Cuaca panas-panas memang sedap makan cendol, lagi sedap kalau buat sendiri. Kebersihan terjamin dan lebih jimat.
Dikongsi oleh Iskandar Muadz yang pernah berniaga isi cendol beliau menurunkan cara membuatnya. Resipi cendol ini menggunakan lebih banyak tepung jagung berbanding tepung beras menjadikan rasanya lebih kenyal dan tak mudah hancur dan lebih sedap
Cara buat cendol yang lebih kenyal dan tak mudah hancur
Ramai orang selalu buat cendol bahan utamanya tepung beras, kalau resepi saya,tepung jagung bahan utamanya. Ada beza dari segi rasa. Tepung jagung teksturnye lagi kenyal dan tak mudah hancur.
Resipi ni bukanlah turun temurun, ia resipi olahan saya dan arwah mak. Apa yang kurang kami tambah. Akhirnya baru jumpa cendol yang betul-betul sedap.
Ads
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur makan (bancuh dengan air)
Garam
Pewarna hijau
9 cawan air (2 cawan air pandan,baki letak air biasa)
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan-bahan dan masak atas api besar. Sentiasa kacau supaya tak berbintil.
2. Bila adunan dah mula memekat, boleh kecilkan api. Terus kacau sampai meletup-letup dan berkilat.
3. Bila dah berkilat, sambung kacau selama 15 minit hingga 20 minit menggunakan api kecil. Boleh nampak adunan berkilat-kilat. Jangan cepat sangat tutup api nanti cendol cair waktu tekan nanti. Biar betul-betul masak.
4. Sediakan bekas berisi ais, tekan cendol. Boleh guna apa-apa yang berlubang. Siap!
5. Masa tekan cendol, api jangan padam. Nanti cendol berketul. Dah siap baru tutup api.
Cara buat kuah santan
Santan Kotak
Air
Garam
Untuk santan, boleh pakai santan kotak KARA. Boleh sesuaikan banyak mana santan nak digunakan. Cuma tambah air masak, kacau-kacau dah boleh guna. Jangan lupa masuk garam untuk naikkan lemak.
Ads
Cara buat air gula
2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
3 cawan air
daun pandan
Masukkan gula pasir, gula merah dan air. Kemudian masukkan daun pandan dan masak atas api hingga gula cair.
Ads
Siapa yang dah berjaya buat, boleh buat jual isi cendol. Dulu saya jual 1kg isi cendol,RM6. Untung tau. Boleh jadi supplier cendol untuk peniaga.
Sata adalah antara ‘street food’ popular di kalangan orang Pantai Timur. Dihasilkan dari campuran isi ikan, kelapa dan beberapa bahan lain, ia dibungkus menggunakan daun pisang dan dibakar hingga masak. Rasa lemak isi ikan dan kelapa, sedikit pedas dan wangi daun pisang, menjadikan sajian ini sangat enak sekali. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Sata ni, saudari Sharifah Norfairuz ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK SATA SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
15 ekor ikan sardin/ selayang – buang tuang
8 biji bawang merah kecil India
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 ½ inci halia
½ biji kelapa parut putih
Cili padi secukupnya – hiris
2 biji bawang merah besar – hiris
5-7 sudu gula – boleh ubah suai ikut selera masing-masing
2-3 sudu garam – boleh ubah suai ikut cita rasa
Daun pisang secukupnya – dibersihkan
Lidi atau buluh kebab secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan, bawang merah India, bawang putih, buah keras dan halia. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang bahan kisar ke dalam besen. 2. Masukkan kelapa parut, hirisan cili padi, bawang merah. Gaul hingga sebati. 3. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. Sebatikan. 4. Ambil daun pisang dan jadikan bentuk kon. Isi adunan tadi dan cucuk pada lidi atau buluh kebab. Jika nak bungkus ala Otak-Otak pun boleh.
5. Bakar Sata guna api perlahan selama 2-3 minit sambil dibalik-balikkan supaya tidak rentung.
Putu Mayam sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan berbilang bangsa. Memang layan kalau dapat makan panas-panas. Berkeping-keping boleh dihabiskan tanpa sedar. Jom kita buat resepi Putu Mayam original seperti yang dikongsikan oleh Faizah Husain
RESIPI PUTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras –BELI ONLINE 1 cawan air 1 sudu teh garam –BELI ONLINE 1 sudu makan minyak jagung – BELI ONLINE Pes pandan (jika nak rasa pandan dan warna hijau) Daun pisang Gula kabung – BELI ONLINE Kelapa parut putih
CARA MEMBUAT:
1. Potong daun pisang bentuk bulatan besar sedikit dari saiz putu mayam. Panaskan periuk kukus.
2. Dalam periuk lain masak air hingga mendidih.
3. Masukkan garam dan minyak jagung. Kacau biar sebati.
4. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika belum lembut tambah tepung sedikit demi sedikit.
5. Adunan panas-panas terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk adunan keras tak boleh nak putar acuan.
6. Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan. Putar acuan secara membulat biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas boleh putar di luar kemudian susun dalam kukusan.
7. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Sudah masak, susun dalam bekas.
8. Parut gula kabung. Guna gula kabung sebab kesedapan gula kabung tidak sama dengan gula lain.
9. Gaul gula kabung dan kelapa parut makan bersama putu mayam.
Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu & terus boleh minum. Nampak simple tapi minuman ni boleh buat perut anda tahan sampai waktu berbuka. Jom tengok macam mana nak buat pati kurma ni.
PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Buah kurma
CARA MEMBUAT:
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.