Kalau ada yang nak menjaga kesihatan boleh buat sup tanpa tumis atau tanpa minyak tambahan.Buatnya sangat mudah, campak-campak saja bahannya. Kalau hidang untuk anak-anak pasti licin sepinggan.
Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah, tetapi kadang-kadang mati idea juga, betulkan? Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam, mak-mak jangan risau ini menu yang mudah, sedap dan sihat. Siap dengan DIY membuat supaya lebih senang mencubanya. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…
BEBOLA KENTANG INTI AYAM AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Ayam masak apa pun tetap sedap . Dalam sajian barat pun ada macam-macam idea juadah yang dibuat berasaskan ayam.
Ni min kongsikan tiga idea sajian barat dari Chef Mohd Zamri yang juga pensyarah di Taylor’s University.
.
Tengok rupa pun dah meleleh air liur dibuatnya, gerenti lazat. Cubalah nanti ya.
BEGEDIL AYAM BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan begedil :
100gm isi ayam ayam | dicincang
4 biji ubi kentang | dipotong dan rebus hingga empuk
100gm serbuk keju Parmesan
5 ulas bawang putih | dicincang kasar dan digoreng hingga kuning
80gm keju ‘gruyere’ | dipotong dadu
½ sudu teh serbuk perasa
50gm tepung gandum
2 biji telur | dipukul sedikit
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Sos :
80gm tepung keju segera
150ml air panas
CARA MEMASAK: Cara membuat begedil:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan ayam bersama garam dan lada sulah hingga kering.
2. Ubi kentang yang telah dimasak dilenyek halus dalam satu bekas.
3. Kemudian masukkan ayam ke dalam ubi kentang, keju parmesan dan bawang putih goreng.
4. Masukkan sedikit tepung, serbuk ketumbar dan serbuk perasa.
5. Gaulkan hingga sebati.
6. Bentukkan bulat, masukkan keju gruyere yang dipotong dadu dan tekan rata sedikit, taburkan sedikit tepung dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Panaskan kuali dan goreng sehingga kuning keemasan.
8. Hidangkan begedil dimakan bersama sos keju dan sos cili Thai.
Cara membuat sos keju segera :
1. Gaulkan serbuk keju segera bersama air panas.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 50 minit Cara memasak : Menggoreng Jenis masakan : Sajian asia fusion Keistimewaan : Sajian ringkas dan cepat dimasak lagi dan mengenyangkan
INFO CHEF : Hati-hati bila menambah tepung ke dalam begedil kerana jika terlebih akan menyebabkan begedil menjadi keras.
CASSEROLE CHICKEN WITH ZUCCHINI & SPINACH
.
BAHAN-BAHAN :
4 bahagian kaki ayam | telah dibuang tulang
50gm daun bayam | direbus hingga masak
60gm zucchini | dipotong nipis
100gm bawang Holland | dicincang
30gm bawang putih | dicincang halus
350gm krim masakan
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: Cara membuat Casserole Ayam:
1. Ayam diperap dengan garam dan lada sulah
2. Bakar atas kuali dengan sedikit minyak untuk dapatkan warna kuning keemasan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih dan masukkan krim masakan.
4. Masukkan keju parmesan sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga pekat. Ketepikan sos keju ini sebentar.
5. Masukkan ayam yang sudah dibakar tadi dalam mangkuk casserole bersama zucchini dan bayam yang telah direbus.
6. Ambil sos keju dan taburkan sos keju di atas ayam dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit.
7. Boleh dihidangkan semasa panas.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 40 minit Cara memasak : Bakar dalam ketuhar Jenis masakan : Sajian barat Keistimewaan : Sajian ini sesuai untuk makan malam
INFO CHEF : Usah membuat sos yang terlalu pekat kerana ia menenggelamkan keenakan rasa bayam dalam ayam.
HONEY LEMON CHICKEN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan honey lemon :
70gm madu
300gm jus lemon
70gm sos plum
20gm tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan ayam :
4 ketul drumstick ayam
4 keping kepak ayam
½ labu bawang Holland | dicincang halus
2 ulas bawang putih | dicincang halus
80gm tepung jagung | campur dengan sedikit air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: Cara membuat sos honey lemon:
1. Masak jus lemon, sos plum dan madu sehingga pekat dalam periuk.
2. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. Biarkan adunan seketika untuk sejuk
Cara membuat honey lemon chicken:
1. Ayam dibasuh dan keringkan.
2. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam.
3. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan ayam, bawang putih dan garam.
3. Selepas itu masukkan sos honey lemon
4. Kacau hingga sos melekat pada ayam
5. Susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit
6. Setiap 6 minit salut ayam dengan sos dan bakar hingga kuning keemasan,
7. Hidangkan ketika panas bersama sos.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 45 minit Cara memasak : Tumis dan Bakar Jenis masakan : Sajian Asia Keistimewaan : Sajian ayam bermadu yang masam manis.
INFO CHEF : Jika sos terlalu masam, campurkan lebih madu atau masukkan gula sehingga mendapat rasa yang diinginkan.
RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
Tajaan Pinggan Mangkuk : RUSLIZA MD DRUS
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.