Suka Makan Tomyam? Ini Cara Buat Sendiri Pes Tomyam Sedap.

Share

Masakan yang menggunakan rempah giling yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam Thai homemade ni. Tak susah pun. Malah rasanya lebih sedap dan puas hati kalau dibuat sendiri. Jom lihat resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan 

ni. Berbaloi untuk dicuba.

 

PES TOMYAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 batang serai
  • 2 biji cili hidup merah
  • 5 hiris lengkuas
  • 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
  • 4 sudu makan udang kering
  • 10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
  • 4 inci belacan bakar
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.

3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.

4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.

5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.

 

Kredit resipi & foto: Norashikin Bt Hasan

 

Published by
Nur