Sup Ekor Mudah Dan Sedap Pelengkap Makan Malam Sekeluarga

Share

Nikmat betul dapat hirup sup yang masih hangat dimakan bersama nasi yang baru dimasak setelah seharian penat bekerja. Resepi sup ekor ala thai yang dikongsikan oleh Putri Bungsu di Facebook ini sangat mudah untuk disediakan sebagai menu makan malam bersama keluarga. Bosan juga asyik sup ayam ataupun daging, apa kata kalini kita tukar selera sikit masak sup ekor lembu ala thai! Jangan malas, jom kita cuba resepi ni sekarang!

 

 

 

 

RESEPI SUP EKOR ALA THAI 

 

 

BAHAN-BAHAN

1 Mangkuk ekor lembu (ada 6 potong) yg sudah empuk direbus. 

2 labu bawang sedehana besar belah 2  

1 ulas bawang putih di ketukBELI DI SINI

2 batang serai di ketuk 

3 biji cili api di tumbuk kasar BELI DI SINI

2 biji limau kasturi ( bergantung pada kemasaman yang dikehendaki)BELI DI SINI

2 biji tomato di belah 2

2 sudu besar sos ikan 

Batang saleri & lobak merah ikut suka 

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit minyak 

Air Secukupnya 

 

CARA PENYEDIAAN: 

  1. Tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan serai dan bawang besar dan cili tumis sebentar.
  2. Masukkan ekor beserta air rebusannya tadi.
  3. Masukkan sayuran daun saleri lobak merah
  4. Apabila sup mendidih. Masukan garam dan gula. Perah limau kasturi, rasa masakan, puas hati, siap untuk dihidangkan.

 

SELAMAT MENCUBA! 

 

Kredit foto & resepi: Putri Bungsu

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

https://www.rasa.my/kuah-rojak-homemade-resepi-ibu-ameera-yang-pasti-menjadi/ 

https://www.rasa.my/resepi-gulai-empat-isi-yang-sedap-menjilat-jari-dan-bertambah-nasi/ 

https://www.rasa.my/resipi-kuih-cek-mek-kelantan-mudah-hanya-guna-4-bahan/ 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official 

 

Published by
Nadzirah Rashid