Dapat menikmati sup ketika hujan memang layan. Teringin pula rasa nak makan dengan roti bakar, jomlah kita buat sup ayam pekat berempah. Bila dihirup terasa rempah ratus
yang digunakan. Confirm kenyang semangkuk.Masak nya mudah je,semua orang suka makan.
Sup Ayam Pekat Berempah
Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam ( bahagian bertulang)
1 paket rempah sup ( kalau ada banyak ayam, guna dua paket)
1 paket 4 sekawan dan bunjut
1 biji bawang besar-hiris nipis
3 biji bawang putih dan 1 inci halia – tumbuk lumat
1 biji tomato – potong dadu
Ubi kentang
3 sudu minyak
2 mangkuk air
Garam
Kiub pati ayam
Bawang goreng
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak,tumiskan bawang dan 4 sekawan.
Masak sehingga layu.
2.Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat.
Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan tomato, kacau sehingga tomato lembik.
4.Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
Ads
5.Masukkan ayam, gaul rata.
6.Masukkan dua mangkuk air.
Ads
7.Campakkan bunjut sup.
8.Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
9.Sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
Ads
10. Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Masak sup fishball pun sedap. Letak di dalam bihun goreng atau mi goreng sebagai bahan tambahan juga enak. Dalam menyediakan masakan ini, carilah fishball yang bertanda halal, lebih puas menikmatinya. Fishball ni boleh juga dibuat secara homemade. Buat sendiri lagi terjamin kebersihannya. Kalau ada yang nak cuba buat dikongsikan resepi.
HOMEMADE FISHBALL
Bahan-bahan:
6 ekor ikan sardin/ikan kembung/ikan Selayang
Lada hitam
Garam
2 sudu besar tepung ubi
Air secukupnya
Sup bunjut
Daun saderi
Cara membuat:
1) Guna ikan sardin, ikan kembung atau ikan Selayang.Ikan yang banyak isi sesuai je. Hiris nipis ambil isinya sahaja (kisar sampai hancur). Kalau nak rebus dulu pun boleh cuma manis ikan tu kurang sikit. 2) Masukkan lada hitam sikit, garam bukit sikit.Kalau siapa suka pedas nak letak paprika pun boleh 3) Masukkan tepung ubi dan gaul rata. 4) Panaskan air kalau nak sedap letak sup bunjut dan daun saderi masa didih kan air tu. Sementara gentel bulat-bulat.Masukkan dalam air tu tadi, biar 3 minit.ok siap masak. 5) Kalau suka sayur, tambah sayur dalam adunan ikan tadi gentle-gentel jadi lah bebola ikan dan sayur.
*bebola ikan ini boleh untuk makan tengah hari atau malam sebelum pukul 7. Sedap kalau dibuat sup boleh makan macam tu je. Setiap hidangan 4 hingga 5 biji cukup yang lain boleh frozenkan nak makan tinggal terjunkan je dalam sup ke dalam sayur ke.
Kalau rindu dengan rasa tomyam tumis tanpa perencah yang asli boleh cuba resipi yang ini! Rasanya ringan, masam, pedas, dan wangi dengan aroma serai serta daun limau purut. Walaupun tanpa bahan segera, tetap cukup ‘kick’!
Tomyam tumis tanpa perencah ini sesuai untuk seisi keluarga, anak-anak pun boleh makan sebab tak terlalu pedas dan lebih sihat kerana tiada bahan tambahan seperti MSG atau perencah segera. Hanya tumis, rebus dan siap! Bila dihidang panas-panas dengan nasi putih, telur dadar dan sambal belacan, memang tak sedar boleh bertambah dua kali.
Bahan-Bahan Tomyam Tumis Tanpa Perencah
Ayam (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (potong empat)
2 ulas bawang putih (dititik kasar)
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
1 biji tomato (potong dadu)
5–7 biji cili api (diketuk, ikut tahap pedas)
1 biji limau nipis (perah jusnya)
Sayur pilihan (lobak merah, kobis, bunga kubis, cendawan)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan Tomyam Tumis Tanpa Perencah
Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
Tumis bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut dan cili api hingga naik bau wangi.
Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
Tambahkan ayam, kemudian reneh hingga ayam empuk dan kuah mula sebati dengan rempah tumisan.
Bila ayam dah masak, masukkan sayur dan tomato. Biarkan mendidih seketika.
Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan jus limau nipis mengikut cita rasa anda.
Kacau perlahan, kemudian tutup api.
Tabur daun ketumbar atau daun sup sebelum dihidangkan untuk aroma segar.
Tip Tomyam Lebih Sedap
Untuk versi lebih segar, boleh guna limau kasturi sebagai pengganti limau nipis.
Untuk rasa ala Thai asli, masukkan sedikit sos ikan pada akhir masakan.
Guna ayam kampung atau isi ikan segar seperti siakap untuk rasa lebih manis dan semula jadi.
Variasi Resipi Tomyam Tumis
Selain menggunakan ayam, resepi tomyam tumis tanpa perencah ini juga boleh digantikan dengan pelbagai bahan lain mengikut selera keluarga:
Tomyam udang – gunakan udang segar, tumis sebentar dan jangan masak terlalu lama supaya manis udang kekal.
Tomyam sotong – sesuai untuk hidangan cepat kerana sotong masak sekejap sahaja.
Tomyam ikan siakap – sesuai bagi yang suka kuah masam pedas ala Thai, pastikan ikan digoreng sekejap dulu supaya tidak hancur.
Tomyam daging – rebus daging hingga empuk terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam kuah tumisan.
Tomyam tumis tanpa perencah ini bukan sahaja mudah, malah mengekalkan rasa asli. Dengan bahan ringkas dan langkah penyediaan mudah, kita boleh saja hasilkan tomyam yang wangi, pedas, dan menyelerakan tanpa perlu bergantung pada perencah segera.
Kalau anda makan di Chicken Rice Shop semangkuk lebih kurang RM8-RM9. Apa kata buat dumpling soup homemade ni, sekali buat cukup satu family dapat makan.Buat dumpling kena rajin dan sabar. Buat sendiri lagi puas makan. Hirup sup panas-panas memang berselera makan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!