Suka Makan Tat Keju? Ini Resipi Mudah Anda Boleh Cuba.

Share

Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan. Memang layan. Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak. Jom cuba!

BAHAN PASTRY:

  • 170gm butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur gred C
  • 280gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN CREAM CHEESE:

  • 350gm cream cheese
  • 10 sudu makan susu pekat manis
  • 5 sudu makan gula aicing
  • 1 biji telur gred C

CARA MEMASAK PASTRY:

  1. Pukul gula dan butter sampai kembang dan putih.
  2. Tambahkan telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh.
  4. Bulat-bulatkan doh dan tekankan kedalam acuan kemudian bakar dengan suhu 170C selama 20/25 minit.

CARA MEMASAK CREAM CHEESE:

  1. Pukul dengan mixersemua bahan dan pastikan tidak berketul.
  2. Paipkan atas pastry tart.

Kata Chef:

Jika suka boleh tabur badam atau walnut sebagai hiasan.

 

Published by
Nur