Sup Daging Ala Thai Macam Di Warung

Share
Menu Thailand sentiasa menjadi kegemaran ramai. Antaranya tomyam dan  ayam paprik yang mudah untuk disediakan. Aroma masakan Thai sungguh menggamit rasa dengan pelbagai rempah ratus yang dicampurkan. Oleh itu menjadikan masakan Thailand istimewa. Untuk menu malam ni jom buat ni.
SUP DAGING ALA THAI
1 kilogram daging – dibersihkan
3 biji buah pelaga
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk lada putih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji tomato
5 tangkai cili padi
2 akar ketumbar – di ketuk
bawang goreng secukupnya
1 inci halia – di ketuk
2 biji limau nipis – ambil jusnya
1 labu bawang holland – di hiris kasar
1/2 sudu besar garam
2 liter air
1 batang celery – di potong pendek
Cara memasak :
1. Reneh daging sehingga empuk. Ini mengambil masa yang agak lama dan selalunya saya akan merenih daging lebih awal sebelum proses memasak. Buang buih yang timbul dipermukaan periuk dengan sudu ketika proses merenih daging tersebut. Tambahkan air secukupnya jika ianya menyusut.
2. Masukkan buah pelaga, akar ketumbar, kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, lada hitam, lada putih dan serbuk ketumbar serta renih lagi.
3. Seterusnya masukkan bawang holland, batang celery dan tomato serta renih lagi.
4. Akhir sekali masukkan cili padi dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan sup kedalam mangkuk dan perahkan limau nipis kedalamnya. Taburkan bawang goreng dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.
*Jika ada kesempatan bolehlah hasilkan bawang goreng sendiri kerana ia lebih harum dan ranggup
Kredit: Ilham Media

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Putri