Mula-mula, rebus dahulu daging sekejap. Sekadar keluar air daging dan lemak-lemaknya lalu angkat dan tapis buang air rebusannya.
Hanya tinggalkan sedikit saja airnya. Atau boleh terus masak tanpa rebus dahulu. Terpulang cara masing-masing.
Kemudian, Masukkan sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan beberapa saat hingga terbit bau.
Ads
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak atau garing.
Setelah bahan perang,masukkan rempah sup dan tumis 1 minit atau hingga terbit bau lalu masukkan daging,air mengikut banyak kuah yang disukai, garam,gula dan serbuk perasa lalu masaklah hingga daging lembut.
Setelah siap boleh lah masukkan daun sup dan cili padi.
Bagi anda yang menggemari hidangan Lamb Chop, resipi sos perapan perkongsian saudari Yana Rasidini harus anda cuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan yang sukar. Malah dikongsikan juga petua untuk melembutkan daging kambing supaya rasnya lebih enak. Jom cuba. Anda pastik sukakannya.
CARA MEMASAK: 1.Satukan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos bbq bersama madu. Sebatikan. 2. Ambil kepingan daging kambing dan lumurkan kiub pati ayam. 3. Taburkan juga rosemary, basil, oregano, lada hitam dan bawang putih. Lumur rata. 4. Kemudian masukkan campuran sos yang sudah digaul dengan madu. Ratakan. 5. Perap kambing selama 3-4 jam. Lagi lama diperap rasanya akan jadi lebih sedap.
PETUA:Untuk hilangkan bau hanyir kambing, rendam kepinga daging kambing dalam perahan limau selama 5-10 minit. Kemudian ketuk lembut kambing menggunakan lesung batu supaya daging tidak keras, perapan pun meresap elok.
Kredit resipi & foto: Yana Rasid
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Siapa kata masak daging ambil masak lama? Sebenarnya ada cara mudah masak daging secara ekspres. Pertama hiris daging nipis dan kecil. Kedua rebus dahulu daging kemudian hiris nipis dan ikut ira yang betul sebelum kedua-duanya sedia dimasak. Untuk memudahkan anda, Rasa bawakan tiga menu daging yang dimasak secara ekspres.Ia sesuai sangat untuk berbuka dan bersahur.
DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 sudu makan cili kering kisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 batang kacang panjang | potong serong
1 sudu kerisik
1 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
2 biji cili padi | dihiris
2 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
Jom rajinkan diri di hujung minggu ni, kita buat sendiri bebola daging kemudian masak kari Ala India yang sedap menjilat jari. Rasa bebola daging yang berjus dengan limpahan kuah kari, memang sesuai dimakann dengan nasi putih dan dicicah dengan pelbagai roti. Anda yang ingin mencuba, berikut dikongsikan resipinya:-
KARI BEBOLA DAGING ALA INDIA
BAHAN-BAHAN: BEBOLA DAGING:
500gm daging kisar
2 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
1 sudu makan garam masala | untuk campuran kofta
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
Garam secukupnya KUAH:
2 sudu makan minyak masak
2cm halia | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
1/2 cawan yogurt
2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1sudu teh serbuk cili
1sudu teh serbuk cili
1sudu teh garam masala
1biji tomato | potong dadu kecil
CARA MEMASAK:
1. Campurkan daging cincang semua bahan bebola daging dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
2. Bulat-bulatkan sebatian daging kisar dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
4. Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
5. Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
6. Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
7. Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
8. Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
9. Akhir sekali masukkan bebola daging yang telah digoreng tadi, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
10. Tutup api, kari bebola daging sedia dihidangkan bersama nasi putih atau roti.