut manis yang anda suka)
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Gaul semua bahan hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan dangai atau guna loyang je. Tekan-tekan bagi sama rata, namun jangan tekan padat sangat ( akak alaskan loyang dgn baking sheet. Jadi tak cepat hangit)
- Bakar api atas bawah pada suhu 170C sehingga keperangan. Anggaran masa dalam 20 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
Nota: Jangan bakar lama sangat nanti dangai keras dan tidak sedap. Dangai yang enak mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.
Kredit resipi & gambar: Juelzam Jaafar