Pernah cuba Sup Dumpling Ayam? Sangat sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang sukakan rasa sup yang ringan dan pada masa yang sama senang dimasak dan mengenyangkan, resipi perkongsian saudari Siti Zanariah Khalit ini tentunya yang paling sesuai. Jika ada ahli keluarga yang tidak sihat, sesuai sangat nikmati menu ni. Boleh dinikmati pada bila-bila mengikut selera anda. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti puas hati.
Ayam Popcorn rangup memang menjadi kegemaran anak-anak. Senang nak disediakan anak-anak pun puas makan kalau buat sendiri.
Mak ayah pun boleh tumpang sekali, makan panas-panas dengan cili sos dan mayonis sangatlah sedap.
Isi ayam yang dipotong kecil dan digoreng ranggup dengan bahan perapan yang istimewa. Saiz yang kecil seakan popcorn membuatkan ia senang dikunyah terutama kanak-kanak.
Boleh juga buat banyak-banyak dan bekukan. Simpan stok dalam peti sejuk anak-anak nak makan boleh goreng dalam air fryer.
AYAM POPCORN
BAHAN-BAHAN:
7 Ketul isi ayam (potong dadu)
BAHAN-BAHAN 1:
* 6 ulas bawang putih
* 2 batang serai
* 1 sudu kecil lada hitam
* halia seinci
BAHAN-BAHAN 2
4 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk kari daging
BAHAN-BAHAN 3:
2 biji telur
BAHAN-BAHAN 4:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
Garam secubit
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang sudah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.
2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkn bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 gaul sebati. Perapkn sejam @ lebih.
3. Pecahkan telur dalam bekas asing.
4. Satukan bahan 4 dan gaul sebati
5. Celup isi ayam satu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung. Terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Buka api perlahan goreng sehingga masak dan tos.
Kredit: norhayu hanafi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tiap kali menonton drama Korea , nama makanan ni sering disebut. Sebenarnya populariti K-Pop dan K-Drama lah inilah yang turut mempopularkan sajian mereka.
So cuti hari minggu ni , jangan lupa mencuba resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang berpengalaman bekerja di Korea Selatan.. Baru ada ‘feeling’ Korea masa menonton tadi.
1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )
BAHAN-BAHAN :
½ cawan tepung gandum
1biji telur
2 sudu besar mentega | yang dicairkan
3 sudu besar gula kaster
Secubit garam
½ cawan susu segar
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh minyak masak
4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati. 2. Panaskan oven sehingga 160-180’C. 3. Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh. 4. Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan. 5. Bakar lebih 13-15 minit sehingga adunan masak kuning keemasan.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Stim atau bakar di dalam oven Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Muffin yang gebu dengan rasa telur segar
Info chef :Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.
2. TTEOBOKKI (KEK NASI BERSAMA PES CILI)
BAHAN-BAHAN : Bahan kek beras :
250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
1 sudu kecil minyak bijan
Secubit garam
Bahan sos :
5 sudu besar minyak masak
1 cawan air
5 ulas bawang putih | dikisr
5 cili api | dikisar
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan cuka masak
1 sudu makan pes cili kering
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati 2. Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan. 3. Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan. 4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. 5. Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati. 6. Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat. 7. Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan. 8. Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 30 minit Cara Memasak : rebus dan tumis Jenis Masakan : sajian Korea Keistimewaan : Rasa pedas dan amat mengenyangkan
Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri, Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.
3. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUCAI)
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1biji telur
½ cawan air
1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati. 2.Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. 3.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum. 4.Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda. 5.Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali. 6.Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan. 7.Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 15 minit Cara Memasak : Goreng menggunakan minyak yang sedikit Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Seperti rasa lempeng tetapi bahan sayur kucai menambah perisa
Info Chef :Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.
4. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN )
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
1 ikat daun bawang dihiris halus
1 sudu makan kicap
1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
6 cawan air
30 gm ikan bilis
10 gm rumpai laut kering
100gm lobak putih
CARA MEMASAK : 1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana. 2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus. 3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi. 4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan. 5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika. 7. Sedia untuk dimakan
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan
Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan , ituu ikut citarasa anda.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MENEPATI KEPERLUAN ANDA, JOM LAYARI DI SINI.