Selagi belum habis Syawal pasti ramai yang membuat rumah terbuka. Mungkin juga ada yang bercadang untuk mengundang ramai tetamu hingga 500 orang.
Jika teringin memasak sendiri kuah laksa untuk tetamu ini boleh gunakan sukatan yang dikongsi oleh Akhmal Mustafa. Ujar beliau lagi boleh juga jika mahu menggunakan resipi ini untuk berniaga, dihalalkan.
7 kg ikan kembung *
7kg ikan sardin*
Belacan cap Tanjung Dawai/Alor Ibus bulat (separuh sahaja)*
20 labu bawang besar*
15 kuntum bunga kantan
6 ikat daun kesum (3 ikat dikisar lumat)
Cili kering kisar (terpulang tahap kepedasan yang dikehendaki)*
Garam
Piub Pati ayam
4 peket Asam keping
4 tin sardin (kisar sekala dengan sos)*
1. Kisar lumat bahan bertanda * kecuali ikan.
2. Masukkan cili kisar ke dalam periuk, rebus dahulu sehingga mendidih untuk hilangkan rasa maung cili.
3. Kemudian, kisar ikan yang siap direbus sekali dengan tulang. Proses ini perlu sabar kerana perlu ditapis berulang kali untuk dapatkan tekstur kuah yang pekat likat.
4. Apabila siap ditapis elok, kisar sedikit daun kesum sehingga lumat. Satukan dalam periuk.
5. Didihkan kuah dgn api sederhana, kisar sardin bersama sosnya dan masukkan dalam kuah. Waktu ini kuah laksa akan menjadi lebih pekat. Boleh tambah air mengikut thap kepekatan yang dikehendaki.
6. Perasakan dengan garam dan kiub pati ayam.
7. Apabila kuah mula mendidih, masukkan asam keping bersama taburan bunga kantan dan daun kesum. Masak kuah laksa sekali lagi sehingga terbit minyak di permukaannya. Waktu memasak kuah laksa ini antara 30-40m init mengikut kuantiti.
Sumber: Akhmal Mustafa