Sup cendawan lemak berkrim ini tentunya disukai ramai, tak kira orang dewasa mahu pun anak-anak. Sedap dimakan dengan roti bawang putih atau dihirup begitu saja pun sedap. Sesekali beralih selera ke barat syok juga ye.
Ada yang mungkin beranggapan, sup cendawan ini sudah nak membuatnya. Sebab itu lebih suka makan bila ke restoran atau beli yang segera.
Aduh. Rugi tu. Sebenarnya tak susah pun nak memasak sup cendawan di rumah. Nampak je macam susah. Tambahan pula, bila masak sendiri lagi puas makan.
Ikuti perkongsian resipi daripada puan Reen Amirini.
Kisar separuh daripada cendawan shiitake hingga lumat.
Panaskan planta di dalam periuk. Bila planta cair, masukkan bahan Holland dan tumis hingga terbit wangi dan bawang bertukar warna kekuning-kuningan.
Ads
Tambah tepung gandum dan kacau. Waktu ini ia memang berketul-ketul. Tapi teruskan mengacau.
Masukkan pula susu segar. Kacau lagi.
Kemudian masukkan cendawan shiitake yang diracik ke dalam adunan. Kacau lagi. Masukkan juga air secukupnya supaya sup tidak terlalu pekat. Terus kacau dari semasa ke semasa.
Setelah itu, masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk Oregano secukupnya dan gaul lagi biar sebati.
Ads
Tutup api. Siap. Boleh dimakan panas-panas.
Sebenarnya ada satu cara lain untuk membuatkan sup lagi halus iaitu dengan mengisar sup itu dan setelah itu dimasakkan sekali lagi. Tapi malas, cara ni pun dah okay. Masih terasa tekstur cendawan yang diracik saat mengunyah. Tetap sedap.
Apa kata buat dumpling soup homemade ni, sekali buat cukup satu family dapat makan.Buat dumpling kena rajin dan sabar. Buat sendiri lagi puas makan. Hirup sup panas-panas memang berselera makan.
DUMPLING SOUP HOMEMADE HALAL
Inti Dumpling:
300g isi ayam (fillet dicincang)
½ batang Carrot (sagat)
1 biji bawang besar (cincang halus)
4 ulas bawang putih (cincang halus)
Daun sup & daun bawang (potong halus)
2 sudu serbuk lada sulah
3 sudu minyak bijan
2 sudu serbuk maggi cukup rasa
1 sudu kecil garam & gula
Dumpling pastry (Instant)
Cara membuat:
1.Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry.
2.Gaul sebati dan perap sekejap 10 minit.
3.Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastry ikut kreativiti.
4.Susun dumpling atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Kukus dumpling selama 10 minit.
5.Siap kukus boleh makan dengan sos kicap atau goreng dumpling
Sup dumpling
6 ulas bawang putih (ketuk & cincang)
1 inci halia (ketuk & cincang)
1 sudu kecil minyak bijan
Serbuk lada sulah sikit
Kiub ayam maggi (separuh kiub)
Garam & gula
Cara membuat:
1.Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
2.Letak satu mangkuk air dalam periuk.
3.Masuk bahan-bahan lain sampai mendidih.
4.Letak dumpling yang dah siap kukus tadi dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
5.Kemudian tabur sikit daun bawang.
6.Akhir sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang dah cincang halus. Gaul sebati kemudian boleh makan dengan sup.
*Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.
Sup tulang berempah yang diolah sendiri rempah memanglah enak dinikmati.Bila cukup ramuan rempah bila menghirupnya puas hati rasanya. Sangat sesuai untuk rewang bersama keluarga.Jangan lupa cuba.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN UNTUK REBUS:
2 kg tulang | cuci bersih dan toskan
2 inci halia | titik
4 ulas bawang putih | titik
1 paket sup tulang
Air secukupnya
BAHAN UNTUK REMPAH:
5 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 paket sup tulang
1 paket perencah sup
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
Minyak secukupnya untuk kisar
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
Ais tambahan secukupnya.
1 biji bawang Holland
1 biji tomato
6 biji cili padi
Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, halia dan bawang putih dan sup tulang bunjut). Rebus sehingga empuk.
Nak mudah gunalah pressure cooker.
2. Sementara tunggu tulang empuk , boleh buat bahan untuk rempah. Kisar bawang merah, halia, bawang putih
dan juga sup tulang rempah.Rempah dalam bunjut kisarkan sekali.
3. Masukkan perencah sup, serbuk ketumbar dan lada hitam.Kisar dengan minyak.
4. Kemudian tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak dan ketepikan.
5. Buka periuk rebusan dan masukkan rempah yang telah kita tumis tadi.Kacau sekejap.Reneh seketika
7. Masukkan garam ikut cita rasa.
8. Masukkan lada sulah.Tambahkan air jika suka.
9. Masukkan bawang Holland, tomato , cili padi hijau dan merah, kacau rata.
10. Tabur daun ketumbar jika suka sebelum dihidangkan.
Kalau rindu dengan rasa tomyam tumis tanpa perencah yang asli boleh cuba resipi yang ini! Rasanya ringan, masam, pedas, dan wangi dengan aroma serai serta daun limau purut. Walaupun tanpa bahan segera, tetap cukup ‘kick’!
Tomyam tumis tanpa perencah ini sesuai untuk seisi keluarga, anak-anak pun boleh makan sebab tak terlalu pedas dan lebih sihat kerana tiada bahan tambahan seperti MSG atau perencah segera. Hanya tumis, rebus dan siap! Bila dihidang panas-panas dengan nasi putih, telur dadar dan sambal belacan, memang tak sedar boleh bertambah dua kali.
Bahan-Bahan Tomyam Tumis Tanpa Perencah
Ayam (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (potong empat)
2 ulas bawang putih (dititik kasar)
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
1 biji tomato (potong dadu)
5–7 biji cili api (diketuk, ikut tahap pedas)
1 biji limau nipis (perah jusnya)
Sayur pilihan (lobak merah, kobis, bunga kubis, cendawan)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan Tomyam Tumis Tanpa Perencah
Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
Tumis bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut dan cili api hingga naik bau wangi.
Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
Tambahkan ayam, kemudian reneh hingga ayam empuk dan kuah mula sebati dengan rempah tumisan.
Bila ayam dah masak, masukkan sayur dan tomato. Biarkan mendidih seketika.
Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan jus limau nipis mengikut cita rasa anda.
Kacau perlahan, kemudian tutup api.
Tabur daun ketumbar atau daun sup sebelum dihidangkan untuk aroma segar.
Tip Tomyam Lebih Sedap
Untuk versi lebih segar, boleh guna limau kasturi sebagai pengganti limau nipis.
Untuk rasa ala Thai asli, masukkan sedikit sos ikan pada akhir masakan.
Guna ayam kampung atau isi ikan segar seperti siakap untuk rasa lebih manis dan semula jadi.
Variasi Resipi Tomyam Tumis
Selain menggunakan ayam, resepi tomyam tumis tanpa perencah ini juga boleh digantikan dengan pelbagai bahan lain mengikut selera keluarga:
Tomyam udang – gunakan udang segar, tumis sebentar dan jangan masak terlalu lama supaya manis udang kekal.
Tomyam sotong – sesuai untuk hidangan cepat kerana sotong masak sekejap sahaja.
Tomyam ikan siakap – sesuai bagi yang suka kuah masam pedas ala Thai, pastikan ikan digoreng sekejap dulu supaya tidak hancur.
Tomyam daging – rebus daging hingga empuk terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam kuah tumisan.
Tomyam tumis tanpa perencah ini bukan sahaja mudah, malah mengekalkan rasa asli. Dengan bahan ringkas dan langkah penyediaan mudah, kita boleh saja hasilkan tomyam yang wangi, pedas, dan menyelerakan tanpa perlu bergantung pada perencah segera.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!