Sebut sahaja pretzel, pasti ramai terbayang aneka roti lembut berpilin tu kan? Ada macam-macam perisa. Kalau sesekali ada sale, 5km beratur pun ramai yang sanggup. Bagi yang belum pernah rasa atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Lalola Lilo ni boleh anda cuba. Jimat, sedap dan bolehlah makan puas-puas.
PRETZEL
BAHAN-BAHAN( untuk 8 hidangan)
1 1/2 cawan air suam
1 sudu makan garam
1 sudu makan gula
1 paket yis kering
4 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu makan minyak (boleh guna minyak zaitun)
2/3 cawan baking soda
2 biji telur
Garam kasar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 230°c.
2. Dalam mangkuk, satukan air suam,sedikit garam dan gula. Kacau sampai larut. Kemudian masukkan yis. Rehatkan selama 5 minit (sehingga berbuih).
Ads
3. Masukkan tepung gandum dan 2 sudu makan minyak. Uli sehingga jadi doh.
4. Angkat sementara doh, sapukan lebihan minyak tadi pada mangkuk yang sama dan letakkan doh semula (tujuan supaya doh tak melekat pada mangkuk bila mengembang)
5. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan rehatkan sejam.
6. Selepas sejam, bahagikan doh kepada8 bahagian. Gelekkan setiap bahagian jadi bentuk tali panjang dan buat bentuk pretzel.
Ads
7. Dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan baking soda. Rebuskan doh pretzel tadi dalam 30 saat setiap belah.
8. Pindahkan pretzel ke baking sheet, sapukan telur di permukaan atas pretzel dan taburkan garam kasar.
Ads
9. Bakar dalam 10-15 minit atau sehingga kuning keemasan. (Boleh tukar perisa apa kita nak buat ikut citarasa) selamat mencuba!
Nota RASA: Resipi diatas adalah yang telah ditranslate dari resipi asal ( resipi luar negara). Bahan-bahan seperti garam kasar mungkin berbeza dengan garam kasar di Malaysia ( dari segi kemasinannya). Oleh itu, anda boleh sesuaikan perasa pretzel anda mengikut citarasa dan kesesuaian bahan yang ada.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Idea untuk minum petang kali ini sangat mudah. Kalau ada roti dah nak tamat tempoh tapi masih banyak, boleh cuba resipi ini.
Teksturnya rangup memang berselera makan. Bukan setakat anak yang ralit makan, sesiapa jua yang makan pasti susah nak berhenti. Hanya guna dua bahan sahaja kemudian digoreng rangup.Sangat sedap dicicah bersama sos cili.
Jejari Roti Salut Tepung Bestari
Bahan-bahan:
Roti Buku ( jenama apa pun boleh)
Tepung bestari (spicy atau original pun boleh)
Cara membuat:
1.Potong roti bentuk jejari. Ikut nak panjang mana. Buat sederhana besar supaya mudah anak-anak nak makan.
2.Masukkan sedikit tepung bestari ke dalam mangkuk. Tuang sedikit air dan bancuh sampai sebati.Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.
3.Ambil pinggan dan tuang sedikit tepung bestari yang kering.
4.Panaskan minyak dalam kuali. Ambil roti, celupkan dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam pinggan hingga semua bersalut.
5.Masukkan dalam kuali dan goreng sampai kekuningan. Buat sampai habis roti.
6.Bila dah bertukar warna keemasan, angkat dan toskan.
7.Hidangkan bersama sos cili dan mayonis jika suka.
Harum semerbak bila membakar korean garlic bread ni. Ada lebihan roti yang tak habis, boleh cuba guna roti gardenia ikut resepi ni. Tak sangka lagi sedap rupanya. Tapi kalau yang suka pakai roti bun pun boleh, buat dua sekali.Tambah serbuk badam di atas lagi rasa crunchy.
KOREAN GARLIC BREAD ALMOND
Bahan-bahan:
Roti gardenia/roti bun
Serbuk badam@badam cincang
Bahan A
1 ketul butter
1 biji telur
3-5 ulas bawang putih
1sudu madu@gula
Parsley
Bahan B
250gm Cream cheese
2 sudu susu pekat
3 sudu susu cair/susu segar
Cara membuat:
1.Sebatikan A dengan cara cairkan butter,kemudian masukkan bawang putih biarkan sejuk seketika,kemudian masukkan sebiji telur yang dah dikocak ke dalam butter tadi bersama madu, parsley kering dan kacau sebati.
2.Untuk bahan B masukkan cream cheese ke dalam mangkuk.Aduk bersama susu pekat dan susu cair sehingga sebati dan ketepikan.
3.Kemudian ambil sekeping roti buang bahagian tepinya,letakkan cream cheese tadi dan lipat 2.Kelim pada bahagian tepi dengan garfu supaya tidak terbuka ketika membakar.
4.Salut roti ke dalam bahan A tadi susun atas dulang pembakar,dan bakar pada suhu 160°c selama 10 minit atau sehingga masak dan garing.Siap dihidangkan.
Waktu pagi selalu terkejar-kejar. Sibuk, kan? Apa kata buat sarapan simple tapi sedap ni. Jom try.
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.