Sukakan Sajian Berempah? Spanish Eggs With Masala Ni Sesuai Anda Nikmati Sewaktu Sarapan Esok.

Share

Sajian fusion yang disesuaikan dengan cita rasa Melayu ini menjanjikan kenikmatan dalam setiap suapan. Memang rugi kalau tak cuba.  

SPANISH EGGS WITH MASALA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur
  • 2 biji tomato masak ranum | di potong dua
  • 1 tin kacang panggang
  • 1 tin sup tomato
  • 1 sudu makan serbuk masala
  • 1 sudu teh herba basil
  • 1 sudu teh stok ayam
  • Garam dan lada secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Oleskan remekin dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sup tomato, kacang panggang, serbuk masala dan stok ayam lalu gaul sebati.
  2. Kemudian susunkan tomato yg sudah dihiris dua.
  3. Pecah telur dan masukkan ke dalam remekin sebiji demi sebiji.
  4. Taburkan herba basil dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak.

Info chef:  Hidangkan panas-panas bersama roti bakar atau roti bawang putih untuk rasa yang lebih enak.

 

 

Published by
Nur