Krisis kekurangan bekalan telur sejak akhir-akhir ini memberikan kesan kepada para peniaga terutamanya yang menjalankan perniagaan makanan.
Sudahlah sukar didapati, harganya juga tinggi. Jika ada bekalan pun, ia adalah telur dalam pek-pek kecil dan juga telur mahal seperti telur organik.
Hal ini tentunya menjejaskan peniaga dan orang awam yang bergantung kepada bahan mentah tersebut.
Merujuk kepada laporan portal Sinar Harian, ada peniaga nasi lemak yang terpaksa menjual nasi lemak tanpa telur ayam kerana sukar mendapatkan bekalan bahan mentah tersebut sejak dua minggu lalu.
Dia yang menjual hidangan tersebut sejak dua tahun lalu turut menerima rungutan daripada pelanggan-pelanggan yang ingin membeli nasi lemak bersama lauk tersebut untuk anak mereka.
“Saya berniaga nasi lemak waktu pagi dan petang, jadi kalau pagi dah habis, saya terpaksa menjual nasi lemak tanpa telur pada waktu petang, jadi pelanggan selalunya merungut kerana tiada pilihan lauk untuk mereka disebabkan ingin membeli lauk telur untuk anak mereka.
“Hairan juga ada pasar raya di Shah Alam yang mengehadkan pembelian telur kepada lima papan satu keluarga, malah harga telur gred C turut meningkat daripada sekitar RM9 sepapan kepada RM11.90.
Ads
“Rasanya macam makin susah nak dapatkan bekalan telur terutamanya menjelang Ramadan dan Syawal, jadi saya harap isu ini tidak berlarutan kerana kami turut berdepan isu bekalan minyak peket yang masih sukar didapati di pasaran.”
Jenuh juga tu. Nasi Lemak kan sinonim dengan gabungan telur rebus. Walaupun ada lauk lain, rasa tak lengkap pula bila tiada telur ni.
Anda pula macam mana? Bekalan telur di kawasan anda masih ok? Diharap masalah ini akan cepat pulih lebih-lebih lagi bila bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri makin mendekati.
Kuih muih berbuka, lauk pauk, kuih raya, manisan, kebanyakannya bergantung kepada telur.
Ads
Moga ada jalan penyelesaian yang lebih baik nanti. InsyaAllah.
Kemas Kini STR 2026 dan permohonan baharu kini rasmi dibuka mulai 13 Oktober 2025. Tapi, sebelum anda terus tekan butang ‘Daftar Pengguna Baharu’, pastikan anda tahu sama ada akaun anda memang perlu didaftarkan semula atau hanya perlu dikemas kini sahaja. Ramai yang tersilap langkah di bahagian ini hingga menyebabkan permohonan gagal diteruskan.
STR merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini diberikan secara tunai kepada mereka yang layak mengikut kategori — isi rumah, warga emas dan individu bujang.
Kemas Kini STR 2026: Panduan Lengkap & Elak Gagal Permohonan
Siapa Perlu Kemas Kini STR 2026?
Kalau anda penerima STR sedia ada, berita baik, anda tak perlu daftar akaun baharu. Anda hanya perlu kemas kini maklumat melalui akaun MySTR sedia ada. Ini penting untuk memastikan segala data anda masih tepat dan pembayaran bantuan tidak terganggu.
Kemas kini wajib dibuat jika anda tergolong dalam mana-mana situasi berikut:
Tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut;
Mempunyai perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan anak atau pendapatan isi rumah;
Ingin menukar akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon atau maklumat waris;
Berlaku perubahan status pasangan seperti cerai atau kematian.
Bagi mereka yang belum mempunyai akaun bank semasa permohonan terdahulu, inilah masa terbaik untuk menambah maklumat tersebut agar bayaran STR 2026 terus dikreditkan tanpa masalah supaya proses Kemas Kini STR 2026 berjalan lancar tanpa perlu tunai di kaunter.
Klik butang ‘Semak’ untuk log masuk ke akaun MySTR.
Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Setelah berjaya log masuk, pilih menu ‘Kemas Kini Permohonan’.
Semak semua maklumat anda dan kemas kini jika ada perubahan.
Klik ‘Hantar’ dan simpan nombor rujukan permohonan untuk rujukan masa depan.
Tip pantas: Sebelum hantar, semak ringkas draf Kemas Kini STR 2026 anda (akaun bank, alamat, waris) bagi elak ralat teknikal atau maklumat bercanggah.
Penting: Jangan klik ‘Daftar Pengguna Baharu’ jika anda sudah ada akaun MySTR. Sistem akan mengesan akaun sedia ada dan menyebabkan pendaftaran anda gagal diteruskan.
Bagi Pemohon Baharu STR 2026
Kalau anda belum pernah memohon STR atau permohonan terdahulu ditolak, anda perlu buat permohonan baharu. Caranya:
Masukkan nombor kad pengenalan (IC).
Isikan alamat e-mel aktif.
Sahkan akaun melalui pautan yang dihantar ke e-mel.
Tetapkan kata laluan baharu dan soalan keselamatan.
Log masuk semula dan lengkapkan maklumat peribadi serta dokumen sokongan.
Permohonan baharu ini dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025, jadi jangan tunggu sampai tarikh akhir untuk elak kesesakan sistem.
Siapa Layak Mohon STR 2026
Isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah;
Individu bujang / tiada pasangan / tiada anak dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah;
Warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini dan mempunyai MyKad yang sah.
Soalan Lazim Ringkas (Tambahan)
Perlu daftar semula akaun?
Tidak, jika anda penerima sedia ada. Anda hanya perlu Kemas Kini STR 2026 melalui MySTR sedia ada kecuali maklumat anda berubah atau tidak dikemas kini selama tiga tahun.
Bila masa sesuai untuk kemas kini?
Sebaiknya sekarang. Lagi awal anda buat Kemas Kini STR 2026, lagi cepat semakan berjalan dan kurang risiko kesesakan sistem.
Penutup: Kemas kini ini bukan sekadar isi borang — ia langkah penting untuk pastikan bantuan diterima dengan lancar. Jadi, semak akaun MySTR anda hari ini, kemas kini maklumat jika perlu, dan pastikan anda tak silap klik ‘Daftar Baharu’ kalau akaun lama masih aktif. Proses Kemas Kini STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 dan akan terus berjalan sepanjang tahun. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hak bantuan anda dengan cara yang betul dan mudah!
Demi mengawal dan meminimumkan pergerakan rakyat seiring dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diambil oleh kerajaan , satu operasi besar-besaran berkaitan perintah kawalan pergerakan akan dijalankan oleh Polis Kontijen Selangor mulai pukul 8 malam ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Setelah enam bulan berlangsungnya peraduan Fuyoo! #BeliNuunaMenangRumah, hadiah utama berupa sebuah rumah impian Residensi Alea di Puncak Alam, Selangor akhirnya menjadi milik Noorhasnieda binti Tajuddin.
Pengumuman pemenang utama cabutan bertuah Fuyoo! Beli Nuuna Menang Rumah ini telah berlangsung di Central Concourse, Central i-City, Shah Alam. Peraduan ini telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negeri. Para peserta hanya perlu membeli produk Nuuna di mana-mana pasaraya dan menghantar penyertaan melalui laman web rasmi Rasa. Semakin banyak pembelian,semakin tinggi peluang mereka untuk menang.
Dalam peraduan beli Fuyoo! Beli Nuuna Menang rumah ini, 200 penyertaan tertinggi telah dipilih untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah Grand Finale. Hadiah utama yang menjadi idaman para peserta tentunya sebuah rumah di Residensi Alea, Puncak Alam, Selangor, sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh seni bina Australia.
Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lain seperti ITSU VIBRO, ITSU AIRBIKE, ITSU SWING BIKE dan wang tunai RM100 bagi 10 cabutan bertuah.
Bukan itu saja, tiga sesi cabutan bertuah dwi-bulanan (Jan-Feb, Mac-April, Mei-Jun) telah dibuat menerusi sesi live di platform Rasa di mana Yong Pheng Seng, Choo Lean Wah dan Muhammad Irfan bin Mohammad Kassim telah membawa pulang hadiah istimewa.
Dalam masa yang sama, Nuuna juga memperkenalkan empat variasi perisa mi segera dan bihun segera baharu yang pastinya menggoda selera ramai. Pertama, Nuuna Mi Segera dan Bihun Segera Perisa Keju Pedas, di mana kepedasan yang membara digabungkan dengan keju berkrim, mencipta pengalaman rasa yang luar biasa. Kedua, Mi Segera dan Bihun Segera Perisa Nasi Lemak, membawa keaslian dan kekayaan hidangan ikonik Malaysia ini terus ke dalam mangkuk anda. Mi Segera dan Bihun Segera pertama berperisa Nasi Lemak di Malaysia.
Kedua-dua perisa Mi Segera dan Bihun Segera ini sudah tersedia di pasaran dan pastinya akan menambah kenikmatan bagi pencinta mi segera dan bihun segera di Malaysia.
Program ini dimeriahkan dengan penampilan khas daripada kumpulan De’Fam yang membuat demo masakan serta persembahan. Sesi ini pastinya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua tetamu yang hadir.
Rasa dan Nuuna amat berbesar hati dengan sokongan yang telah diberikan oleh semua peserta dan berharap agar acara ini akan menjadi satu kenangan manis buat semua yang terlibat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!