Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
- Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
- 6 keping keju
- 1 kiub ayam
- 6 sudu besar susu tepung
- Air secukupnya ikut kepekatan
- 4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
- Sedikit daun parsley kering
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selamat mencuba
Resepi : NanaAziz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gebu Gebas Roti Gulung Susu Bercheese, Cara Buat Pun Senang
Menu roti antara yang paling senang untuk dibuat. Lebih-lebih lagi bila menggunakan bread maker, semuanya jadi lagi kemas dan cantik.
Menerusi perkongsian resipi daripada Ieda Jahaya, menu roti ini sesuai untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja.
Jadi, kalau rasa tak sempat nak sarapan tu, bolehlah makan roti sambil memandu ke pejabat kan.
CARA BUAT ROTI SUSU BERCHEESE
BAHAN A:
(resipi ini menggunakan bread maker)
1 cawan susu segar
1 sudu besar yis – beli online di sini
1 bji telur
2 sudu besar gula – beli online di sini
½ sudu kecil garam – beli online di sini
¼ cawan susu serbuk (ikut suka jenama apa pun)
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Lasagna Lemang Kari Ayam
BAHAN B
3 cawan tepung high protein – beli online di sini
2 sudu besar mentega – beli online di sini
BAHAN SAPUAN:
Kuning telur
1 sudu besar susu cair – beli online di sini
*campurkan
BAHAN TABUR:
3 sudu besar susu serbuk
3 sudu gula kastor – beli online di sini
*campurkan
CARA-CARA:
1. Sebatikan dulu bahan A di dalam bread maker. Kemudian, masukkan tepung high protein. Uli je. Bila doh dah mula memekat, masukkan mentega. Uli terus hingga jadi doh.
2. Perapkan doh selama 30 minit. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk doh.
3. Dan boleh mula buat. Kalau nak roti sama saiz, timbang doh kecil-kecil dalam 40g. Bulat-bulatkan.
4. Kemudian, canai secara memanjang. Letak inti keju cheddar yang dipotong 4 segi memanjang. Saya tak ada keju cheddar, cuma letak slice cheese je.
5. Gulung memanjang. Susun dalam loyang. Buat sampai habis semua doh. Perap kejap selama 20 minit.
6. Jangan lupa sapukan di bahagian atas roti sebelum nak masuk ketuhar. Panaskan ketuhar, bakar dengan menggunakan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga dah warna keemasan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Apabila dah masak, keluarkan roti dari ketuhar. Sapu mentega lebih sikit. Kemudian tabur atau gaul campuran susu serbuk dan gula kastor. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi: Ieda Jahaya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat
Resipi Lengkap Roti Naan Cheese, Ayam Tandoori & Keema Daging
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Ikut Resipi Ni, Kuah Asam Laksa Cina Jadi Sedap & Pekat Sempurna
Asam Laksa Cina, memang enak dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Sedap! Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair. Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
CARA MASAK ASAM LAKSA CINA YANG ENAK SEMPURNA
BAHAN-BAHAN KUAH:
3 liter air
1 kg ikan sardin/kembung/selayang
1 tin sardin Ayam Brand (425 gram )- kuah tak ambil – beli online disini
5 senduk cili kisar – beli online disini
3 sudu makan asam jawa – beli online disini
8 keping asam keping gred bagus (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping) – beli online disini
5 tangkai daun kesum
3 batang bunga kantan
2 tangkai daun pudina
Gula melaka/gula merah hancur secukupnya – beli online disini
Garam dan serbuk perasa
P/S : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Empunya resipi tidak letak.
BAHAN KISAR:
100gm bawang merah besar India – beli online disini
25gm belacan – beli online disini
13 tangkai cili padi hijau
1 batang serai saiz sederhana
300gm nanas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
ULAM ASAM LAKSA CINA (HIRIS):
Daun salad
Bawang merah besar India
Asam limau kasturi
Telur rebus
Timun
Cili Padi
Daun Pudina
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing.
3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah.
6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.
7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam.
8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Aneka Resipi Kerabu Air Tangan Mak-Mak, Mudah & Comfirm Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Aneka Roti Klasik, Resipi Ori Chef Frederic Oger Dari Perancis
Teringin nak makan roti klasik ori dari Perancis. Tekstur ringan, dan peroi berderai jadi identiti roti Perancis yang ori. Nah ini dia 5 aneka roti klasik dari Chef Frederic Oger yang berasal dari Perancis.
Beliau yang menetap di Kuala Lumpur adalah pemilik Pastry Institute of St Honore, di Taman Tun Dr Ismail. Variasi rotinya ada yang rangup dan sedikit keras seperti juga roti Perancis yang lain. Dan ada juga variasi lembut gebu.
Rahsia tekstur ringan roti klasik ini adalah campuran doh ‘poolish’ atau doh matang pra penapaian yang disediakan sekurang-kurangnya 16 jam yang kemudiannya diadunkan dengan doh utama roti. Jom cuba…
1. ROTI RYE
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh utama :
- 375gm tepung gandum protein tinggi
- 375gm tepung rye
- 15gm garam
- 17.5gm yis
- 100ml minyak masak @ minyak zaitun
- 30gm gula
- 375ml air sejuk * dari peti sejuk
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mesin penguli roti, gaulkan hingga membentuk doh yang lembut.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Bulatkan doh dan biarkan ia berehat selama sejam sehingga mengembang dua kali ganda.
4. Ambil doh uli dan tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin, dan biarkan berehat selama 30 minit
5, Panaskan oven dengan suhu 210 darjah C
6. Masukkan dan bentukkan doh ke dalam tin pembakar dan bakar hingga masak.
7. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong .
Saiz hidangan : 2 buku roti, 600gm tiap satu.
Waktu memasak : 20- 25 minit
2.BAGUETTE
BAHAN-BAHAN :
Bahan poolish
*doh yis matang pra penapaian pre ferment untuk dicampur ke dalam doh utama :
- 209gm tepung gandum serba guna
- 209ml air
- 0.2gm yis kering
*menghasilkan 418gm poolish
Bahan doh utama :
- 418gm tepung roti
- 199ml air
- 2gm yis
- 13gm garam
- 418gm adunan poolish yang sudah dibuat 12 jam sebelum doh utama
CARA MEMASAK:
Cara buat adunan poolish :
- Satukan dan campurkan ke semua bahan menggunakan senduk kayu (rata)
- Biarkan ia rehat semalaman, iaitu kira-kira 12 jam untuk dicampurkan sekali dengan doh utama.
- Biarkan rehat dalam suhu bilik.
Cara buat doh utama ,baguette :
- Masukkan semua bahan termasuk poolish ke dalam mesin adunan kecuali garam
- Biarkan diadun dengan kelajuan sederhana, selama 5 minit.
- Kemudian laju selama 5 minit lagi
- Garam dimasukkan ketika 2 minit sebelum berhenti.
- Biarkan ia rehat 20 minit
- Kemudian bentukkan roti menjadi lonjong, kelar di atasnya
- Biarkan ia rehat dan mengembang (beberapa jam)
- Panaskan oven dalam suhu 210 Celcius untuk selama 10 minit.
- Bentukkan doh dan bakar baguette dalam suhu 210 selama 25 minit
- Keluarkan dan biarkan ia sejuk di atas redai , barulah dipotong
Saiz hidangan : 3 buku roti, 330gm tiap satu.
Waktu memasak : 25- 30 minit
3. ROTI FOCACCIA
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung gandum
- 10gm garam
- 12gm yis
- 275gm kentang lecek | direbus dan lecek
- 280ml air
- 50ml minyak zaitun
- 20gm daun rosemary
- 15gm garam laut
- Lada benggala secukupnya untuk hiasan | dipotong kecil
CARA MEMASAK :
- Campurkan dan gaulkan kesemua bahan ramuan hingga membentuk doh yang licin dan lembut.
- Kemudian masukkan minyak zaitun dan kentang,
- Griskan papan canai dan tangan sebelum mengadun doh. Doh seharusnya licin dan tidak melekat di tepi mangkuk adunan.
- Biarkan ia rehat kembang sekali ganda, keluarkan dan tumbuk-tumbukan hingga dikeluarkan angin.
- Biarkan sebentar dan bentukkah doh di atas dulang pembakar.
- Hiaskan di atasnya dengan daun rosemary cincang (atau yang kering) dan lada benggala
- Biarkan ia kembang sekali lagi dan masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan 10 minit sebelum itu dengan suhu 230 darjah Celcius.
- Bakar dalam tempoh 20-25 atau hingga keperangan.
Saiz hidangan :2 buku roti, 500gm tiap satu.
Waktu memasak : 20-25 minit
- ROTI MULTIGRAIN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh masam :
* pra penapaian (pre ferment)
- 250gm tepung gandum
- 2 gm yis kering
- 150ml air
*menghasilkan 375gm doh masam
Bahan doh utama :
- 250gm tepung roti
- 5gm yis
- 375gm doh masam
- 5gm garam
- 100gm bijirin campur
- 3gm bread improver
CARA MEMASAK :
Cara buat doh masam (pre fermentasi/ doh yis matang)
- Buatkan doh dengan mencampurkan segala bahan doh masam sehingga konsistensi tercapai. Gaulkan dengan tangan sehingga ia berada dalam keadaan licin..
- Rehatkan doh masam di dalam chiller
- Tutup dengan kain dan biarkan semalaman sekurang-kurangnya 16 jam.
Cara buat doh utama :
Cara membuat doh utama :
- Satukan kesemua bahan di dalam mesin pengadun dan bentukkan menjadi doh
- Mulakan dengan adunan perlahan dan sudahi dalam mode laju.
- Setelah doh tidak melekat di tepi mangkuk biarkan ia berehat dan mengembang, dalam masa 2 jam.
- Tumbuk-tumbukkan doh dan bentukkan doh
- Biarkan berehat dan mengembang dalam masa 45 minit.
- Taburkan tepung atas papan canai dan keluarkan doh, bentukkan doh memanjang. Bentukkan semula doh dan biarkan berehat dan mengembang lagi 45 minit.
- Biarkan berehat untuk mengembang/menaik sehingga 2 kali ganda saiz
- Susunkan roti dalam dulang atau tin pembakar .
- Bakar di dalam kaedah ‘steam bake’ (meletakkan tin pembakar di atas bekas berair). Pastikan over sudah dipanaskan dengan suhu 210-240 darjah celcius dan bakar dalam 25 minit dan 15 saat dalam mode stim 15 saat
Saiz hidangan : 3 buku roti, 300gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
- CIABATTA
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 310gm tepung gandum
- 10gm garam
- 2 gm yis kering
- 190ml air
- 50ml minyak zaitun
- 382gm poolish (doh pra fermentasi, yis matang)
Bahan poolish :
- 190gm tepung
- 190ml air
- 2 gm yis kering
CARA MEMASAK :
- Sehari sebelum sediakan doh poolish *rujuk cara buat poolish di resipi roti baguette.
- Poolish tutupkan dengan pembalut plastik dan biarkan berehat dalam suhu bilik hingga matang, kira-kira 12 jam.
- Esok harinya, buatkan doh utama dan masukkan poolish dalam adunan dan adun untuk 10 minit tetapi hanya guna 140 ml air dulu di atas papan canai. Baki 50ml air diketepikan untuk kegunaan kemudian.
- Masukkan minyak zaitun
- Doh kemudian di letakkan balik di dalam mangkuk adunan dan masukkan baki 50ml air tadi.
- Ini akan mengambil masa tambahan 5 minit.
- Hasil doh adalah doh yang lembab dan basah dan kemudian tuangkan di dalam bekas yang telah digris minyak, tutupkan dan biarkan ia menapai untuk 3jam.
- Lipat dan kaup selepas 1 hingga 2 jam
- Selepas 3 jam, ambil doh dan letakkan atas papan canai bertepung dan bahagikan kepada 1/2. (2 keping)
- Setiap doh,dilipatkan dari kiri ke tengah dan kanan ke tengah, letakkan kepingan di atas alas dulang bertepung dan tutupkan dengan kain
- Selepas ia menapai selama 40 minit, letakkan kepingan doh di atas tin pembakar roti , dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 230 darjah Celcius.
- Bakar selama 25-35 minit, letakkan bekas berisi air di bawah tin pembakar.
- Tambahkan lagi 15 saat dalam mode ‘steam bake’
Saiz hidangan : 2 buku, 500gm tiap satu
Waktu memasak : 35 minit
RESIPI : CHEF FREDERIC OGER
Terima kasih : PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE, TTDI Plaza, A1-11, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur