Sup ayam darat ini boleh jadi pembuka selera ketika bersahur. Bayangkan, di waktu awal pagi yang dingin, dapat menghirup sup ayam yang hangat dan penuh aroma. Peh! Mesti terus cerah mata kan?
Bahan pun tak susah. Boleh masak siap-siap sebelum tidur dan bangun nanti tinggal panaskan je. Sup stail ini tak perlu tumis dengan minyak pun. Main campak-campak terus jadi.
Menurut tuan puan resipi, sup ini juga sesuai untuk mereka yang tak sedap badan atau demam. Boleh buat berpeluh katanya. Ikut saja resipi daripada puan Nur Amalyna Zuraidi ini ye.
Ni je bahan dia nyaaah. Senang dooh. Kalu malas dooh, masak ni pon okay doh.
Potong dan bersihkan ayam. Masukkan ayam, diikuti semua bahan yang diketuk dan ubi kentang ke dalam satu periuk.
Kemudian masukkan pula air secukupnya. Terpulang kepada berapa banyak kuah yang kita nak. Terus rebus macam tu je.
Biarkan sehingga ia menggelegak. Setelah itu bolehlah perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Sambil tunggu sup masak sempurna, sediakan bahan sampingan. Tumbuk bawang merah dan cili padi. Potonh sedikit limau nipis dan daun ketumbar Jawa. Boleh guna ketumbar biasa pun okay.
Ads
Untuk menyediakan sup ayam darat ini, bubuh bahan sampingan tadi ke dalam mangkuk. Setelah itu, tuang sup ayam ke dalam mangkuk itu. Siap!
Buat yang kering idea atau baharu ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk dibuat untuk hidangan berbuka mahu pun bersahur. Selamat mencuba.
1. SUP AYAM THAILAND
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
½ biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
INFO CHEF: Jangan biarkan kulit limau nipis di dalam sup untuk mengelakkannya dari menjadi pahit. Seeloknya, hanya masukkan perahan limau nipis sahaja tanpa kulitnya.
2. SUP IKAN SAWADEE-KA
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.
3. SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Jika bebola daging yang digunakan mempunyai bau yang ‘kuat’, anda boleh perahkan limau nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.
4. SUP SAYUR DIET
BAHAN-BAHAN
4-5 ulas bawang putih | dicincang
2 biji bawang kecil | dihiris halus
2sm halia | diketuk
2 ketul tauhu | dipotong empat
100 gm putik jagung
200gm cendawan shimeji
2 biji tomato | dipotong enam
200gm brokoli
1/2 batang saderi
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih beserta bawang merah dan halia.
Apabila naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan masukkan sayuran yang lain.
Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir sekali masukkan tauhu.
Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.
INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.
5. SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
2 biji telur
100gm kacang pea
100gm sawi bak choy
2 biji tomato | dipotong empat
50gm suhun
30gm sayur fucuk
2 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF: Untuk telur yang sempurna, gunakan api sederhana panas supaya kuningnya cair dan bahagian putihnya masak elok.
Bagi anda yang suka sangat makan Nasi Ayam Goreng Kunyit tu, nah, anda pun boleh sendiri di rumah. Cuma resipi ni lebih istimewa sebab guna garam masala. Lagi kick! Bahan-bahan sangat simple. Jom cuba. Anda pasti gemarinya.
NASI PUTIH AYAM GORENG CILI MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi putih
1 keping isi dada ayam | potong dadu
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
3 batang kacang panjang | potong 3cm
1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm
1/2 biji cili Banggala
1/2 biji bawang Holland
1 sudu makan tepung gandum
BAHAN SOS CILI:
3 biji cili merah
3 biji cili padi merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARAMEMASAK:
Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.
Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.
Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam anda boleh juga menggunakan daging, sotong atau udang.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira