Sup Cendawan Mudah Gerenti Sedap

Share

Sup cendawan ini mudah saja cara membuatnya. Namun, gerenti sedap rasanya tau. Kalau rasa badan tak sihat dan tak ada selera nak makan, boleh masak sup ini. Mesti berpeluh-peluh bila makan.

Atau yang nak diet dan kurangkan makan nasi, sup ini pun sesuai. Ratah macam tu dah kenyang.

Okay, jom tengok cara membuatnya. Semua orang boleh masak. Simple sangat.

SUP CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

1 paket cendawan tiram – carik-carikkan

10 biji cendawan Shiitake saiz kecil – rendam dengan air panas dan hiris

Sedikit sawi – potong

1 kiub ayam – beli online di sini

Sedikit Suhun dan fucuk – rendam

1 sudu makan mushroom seasoning – boleh beli online di sini

2 sudu makan serbuk lada hitam

1sudu makan lada sulah

5 biji cili padi – (pilihan)Garam secukupnya

Air secukupnya

Minyak masak secukupnyac- boleh beli online di sini

BAHAN HIRIS:

5 ulas bawang putih

3 biji bawang merah – boleh beli online di sini

1 inci halia

CARA MEMASAK SUP CENDAWAN:

Sediakan kuali dan panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan hirisan hingga agak garing dan terbit wangi. Masukkan air secukupnya untuk kuah.  

Kemudian masukkan satu kiub ayam. Masukkan masukkan pula cendawan shiitake yang telah dihiris. Kacau.

Masukkan suhun dan fucuk yang telah direndam tadi, diikuti oleh sawi. Tapi kalau tak suka, boleh saja skip. Kacau lagi.

Tambah lada sulah dan lada hitam ke dalam masakan. Perasakan dengan garam secukupnya. Kemudian masukkan cendawan tiram. Kacau.

Kalau nak lagi umph, tambah hirisan cili padi. Biarkan ia mereneh seketika dan tutup api. Sedia dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

 Boleh cuba resipi ini juga: Cendawan Gunting Rangup

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

https://www.youtube.com/shorts/bFyVM396GOo

 

 

 

Published by
Nurul Azwa