Suka pesan Sup Tulang kalau makan di kedai tomyam @ kedai makan siam? Sup yang cukup rasa ni memang enak kan? Masam, masin, pedas semua cukup. Kalau makan di kedai, sekejap je dah siap masaknya. Rahsianya kena ada sup asas dan tulang, daging, ekor perlu direbus awal. Barulah cepat kerja memasak tu. Jom lah cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQmanni! Makan bersama Sambal Cili Kicap atau Sambal Belacan pun enak ni.
RESIPI SUP TULANG SEDAP ALA KEDAI TOMYAM
BAHAN-BAHAN: 500gm tulang – rebus hingga empuk 1/2 paket rempah sup – beli online disini 1 ulas bawang merah – tumbuk atau kisar – beli online disini 5 ulas bawang putih – tumbuk atau kisar – beli online disini Sedikit halia – tumbuk atau kisar Air rebusan tulang 500ml air Batang saleri Lobak merah Cili padi
BAHAN PERASA SUP: 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan nampla @ sos ikan – beli online disini Gula, aji & serbuk perasa ayam (boleh ganti garam) secukup rasa 1 sudu makan air limau (kalau tiada, ganti dengan hirisan tomato untuk rasa masam)
Dapatkan PRIMADA SWEETHEART PINK 4L PRESSURE COOKERdengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1.Pertama sekali, adalah proses membuat sup asas atau ‘soup base’. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk atau kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi. Resipi ini tidak menggunakan rempah 4 sekawan kerana menggunakan rempah sup tetapi boleh ditambah jika mahukan rasa lebih berempah.
3. Masukkan rempah sup.
Ads
4. Seterusnya masukkan air rebusan tulang. Sebatikan.
5. Masukkan juga air. Kacau lagi hingga larut.
6. Biarkan kuah hingga mendidih. Maka siaplah ‘soup base’. Rasanya tawar sahaja dan berempah. Jika ada lebihan, boleh simpan dan guna kemudian untuk memasak Sup Daging atau Sup Ayam.
7. Empunya resipi tidak kisar halus bahan rencah tadi. Jadi beliau tapi untuk dapatkan sup yang bersih.
8. Untuk memasak sup tulang, didihkan kuah sup tadi terlebih dahulu. 9. Kemudian masukkan tulang yang telah direbus empuk (empunya resipi rebus selama 1jam 15 minit). Tip untuk tulang cepat empuk, masukkan 1 biji buah keras semasa merebus)
10. Seterusnya masukkan hirisan saderi, lobak merah dan cili padi.
11. Tambahkan bahan-bahan perasa sup. Ubah suai rasa mengikut selera masing-masing.
Ads
12. Sup Tulang ala kedai tomyam siap untuk dihidang.
Semua orang boleh buat air cocktail kerana sangat mudah untuk membuatnya. Namun tak semua boleh jadikan sedap lemak berkrim.
Nak buat air cocktail yang sedap dan ada ‘kick’, bolehlah cuba resipi yang dikongsi Hafidz Idris ini.
RESIPI COCKTAIL 7 KETURUNAN
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair (saya guna jenama carnation) – beli online di sini 1 tin laici – beli online di sini 1 tin mix fruit Nata de coco 1 kotak kecil whipping cream ½ tin susu pekat manis (ikut tahap manis masing-masing) – beli online di sini Ais secukupnya
CARA-CARA:
1. Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Ketepikan. 2. Kemudian, tuang susu cair di dalam bekas/jag. 7 keturunan saya memang guna susu cap Carnation je kalau nak buat cocktail ni. Tuang habis. Nak banyak kuah, guna 2 tin.
3. Masukkan whipping cream dan susu pekat. Masukkan juga Nata de coco. Guna air dia jangan buang. Ni bekas sedang je. Saya guna semua. 4. Akhir sekali, masukkan semua buah dalam tin yang sudah ditoskan tado. Air laici kalau nak guna, bubuh sikit je. Jangan bubuh semua. Tapi buah laici guna semua. Ceduk masuk cawan bubuh ais, siap la. Kacau-kacau. Dah boleh minum. Selamat mencuba.
Melalui facebook, seorang pengguna media sosial dengan nama Hafizah Sabtu, berkongsi resipi gulai siput sedut dan sambal tumis bilis petai. Menariknya, Hafizah tidak berpandukan sebarang resipi. Sebaliknya hanya melalui pemerhatian daripada pengalamannya melihat orang lain memasak.
“Saya jarang masak masakan kampung seperti ini. Selalunya masak lauk biasa misalnya ayam masak kicap, sup ayam dan telur. Siput sedut ni kali pertama saya masak. Alhamdulillah, sedap,” katanya.
Hafizah yang juga seorang ejen produk Serum Qa-iii dan Shaklee mengakui sibuk dengan urusan perniagaan online.
“Setiap hari saya melayan pelanggan yang membeli produk jualan saya melalui online. Jadi, saya perlu masak lauk yang ringkas supaya memudahkan urusan di dapur. Inilah timbulnya resipi sempoi campak-campak saja,” katanya yang juga seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan empat anak.
Jom kita tengok resipi sempoi yang dikongsikan oleh Hafizah.
GULAI SIPUT SEDUT
BAHAN KISAR
10 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk siput sedut (dibuang hujung dan bersihkan)
1 kotak kecil santan
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (disimpul)
Air secukupnya
Garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar dan kacau sebentar.
2. Masukkan siput sedut. Kacau lagi.
3. Masukkan santan, serai dan daun kunyit.
4. Biarkan masak seketika.
5. Jika mahu kuah banyak, masukkan air. Jika tidak mahu kuah banyak, masukkan garam.
6. Biarkan mendidih. Tutup api dan boleh dihidangkan.
SAMBAL TUMIS BILIS DAN PETAI
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (rebus dan buang biji dahulu)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
Garam
Gula
Air asam jawa
4 papan petai (potong kecil bersama kulit)
Segenggam ikan bilis (digoreng)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
3. Masukkan petai. Biarkan sehingga petai sedikit layu.
4. Tutup api.
5. Masukkan ikan bilis, Kacau rata. Sedia dihidang.
Resipi kerabu kaki ayam ala Thai. Pedas tapi sedap. Bagi yang menggemari kaki ayam, bolehlah cuba resipi ini.
Kata orang, makan kaki ayam ni awet muda? Betul ke? Selalunya buat sup kan? Tapi kali ini cuba buat kerabu ala Thai ni pulak. Boleh jadi ‘ketagih’ dibuatnya.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh DapurShai Anne ini ye. Yang penting, pastikan bersihkan kaki ayam itu elok-elok. Buang kuku jarinya. Ratah boleh, nak makan dengan nasi putih panas-panas pun memang ngam habis!
Rebuskan kaki ayam selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Dalam satu bekas, masukkan serai, cili padi merah dan hijau, hirisan tomato, perahan limau nipis, bawang merah, bunga kantan, kacang panjang dan daun ketumbar. Gaul rata.
Tambahkan jus limau nipis dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kerabu Kaki Ayam siap dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!