Siapa yang tidak suka dengan sup ayam. Kalau ada yang nak menjaga kesihatan boelh saja buat sup tanpa tumis atau tanpa minyak tambahan.Buatnya pun simple saja, campak-campak saja bahannya. Pasti jadi kegemaran anak-anak.
Kalau anda makan di Chicken Rice Shop semangkuk lebih kurang RM8-RM9. Apa kata buat dumpling soup homemade ni, sekali buat cukup satu family dapat makan.Buat dumpling kena rajin dan sabar. Buat sendiri lagi puas makan. Hirup sup panas-panas memang berselera makan.
Biasanya menu untuk makan malam tak perlu yang berat-berat. Kalau dapat makan makanan berkuah seperti sup atau bubur pun sedap. Resepi chicken & corn soup mudah dan sedap yang dikongsikan oleh fatenmasak ni pun nampak menyelerakan untuk dijadikan hidangan makan malam. Sesuai juga jadi menu yang merancang untuk berdiet.
Chicken & Corn Soup
BAHAN-BAHAN
1 keping – Dada ayam (rebus dengan sedikit garam, simpan chicken stock)
1 batang – Daun bawang/Spring onion
1 ulas – Bawang putih/garlic
-\+ Chicken stock (air rebusan ayam tadi)
2 keping – Crab stick (carikkan)
1 keping – King oyster mushroom (potong nipis)
1-2 cawan – Corn kernals (ikut nak letak banyak mana)
1 cawan – Shredded chicken/isi ayam
1 nos – Telur/egg (kocak/beaten)
Lada sulah
1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air (mix)
Garam secukup rasa
Chicken cube (optional, saya tak letak)
Cuka
Daun bawang/
CARA MEMASAK:
1. Rebus isi ayam dengan sedikit garam sampai ayam lembut. Simpan stock ayam.
2. Tumis bawang putih & batang daun bawang, masukkan stock ayam rebus. Masukkan segala bahan, isi ayam, mushroom, crabstick. Masak sampai mendidih.
3. Campurkan tepung jagung dengan air, tuang dalam sup sambil kacau. Bila dah pekat tuangkan telur yang dikocak, kacau rata.
4. Perasakan dengan sedikit cuka dan garam. Last sekali tabur daun bawang.
Sup cendawan kalau dimakan dengan roti memang mantap rasanya. Nak pula kalau dimasak sendiri puas hati makan. Bukan setakat roti, piza juga adalah gabungan yang enak.Anda yang teringin menikmati menu ini, boleh cuba membuat sendiri ikut resepi ini.
SUP CENDAWAN
Bahan-bahan:
½ tin 450 g cendawan butang
6 ulas bawang putih
(Boleh guna cendawan butang segar atau campuran cendawan lain yang disukai.Saya elakkan mengguna cendawan shitake kerana rasanya yang terlalu kuat dan profil rasanya lebih Jepun berbanding dengan Amerika.Namun jika mahu guna cendawan shitake, tidak ada salahnya.
2 sudu makan mentega
Cara memasak:
1.Panaskan mentega.
2.Tumis cendawan dan bawang putih.Gunakan api perlahan dan biarkan sehingga cendawan ‘meletit’/ ‘meletup’ kecil (popping).Saya dapati dengan cara ini rasanya kurang ‘plastik’ dan lebih asli.
3.Sehingga keemasan begini memadai. Jika terlalu garing, warna sup akan jadi lebih gelap.
4.Masukkan dalam pengisar (blender).
5.Tambah 2 – 3 sudu makan krim putar (bukan yang manis ya!). Jika banyak sangat rasanya sedikit muak.Krim saya berketul di sini kerana saya simpan dalam tempat sejuk beku (frozen).Jika tiada krim, boleh guna susu segar, susu tepung atau susu sejat.
6.Tambahkan serbuk stok ayam (jika mahu), serbuk lada hitam dan garam
7.Tambah secawan air
8.Kisar sehingga halus
9.Tuang semula ke dalam kuali/periuk gorengan tadi yang masih berbekas dengan marjerin/mentega.Panaskan atas api perlahan
10.Tambah Italian herbs atau oregano
11.Jika mahu lebih pekat, tambah bancuhan 2 sudu teh tepung jagung dan ¼ cawan air
12.Pada saya, apabila kepekatan boleh menyalut sudip begini sudah cukup.Matikan api, sup cendawan berkrim siap
Pizza (homemade)
Doh pizza:
2 sudu teh yis segera
1 sudu makan gula
4 sudu makan susu tepung
1 cawan air suam
(Jika guna susu segar, tuang susu segar hampir penuh cawan kemudian tambah air panas untuk jadikan suam)
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak
2 sudu makan cuka
3 cawan tepung/ secukupnya untuk jadikan doh
Cara membuat:
1.Masukkan yis, gula, susu dan air suam dalam bekas yang sesuai.
2.Biarkan sehingga yis mula aktif. Akan ada bau roti yang mula terhidu dan permukaan susu berbuih.
3.Tambah garam, minyak dan cuka. Kacau rata.
4.Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh.
5.Oles doh dengan minyak dan rehatkan sehingga naik sekali ganda.
Uli doh supaya mengecil semula. Bahagi tiga jika hendak pizza yang nipis atau bahagi dua jika mahu pizza yang lebih tebal.
6.Oles dulang bakar dengan marjerin/mentega yang sudah lembut pada suhu bilik.
7.Tekan-tekan doh supaya memenuhi dulang bakar. Cucuk doh dengan garfu supaya tidak melembung semasa bakar.
8.Sapu sos pasta/ sos kegemaran anda dan tabur bahan yang anda suka untuk pizza.
9.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C/ 350°F selama ~ 20 minit/ sehingga tepi doh garing keemasan.