SukaSucre Bistro Perkenal Nasi Dulang Minang Sempena Ramadan

Share

Setiap kali Ramadan menjelang, SukaSucre Bistro milik cef selebriti dan penyanyi popular tanah air, Dato’ Fazley Yaakob, pasti tidak pernah ketinggalan berkongsi aneka menu signature sebagai santapan buat pelanggan sewaktu berbuka puasa.

Istimewanya kali ini pengunjung bakal merasai  menu utama – Nasi Dulang Minang Ramadan di atas sebuah dulang perak beserta lapan jenis lauk menggamit rasa ilham  masakan tradisional dari Rembau, Negeri Sembilan.

Antara menu lain yang bakal dihidang adalah Nasi Pandan Berempah, Kepak Ayam Sambal Hijau, Rendang Ayam, Daging Salai Lemak Cili Api Belimbing Buluh, Itik Masak Lemak Cili Api Mangga Muda, Sambal Goreng Jawa, Daging Dendeng Minang, Paru Goreng Sambal, Mee Goreng Mamak dan Seafood Salai Lemak Cili Api (Ketam/Sotong/Udang) berserta lima jenis sambal/kuah Lemak Cili Api.

Dalam waktu sama, pemanis mulut yang tersedia menanti pengunjung antaranya Puteri Mandi, Bubur Pulut Hitam Santan Custard, Pisang Goreng Cheese & Butterscotch Sauce, Cream Puff, Jagung Bakar, Kek Pisang, Agar-Agar, Puding, Kuih Koci, Burnt Cheesecake berperisa tempatan Bandung dan Pandan Gula Melaka.

 

Paling mengujakan, ais krim potong dari F&N King’s Ice Cream turut disediakan sepanjang Ramadan ini kepada pelanggan.

Caj bufet Ramadan SukaSucre Bistro yang dikenakan adalah sebanyak RM75.00 untuk  dewasa dan RM35.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun). Bagi yang membuat tempahan sebelum 27 April ini pula bakal menerima diskaun khas tertakluk terma/syarat ditetapkan.

Sementara itu, organisasi korporat atau pihak berkumpulan yang ingin mengadakan majlis buka puasa dalam suasana privasi juga boleh menggunakan Event Hall @ SukaSucre Bistro dengan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk majlis berskala besar.

SukaSucre Bistro berlokasi di 81, Jalan 2/90, Wisma RYU, Taman Pertama, 56100, Cheras, Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan awam, Mass Rapid Transit (MRT) di hentian stesen Taman Pertama.

Lebih menarik, kemudahan surau disediakan buat pengunjung termasuk ruang parkir kereta yang luas secara percuma.Sebarang pertanyaan, tempahan atau informasi lanjut mengenai SukaSucre Bistro, boleh menghubungi  restoran ini.

Published by
Putri