Tat istimewa dengan rasa ranggup kacang walnut dan juga sedikit rasa oren. Memang tidak muak!
BAHAN DOH:
- 25gm mentega
- 500gm tepung gandum
- 20gm kuning telur
- 60gm air sejuk
- ½ sudu teh garam
BAHAN INTI:
- 3 biji telur
- 1 sudu besar susu UHT
- 50gm gula perang
- 175gm golden syrup
- 50gm mentega | lembutkan
- ½ sudu teh serbuk kayu manis
- ½ sudu teh esen vanilla
- 1 biji buah oren | parut kulit
- 175gm kacang walnut
CARA MEMASAK
- Untuk menyediakan doh, putar mentegadan masukkan telur.
- Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi.
- Gaul sebati dengan tangan atau mesin.
- Seterusnya, pukul telur dan susu, ketepikan.
- Dalam bekas lain, satukan gual perang dan golden syrup dan panaskan hingga sebati.
- Masukkan mentega, serbuk kayu manis, esen vanilla dan kulit oren. Kacau sebati dan sejukkan.
- Tuangkan adunan (3) dalam adunan (1). Kacau sebati.
- Taburkan walnut dalam tart dan tuangkan sirap tadi. Bakar hingga perang selama 30 minit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Ketika Sejuk Puding Laici Ni, Confirm Tak Cukup Sebekas
Pemanis mulut seperti agar-agar dan laici kalau dimakan sejuk memang ketagih makan. Pastikan tersedia di dalam peti sejuk. Jom kita buat pusing laici untuk seisi keluarga. Ikut resipi yang dikongsi ini,satu adunan dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas. Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yang lebih pejal/lembut, ikut cita rasa masing-masing. Kalau suka manis, boleh lebihkan gula. Ikut sukatan ni, tak manis dan tak tawar sangat.
Puding Laici Mama
Bahan A
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air laici
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji kuning telur
- * campur semua bahan A, sebatikan dan letak tepi dahulu
Bahan B
- 25g agar-agar tali
- 10 cawan air
- 250g gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- 1 ketul kecil gula batu
- 3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul
Cara membuat:
1.* didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
2.**bila bahan B sudah larut, kecil kan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih, nanti berketul, kemudian tutup api.
3.Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil. Lepas tu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair. Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras.
Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit: Aida Sarida
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bikin Ketagih, Resipi Tempe Mendoan Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Cucur Jagung Yang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam
CUCUR JAGUNG
- 2 batang jagung | isi jagung dihiris
- Tepung gandum
- Cili kisar
- Udang kecil atau ikan bilis | ditumbuk kasar
- Bawang besar | dihiris
- Serbuk kunyit
- Serbuk ikan bilis
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji telur
- Air suam
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Resipi Apam Berkuah Terengganu. Penuh Rasa Lemak Berempah
Isi Kandungan
ToggleResipi apam berkuah Terengganu. Apam yang dimakan dengan kuah yang berempah dengan rasa lemak santannya. Memang sedap.
Pernah makan? Satu lagi kuih tradisi orang lama di Terengganu yang jarang dapat jumpa sekarang. Boleh buat sendiri lagi puas hati. Ikut resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ini.
Resipi Apam Berkuah Terengganu
Bahan-bahan Apam:
Bahan A:
2 sudu besar gula merah – boleh beli online di sini
1 ½ cawan air
2 sudu besar gula putih – boleh beli online di sini
1 keping nisang besar – boleh beli online di sini
3 helai daun pandan (optional)
**Masak semua bahan di atas hingga cair.
Bahan B:
11gm yis mauripan (1 pek) – boleh beli online di sini
1/2 cawan air
1 sudu besar gula – boleh beli online di sini
**Masukkan yis bersama gula dan air. Kacau rata. Tunggu dalam10 minit hingga yis mengembang.
Bahan C:
220gm tepung gandum – boleh beli online di sini
150gm pisang (kisar halus)
220gm tepung beras – boleh beli online di sini
Resipi Kuah:
Bahan Kisar Halus:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah – boleh beli online di sini
1 inci lengkuas – boleh beli online di sini
½ inci halia – boleh beli online di sini
Setengah inci kunyit – boleh beli online di sini
Bahan Tumbuk:
2 sudu kecil ketumbar (disangai)
1 sudu kecil jintan manis ( disangai terlebih dahulu) – boleh beli online di sini
2 sudu kecil lada hitam – boleh beli online di sini
3 ekor ikan selayang 3 ekor ( direbus dan diambil isi)
1 sudu kecil rempah masak cap ros (optional)
Sekotak kecil santan
1 sudu kecil kerisik – boleh beli online di sini
Nisang secukup rasa – boleh beli online di sini
1 sudu besar kelapa parut
Garam – boleh beli online di sini
Gula secukup rasa – boleh beli online di sini
Air
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Untuk membuat apam; Campurkan kesemua bahan A, B dan C. Kacau rata sehingga tiada tepung berketul. Kemudian perap selama 1 1/2 jam.
Sapukan minyak pada acuan dan kukus selama 20 ke 25 minit bergantung pada pengukus dan acuan. Bila masak, sejukkan dulu dalam 10 minit barulah keluarkan. Ketepikan.
Untuk membuat kuah; Tumis bahan kisar halus. Apabila naik , masukkan bahan tumbuk dan rempah. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan 1 cawan air. Masukkan santan dan 1 cawan air lagi (kepekatan terpulang pada cita rasa). Kemudian masukkan ikan, kelapa parut dan kerisik.
Tambah nisang, garam dan gula. Kacau sebati. (Kuah hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat).
Setelah kuah masak, tutup api. Siap untuk dihidang dengan apam.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Lebihan Secawan Nasi Jadikan Kuih, Terhasillah Apam Nasi Lembut Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official