Mesti ramai sukakan kuih Bakar Daging atau dikenali juga sebagai Kuih Bakar Berlauk. Kali ini RASA sharekan resipinya dengan cara membuat yang sangat mudah, sukat guna cawan je. Bahan-bahan pun hampir setiap dapur rumah kita ada menyimpannya. Apa lagi petang ni korang boleh cuba, taka da acuan, boleh guna loyang je.

KUIH BAKAR DAGING
BAHAN:
BAHAN INTI:
250 gm daging | dicincang halus
1 1/2 sudu makan rempah daging | jenama ikut pilihan
1 labu bawang besar | dicincang
Sedikit daun sup/ketumbar | boleh lebih jika suka
Garam dan perasa secukup rasa

IKLAN

BAHAN ADUNAN TEPUNG:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/marjerin

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Sediakan inti: Panaskan kuali dan masukkan satu makan minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.
  3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.
  4. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  5. Untuk adunan tepung: Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair ( susu dan air ). Kacau sampai rata
  6. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan dalam blender dan kisar supaya halus.
  7. Tambah sedikit pewarna kuning dan sedikit garam ( Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa).
  8. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar.
  9. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, bubuh 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.
  10. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
  11. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan-lahan dan taburkan hirisan daun sup atau ketumbar. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.
  12. Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C, menggunakan api atas sahaja ( jika ada ) selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven.
  13. Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.
  14. Buat begini sehingga bancuhan tepung habis.
  15. Hidang bersama sos cili.

Kredit: Resipi Dapur Kak Chah