Suka Makan Pekasam Tapi Tidak Suka Ikan Darat. Senang Buat Sendiri Ikan Perkasam Gelama Laut

Share

 

Pekasam adalah makanan tradisional lama yang asalny dihasilkan untuk menyimpan lebihan ikan yang ditangkap. Ikan yang dicuci bersih diperam dengan beras yang disangai, air garam dan  asam keping.

IKAN PEKASAM GELAMA

BAHAN-BAHAN

  • 1/5 kg Ikan Gelama
  • 50gm garam (terpulang garam kasar atau halus)
  • Asam keping

 

CARA MEMBUAT:

  1. Bersihkan ikan seperti biasa (buang perut, insang, ekor,sirip).
  2. Lumurkan ikan dengan garam dan susun dalam bekas.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  4. Setelah semalaman, keluarkan ikan dan bilas.ketepikan seketika dan boleh la buat berasnya pula.\

 

 

Beras (sebanyak mungkin) untuk tujuan peram dan hasil gorengan yang cantik

CARA MEMBUAT: 

1. Sangai beras hingga kekuningan. Bagi naik bau dan cantik warnanya.

 

2. Hasil sangaian/gorengan tanpa minyak.

 

4. KIsar beras yang disangai tadi (biar ada kasar & halus)

 

5. Contoh beras yang telah di kisar. Jika suka boleh haluskan lagi.

 

6. Susunkan ikan dalam bekas dan lapiskan bersama asam keping & beras yang disangai tadi. Sudah susun cantik, bolehlah masukkan air garam hingga tenggelam ikannya.

7. Tutup bekas rapat dan boleh peram dalam peti sejuk bahagian sayur selama seminggu atau lebih.

 

CARA MEMASAK IKAN PERKASAM:

  1. Goreng ikan pekasam garing.
  2. Masukan bawang besar potong bulat, cili kering dan cili padi hingga. Tumis sehingga layu dan tabur atas ikan perkasam tadi.
  3. Akhir sekali perahkan limau kasturi/limau nipis dan siap.

 

INFO:

  1. Masak dulu air garam dan sukatan garam ikut citarasa. Hendak masin sangat atau rasa sederhana.
  2. Enak makan dengan nasi panas.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Wan Sabariyah Wan Arit

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESEPI INI:

http://www.rasa.my/pejam-mata-je-ni-tumis-petai-dengan-ikan-bilis-cili-api-makan-sampai-licin/

 

 

Published by
Zera Naim