Suka Makan Lauk Pedas? Sambal Ayam Cili Hidup Ringkas Ni Pasti Buat Telinga Berdesing!

Share

Pencinta makanan pedas pasti suka lauk yang min kongsi ni. Ayamnya dimasak simple je tapi cili dia, hah…jangan tak tahu. Pijor mulut weh. Bagi anda yang sukakan lauk yang bercili,  resipi ni sesuai sangatlah anda cuba. Tak perlu lauk lain. Cukup sekadar dengan nasi panas dan ulam timun. Pasti bertambah makan. 

SAMBAL AYAM CILI HDUP

BAHAN-BAHAN:

  • 8-10 ketul daging ayam
  • 15 biji cili api ] ditumbuk
  • 3 ulas bawang kecil ] ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ] ditumbuk
  • 2 biji bawang besar ] dihiris Sedikit serbuk kunyit sedikit
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam kemudian gaul dengan garam dan kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam. Tidak perlu terlalu garing.
  3. Keluarkan sedikit minyak dan masukkan bahan tumbuk hingga sedikit garing. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  4. Kemudian masukkan ayam goreng dan bawang besar tadi dan kacau rata.
  5. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedia dihidangkan

 

 

Published by
Nur