Masakan yang menggunakan rempah giling yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam Thai homemade ni. Tak susah pun. Malah rasanya lebih sedap dan puas hati kalau dibuat sendiri. Jom lihat resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Berbaloi untuk dicuba.
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
Ads
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Ads
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Hujung minggu sajian sebegini memang sesuai di sajikan untuk keluarga tercinta. Set lengkap nasi ayam sos lemon ini sangat lazat dan mudah disediakan, sekaligus melengkapkan hidangan makan tengahari kamu. Selamat mencuba.
Resipi Nasi Ayam Pusa Gold Planta
CARA MEMASAK:
Basuh beras dalam penapis.
Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan.
Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk.
Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum ditutup apinya.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul.
Masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak, boleh tambahkan sedikit lagi Planta untuk rasa yang lebih sedap.
Resipi Sup Ayam Ringkas
Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.
Masukkan 3 hirisan halia.
Masuk sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam.
Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri.
Kemudian masukkan 5-6 cawan air.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa.
Tutup api selepas rasa sebati.
Resipi Air Cili
Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato
Masukkan dalam periuk. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja.
Tambahkan 3 sudu besar cili sos Thai dan 1/2 sudu halia parut.
Tambahkan garam gula sekiranya perlu.
Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan.
Resipi Sos Kicap
Ambil 2 senduk sup.
Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan.
Tambahkan sedikit perasa.
Tutup api selepas sos mendidih perlahan.
Resipi Ayam Goreng Crispy
BAHAN-BAHAN:
Hiris nipis 1 ketul dada ayam
Perapkan bersama bahan dalam gambar ( gandakan untuk depan belakang )
1 sudu besar sunquick
1/2 sudu kecil kicap Jalen
1 titik sos ikan
secubit garam
secubit perasa
1/2 sudu kecil lada sulah
secubit lada hitam kisar
Lumurkan putih telur.
Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang.
* boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih.
Perap selama 1 jam.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak.
Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering.
* kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali.
Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata.
Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.
Resipi Sos Madu Lemon
Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon.
Masukkan 1 sudu besar madu.
Tuang bancuhan air tepung jagung.
( 1 sudu besar tepung jagung +1 senduk sup ayam)
Masukkan secubit garam/ secukup rasa.
Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam.
Sedapnya Colek Mangga Muda empat rasa ni ni. Kalau biasa anda makan manga atau jambu cicah dengan gula dan kicap je, apa kata lepas ni cuba resipi pencicah perkongsian saudari Azira Mamat ni. Bahan tak banyak tapi hasilnya memang mengecurkan liur. Selain manga muda, kalau nak cicah dengan jambu batu, jambu air, kedondong atau nanas pun boleh. Tidak perlu beli lagi kuah rojak di kedai. Buat sendiri pencicah ringkas macam ni sudah membuka selera. Selamat mencuba!
RESIPI COLEK MANGGA MUDA GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
3 sudu gula
1 sudu garam kasar
1 sudu cuka
3 sudu kicap kicap
3 biji cili padi – dipotong halus
1 inci belacan – beli online BELACAN KAMPUNG sedap DISINI
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas. Kalau nak tambah udang kering dan kacang sangai tumbuk pun boleh.
2. Gaul semua bahan hingga sebati.
3. Kuah pencicah ni biar pekat dan tak cair. InsyaAllah baru sedap.
4. Rasa colek ni masin, manis, masam, pedas semua ada. Selamat mencuba!
Tempoyak memang menjadi kegemaran ramai. Macam-macam resipi yang boleh kita buat menggunakan tempoyak. Biarpun gulai tempoyak paling popular tetapi sambal tempoyak ikan bilis tetap mendapat sambutan. Sebagai memberi variasi hidangan anda, apa kata sesekali cuba resipi ala Sarawak ini pula.
BAHAN-BAHAN:
300gm isi tempoyak
100gm pusuk
2 biji cili merah dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
2 batang tepus
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Goreng pusuk sehingga garing. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga garing.
3. Kemudian masukkan tempoyak. Kacau hingga likat.
4. Perisakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
5. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dan gaul rata. Sedia untuk dinikmati bersama ulam tepus.
Info chef: Pusuk juga dikenali sebagai ikan bilis manakala tepus merupakan ulam-ulaman yang terkenal di Sabah dan Sarawak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!