Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.

Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah  dihidang dari dalam tin aje.

SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA

Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.

BAHAN-BAHAN :

  • Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar

Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.

IKLAN

Bahan dikisar Bersama :

  • 6 keping keju
  • 1 kiub ayam
  • 6 sudu besar susu tepung
  • Air secukupnya ikut kepekatan

Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.

  • 4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
  • Sedikit daun parsley kering
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

IKLAN

1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.

2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.

Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.

IKLAN

3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.

Selamat mencuba

Resepi : NanaAziz

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI