Dek kerana sukar untuk mendapatkan bekalan latok, pasangan suami isteri ini nekad untuk menternak latok menggunakan tangki air simen di Lukut, Negeri Sembilan. Ternyata eksperimen mereka selama enam bulan membuahkan hasil apabila kini mereka telah menjadi pengusaha latok yang pertama di Negeri Sembilan.

Sukar Dapat Bekalan, Suami Isteri Ini Nekad Ternak Sendiri Latok. Hasilnya Memang Puas Hati!
Foto: Sinar Harian

Pasangan suami isteri ini, Fatimah Salleh, 38 dan Abdul Samad Idris mempunyai sebuah restoran yang menyediakan masakan dari Sabah dan latok merupakan salah satu menu yang ditawarkan. Biasanya mereka mendapat bekalan dari Sabah tetapi kos penghantarannya agak tinggi dan kadang kala bekalan yang dihantar rosak.

Melihat sambutan yang menggalakkan, Fatimah yang juga berasal dari Semporna, Sabah ini mula terfikir untuk menternaknya sendiri. Bagi mendapatkan ilmu menternak latok, dia dan suaminya telah pergi ke beberapa buah negara seperti Jepun, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Sukar Dapat Bekalan, Suami Isteri Ini Nekad Ternak Sendiri Latok. Hasilnya Memang Puas Hati!
Foto: Sinar Harian

Mereka juga cuba membuat ternakan Lukut menggunakan benih dari Thailand dan ia mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk memastikan ia betul-betul menjadi. Nampak macam mudah tetapi latok ini sensitif pada suhu, air dan cuaca. Mereka juga menggunakan air laut yang diproses.

Selain Sabah, latok boleh didapati di Langkawi, Johor, Melaka dan Port Dickson tetapi ia tidaklah banyak seperti di Sabah. Tempoh ternakan latok di antara 30 hingga 45 hari. Kebiasaannya pada hari pertama hingga hari ke-15, nilai benih sudah boleh dilihat sama ada ia sihat atau tidak.

Sukar Dapat Bekalan, Suami Isteri Ini Nekad Ternak Sendiri Latok. Hasilnya Memang Puas Hati!
Foto: FB Fatimah Salleh

Latok sememangnya mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya mengawal paras gula dalam darah, membantu mencegah kanser, menyumbang kepada kesihatan jantung dan ia juga boleh membantu menghasilkan kulit dan rambut yang lebih sihat.

Ads
Sukar Dapat Bekalan, Suami Isteri Ini Nekad Ternak Sendiri Latok. Hasilnya Memang Puas Hati!
Foto: FB Gamai

CARA MAKAN LATOK:

  1. Rendam latok yang hendak dimakan sahaja ke dalam air sejuk (seeloknya air sejuk peti ais) selama 3 minit.
  2. Kemudian, toskan ia dan latok boleh dimakan dengan sos pencicah yang disediakan. Ia juga boleh dimakan dengan nasi, maggi, mi, bihun atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
  3. Latok yang telah direndam mestilah terus dimakan dalam 30 minit selepas ia direndam. Jika tidak, latok akan jadi layu dan lembik.

 

 

Sukar Dapat Bekalan, Suami Isteri Ini Nekad Ternak Sendiri Latok. Hasilnya Memang Puas Hati!
Foto: FB Gamai

CARA PENYIMPANAN:

  1. Simpan latok dalam suhu bilik sahaja, jangan simpan di dalam peti sejuk. Nanti ia akan mengecut.
  2. Jangan letak bekas latok berdekatan dengan tempat berhaba seperti tepi tingkap, tepi peti sejuk atau tepi water filter.
Sukar Dapat Bekalan, Suami Isteri Ini Nekad Ternak Sendiri Latok. Hasilnya Memang Puas Hati!
Foto: FB Gamai

 

Kredit: Latok Premium Johor Bahru

Sumber: Sinar Harian

 

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Ikan Bakar Ala Malaysia Jamie Oliver Buat Netizen Terliur

Wanita Ini Kongsi Idea Lauk Berpantang Frozen, Tinggal Panaskan & Makan Sahaja. Mudah!

Ads

Pengusaha Kafe Tersohor Kongsi Ilmu. “Ini Bahagian Daging Orang Siam Panggil Daging Harimau Menangis”

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI