Rasa: Jelajah Rasa Nusantara sekali lagi membawa anda menjelajah negara seberang; Indonesia bersama Adam Didam dan Ili Sulaiman untuk belajar cara-cara menghasilkan hidangan Lumpia yang sangat sedap dan enak. Lumpia ini sekali pandang seakan-akan Popia. Adakah sama Popia yang ada di Malaysia dengan sajian Lumpia ni. Kalau nak tahu, jom lihat resipi dan cara-cara penghasilan kedua-dua hidangan ini
1. POPIA
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 ulas bawang putih | cincang
- 2-3 keping tauhu | cincang halus
- 1 batang lobak merah | potong julienne
- ½ biji sengkuang | potong julienne
- Garam dan gula secukup rasa
- Kulit popia bulat secukupnya | boleh beli di pasaraya
- Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan tauhu. Goreng lagi hingga tauhu keperangan.
3. Tambahkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga lembut namun tidak terlalu lembik.
4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5. Ambil kulit popia, sudukan inti dan gulung dengan kemas. Goreng hingga garing.
6. Angkat dan sapukan sos pada popia dengan secukupnya. Tabur bawang goreng serta daun bawang untuk rasa lebih enak.
2. LUMPIA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tauge
- 2 cawan parutan lobak merah
- 8 helai daun bawang | hiris halus
- 4 keping tauhu | dipotong halus
- 4 keping telur dadar | hiris halus
- 1 keping dada ayam rebus | carik isinya
- Garam dan gula secukup rasa
- Kulit popia secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- 2 sudu makan tepung gandum | bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas yang besar, satukan tauge, daun bawang, tauhu dan lobak merah.
2. Masukkan garam serta gula secukup rasa.
3. Seterusnya tambahkan hirisan telur dadar dan isi ayam carik. Gaul hingga sekata.
4. Ambil kulit Lumpia dan sudukan inti dengan secukupnya.
5. Gulung Lumpia dengan kemas dan sapu bancuhan tepung untuk melekatkan kulit lumpia di bahagian hujung.
6. Goreng hingga garing. Sedia untuk dinikmati bersama sos.
Cuba Juga:
- Resipi Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1
- Resipi Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 2
- Resipi Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 3
- Resipi Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 4
- Resipi Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 5
- Resipi Sate Ayam & Sate Padang dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 6
- Resipi Char Kuetiaw & Pad Thai dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 7
- Resipi Daging Asam & Bo Tai Chanh dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 8
- Resipi Ikan Percik & Sinugno dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 9
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI