
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan. Memang layan. Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak. Jom cuba!
BAHAN PASTRY:
- 170gm butter
- 50gm gula aising
- 1 biji telur gred C
- 280gm tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN CREAM CHEESE:
- 350gm cream cheese
- 10 sudu makan susu pekat manis
- 5 sudu makan gula aicing
- 1 biji telur gred C
CARA MEMASAK PASTRY:
- Pukul gula dan butter sampai kembang dan putih.
- Tambahkan telur dan esen vanilla.
- Masukkan tepung dan uli menjadi doh.
- Bulat-bulatkan doh dan tekankan kedalam acuan kemudian bakar dengan suhu 170C selama 20/25 minit.
CARA MEMASAK CREAM CHEESE:
- Pukul dengan mixersemua bahan dan pastikan tidak berketul.
- Paipkan atas pastry tart.
Kata Chef:
Jika suka boleh tabur badam atau walnut sebagai hiasan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Roti Canai Homemade. Sebijik Macam Beli Di Kedai Mamak.Perghhh…Mudah Je Rupanya!

Bayangkan betapa nikmatnya makan roti canai panas yang baru dimasak. Selain roti kosong biasa, boleh juga di ‘transform’ menjadi roti telur, roti cheese, roti bawang dan sebagainya. Mudah sahaja! Bahan-bahannya juga ringkas. Kalau buntu tak tahu nak masak apa untuk sarapan, boleh cuba buat roti canai resipi dari saudari DMar Ya Nie.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan susu pekat
- 1 1/2 sudu teh garam
- Air secukupnya
- Minyak sapi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung gandum, minyak masak, susu pekat dan garam. Gaul rata.
- Masukkan air secukupnya dan uli sehingga doh menjadi kental dan lembut.
- Bulatkan doh sebesar bola golf dan lumurkan dengan minyak sapi. Perap 4 jam barulah ditebar.
- Masak diatas kuali dan boleh dinikmati bersama kuah kegemaran.
Kredit Resipi & Gambar Sepenuhnya: DMar Ya Nie via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Resipi Cream Puff Creamy Custard Gebu, Sedap Macam Aiskrim Vanilla

Resipi cream puff creamy custard ini dikongsi oleh Chinta Arabella homebakers yang menjadikan pencuci mulut ini sebagai jualan.
Kalau dah berani jual, semestinya sedap. Cream puff ini katanya bukan saja gebu tapi inti kastard memang kena selera ramai. Kurang manis namun sedap macam aiskrim vanilla.
Resipi cream puff creamy custard

Bahan untuk puff
Bahan A
250g air
100g butter
1 sudu besar gula
Sedikit perisa vanilla creamy
Bahan B
125g tepung gandum
Bahan C
3 biji telur gred A
Cara Membuat Puff
1. Masukkan air, mentega, gula, dan sedikit perisa vanilla ke dalam periuk. Didihkan sehingga menggelegak dan pastikan butter cair sepenuhnya.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat supaya tepung tidak bergentel. Teruskan masak hingga adunan menjadi doh yang agak pekat.
3. Angkat adunan dan masukkan dalam mangkuk. Tambahkan telur satu persatu, kacau hingga sebati dan adunan menjadi halus.
4. Paipkan adunan puff di atas tray pembakar, pastikan jarak antara puff cukup untuk puff mengembang. Sembur sedikit air di atas puff untuk bantu puff naik dengan baik.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 200-220°C selama lebih kurang 30 minit, bergantung pada oven masing-masing. Jangan buka pintu oven semasa bakar untuk elakkan puff jatuh.
6. Sejukkan, sementara itu boleh siapkan inti creamy kustard

Filling Creamy Custard
Bahan A
300g susu full krim
40g gula
30g tepung kastard
Sedikit perisa vanilla creamy
Bahan B
300g non-dairy whipping cream (jenama Vivo)
Cara Membuat Filling Custard
1. Campurkan Bahan A iaitu susu, gula, dan tepung kastard dalam periuk. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga adunan pekat dan likat. Pastikan tiada ketulan pada custard.
2. Setelah custard pekat, sejukkan sepenuhnya. Boleh letakkan dalam peti sejuk (chiller) untuk hasil yang lebih baik.
3.Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream sehingga kental, seperti mahu menyapu kek.
4. Masukkan custard yang telah sejuk ke dalam whipping cream dan kacau hingga sebati. Siap.
Cara penyediaan cream puff creamy custard
Ambil puff yang sudah sejuk, paipkan filling custard ke dalam puff dengan berhati-hati supaya puff tidak pecah. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Chinta Arabella
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Jom Ubah Selera Dengan ‘Dessert” 3 Negara. Perancis, Jepun dan Afrika Selatan…

Cuti sekolah yang panjang ni pasti mak-mak nak kena fikir lebih sikit nak masak apa.. Kalau hari persekolahan tak payah fikir snek atau dessert waktu petang, ni tengah cuti kenalah masak ekstra menu.. Masuk dalam bekas kedap udara atau simpan dalam peti sejuk, jadi anak-anak waktu petang tak lah ‘kelaparan’.

Ni ada resipi hebat dari team chef dan pengajar dari Pusat Pengajian Makanan dan Seni Kulinari, Taylor’s University iaitu Chef Massyittah Omar, Chef Nur Syirin Mohd Said, Chef Zaishahrizal Zamani, Chef Azuralisa Mohd Ghazali, Chef Mohd Zamri Idri dan Chef Norrizan Ramudin.
Nah ini dia resipinya…
MATCHA KASUTERA (JEPUN)

BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 300 gm gula kaster
- 200 gm tepung roti | diayak tiga kali
- 1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali
- 100ml susu
- 4 sudu makan madu
*sedikit mentega untuk menggris dasar loyang pembakar
CARA MEMASAK :
- Sediakan loyang segi empat tepat.
- Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°c.
- Panaskan susu dan madu.
- Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu
- Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati
- Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati.
- Kemudian tuang di dalam loyang segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment.
- Bakar di dalam ketuhar selama 35 – 45 minit.
- Keluarkan dari ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
- Kikis tepi kek, keluarkan dari loyang.
- Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Gebu lembut dengan ramuan teh hijau yang bersifat anti oksidan
INFO CHEF : Bagi mendapatkan tekstur yang gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.
CHERRY PUDDING CLAFOUTIS ( PERANCIS)

BAHAN-BAHAN :
- 300gm ceri hitam segar | dibelah dua dua dan buang biji
- 50gm badam hiris
- 3 biji telur
- 150gm gula
- 60gm tepung kek
- 150ml susu
- 150ml krim
- 1sudu teh esen vanila
- Garam secukup rasa
- 20gm mentega untuk sapuan
- 50gm krim putar
- 10gm gula aising
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175°C.
2 .Sapukan mentega pada acuan seramik berukuran 12 inci dan ayak sedikit tepung. Tabur badam hiris dan buah ceri di bahagian tengah acuan.
Membuat adunan telur:
Pukul telur dan tepung hingga sebati. Lebih mudah jika menggunakan pengisar.
3. Satukan susu, krim, gula, vanila dan garam dalam periuk. Panaskan campuran dengan api kecil sehingga gula cair.
4. Gabungkan campuran susu panas sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan tersebut.
5. Tuang adunan ke dalam acuan seramik, letakkan ceri dan badam.
6.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 40 minit atau sehingga bahagian atasnya kental apabila disentuh dan berwarna perang.
7. Keluarkan dari ketuhar untuk dan biarkan sejuk selama 15 minit.
8. Puding Clafoutis akan mengecut sedikit apabila sejuk.
9. Setelah itu, keluarkan dari acuan dan potong mengikutkesukaan anda.
10. Susun di atas pinggan, taburkan gula aising dan hiaskan dengan krim putar diatasnya.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Puding
Keistimewaan : Lebih sedap dimakan bila dihidangkan suam atau pada suhu bilik
INFO CHEF : Ceri segar boleh digantikan dengan ceri tin. Buah ceri perlu tapis jusnya dan dikeringkan di atas tuala kertas sekurang-kurangnya 5 minit. Puding ini akan tahan selama 3 hari jika disimpan dalam bekas yang ditutup rapat dan diletakan dalam peti sejuk.
MELKTERT (AFRIKA SELATAN)

BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit pastri :
- 100gm mentega
- 20gm gula halus
- Garam secukup rasa
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 biji telur
- 200gm tepung gandum | campur dan ayak
- 1gm serbuk penaik
Bahan untuk inti :
- 250gm susu segar
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 biji kuning telor
- 65gm gula
- 35gm tepung jagung
- 80gm krim putar
CARA MEMASAK :
Cara masak kulit pastri :
1. Pukul mentega dengan gula halus hingga ringan.
2. Masukkan garam dan essen vanilla.Kacau rata.
3. Masukkan telor.Kacau hingga sebati .Akhir sekali masukkan tepung gandum
4. Uli hingga menjadi doh.
5. Simpan dalam peti ais lebihkurang 5 minit.
6. Akhir sekali tekankan doh dan ratakan di dalam dan keliling acuan tat dan bakar hingga masak 180°C selama 15-20 minit.
Cara masak inti :
- Didihkan susu dengan kayu manis.
- Di dalam satumangkok ,campurkkan kuning telor ,gula dan tepungjagung .Pukul hingga sebati.
- Satukan susu dengan campuran kuning telor tadi.Kacau rata.Keluarkan kayu manis .
- Kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
- Akhir sekali masukkan whip cream dan kacau hingga sebati.
- Isi inti didalam acuan tat yang telah di masak tadi.Sejukkan
- Hidangkan dengan hiasan serbuk kulit kayu manis, gula aising dan krim putar.
Saiz hidangan : 25 biji tat
Masa memasak : 1 jam15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Tart
Keistimewaan : Sajian pencuci mulut moden yang disukai masyarakat setempat
INFO CHEF : Melktart adalah nama Afrika Selatan untuk milk tart atau tat susu. Kulit pastri manis dengan intinya lemak berkrim yang dibuat dari susu, tepung, gula dan teluk.
Terima kasih : TAYLOR’S UNIVERSITY,1, Jalan Taylors, Subang Jaya, Selangor. https://university.taylors.edu.my/

