Dek kerana sukar untuk mendapatkan bekalan latok, pasangan suami isteri ini nekad untuk menternak latok menggunakan tangki air simen di Lukut, Negeri Sembilan. Ternyata eksperimen mereka selama enam bulan membuahkan hasil apabila kini mereka telah menjadi pengusaha latok yang pertama di Negeri Sembilan.
Pasangan suami isteri ini, Fatimah Salleh, 38 dan Abdul Samad Idris mempunyai sebuah restoran yang menyediakan masakan dari Sabah dan latok merupakan salah satu menu yang ditawarkan. Biasanya mereka mendapat bekalan dari Sabah tetapi kos penghantarannya agak tinggi dan kadang kala bekalan yang dihantar rosak.
Melihat sambutan yang menggalakkan, Fatimah yang juga berasal dari Semporna, Sabah ini mula terfikir untuk menternaknya sendiri. Bagi mendapatkan ilmu menternak latok, dia dan suaminya telah pergi ke beberapa buah negara seperti Jepun, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Mereka juga cuba membuat ternakan Lukut menggunakan benih dari Thailand dan ia mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk memastikan ia betul-betul menjadi. Nampak macam mudah tetapi latok ini sensitif pada suhu, air dan cuaca. Mereka juga menggunakan air laut yang diproses.
Selain Sabah, latok boleh didapati di Langkawi, Johor, Melaka dan Port Dickson tetapi ia tidaklah banyak seperti di Sabah. Tempoh ternakan latok di antara 30 hingga 45 hari. Kebiasaannya pada hari pertama hingga hari ke-15, nilai benih sudah boleh dilihat sama ada ia sihat atau tidak.
Latok sememangnya mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya mengawal paras gula dalam darah, membantu mencegah kanser, menyumbang kepada kesihatan jantung dan ia juga boleh membantu menghasilkan kulit dan rambut yang lebih sihat.
CARA MAKAN LATOK:
CARA PENYIMPANAN:
Kredit: Latok Premium Johor Bahru
Sumber: Sinar Harian
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: