Selain goreng bakar atau gulai, ikan juga sedap dibuat sup atau singang, sesuai sangat untuk anda yang tak ada selera makan. Namun sering menjadi masalah, ikan bila dimasak sup ada sedikit rasa hanyir jika tidak dicuci bersih. Agar sup ikan anda tidak menjadi sia-sia, cuba lima tip ini.
Ikan Yang Sesuai
Sebaiknya pilih ikan laut seperti ikan merah, kerap, tenggiri dan beberapa jenis lagi yang berisi putih dan berisi lembut.
Ads
Pastikan Ikan Segar
Yang terbaik adalah ikan segar dari pasar kerana ia akan rasa lebih sedap bila dimasak berbanding ikan yang telah difrozen. Pilih ikan yang tidak barbau hanyir, insangnya masih berwarna merah dan tekstur isinya masih kenyal.
Bersihkan Ikan
Cuci bersih ikan dari sisik, isi perut darah dan ingsang ikan di bawah air mengalir hingga betul-betul bersih hingga hilang bau hanyir. Boleh juga menggunakan perahan limau nipis, cuka atau air asam jawa untuk menghidar bau hanyir terutamanya pada ikan air tawar.
Ads
Gunakan Bahan Perapan Dan Rempah Ratus
Salah satu cara mudah menghilangkan bau adalah dengan menggunakan bahan tumisan seperti halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut, kemangi atau salam. Fungsinya untuk mengatasi bau hanyir dari ikan.
Ads
Selepas Sup mendidih Baru Masukkan Ikan
Tekstur isi ikan sangat lembut. Oleh itu anda perlu masukkan ikan apabila sup telah mereneh. Apabila ikan sudah masak dan cukup rasa segera tutup api dan sup ikan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Penat dengan hidangan berempah dan pedas, sesekali kita cuba masak daging rebus air asam. Wah pastinya dapat memecahkan selera. Hidangan ringkas ini pasti akan membuatkan anda makan bertambah-tambah. Jika mahukan rasa lebih masam, boleh juga menambahkan jus limau nipis.
BAHAN DAGING REBUS:
500g daging (hiris nipis)
3 batang serai (titik)
5 biji bawang putih (tumbuk kasar/hiris)
2 liter air
Garam
BAHAN AIR ASAM:
1 biji bawang merah besar |dihiris nipis
2 biji tomato |dipotong dadu kecil
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan | dihancurkan
1 biji cili merah | dihiris halus
2 biji cili padi | dihiris halus
½ biji lada benggala | dipotong memanjang
Garam
Gula
Sedikit kerisik
CARA MEMASAK:
1. Untuk memasak daging rebus, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk besar dan rebus hingga daging menjadi lembut dan empuk.
2. Toskan daging dan ketepikan seketika. Simpan air rebusan daging tadi.
3. Untuk membuat air asam, satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Tambahkan 1 cawan air rebusan daging tadi.
4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
5. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul hingga rata. Sedia untuk dihidangkan .
Memang renyah sikit nak masak nasi minyak Terengganu ni tapi bila dah siap memang puas hati perut pun kenyang! Mana taknya, meriah betul resipi lauk nasi minyak Terengganu yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook ni. Kalau ada majlis kecil-kecilan bersama keluarga masak resipi ni gerenti tetamu berselera. Saya kongsikan di bawah bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap resipi ini.
NASI MINYAK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1. Beras Basmathi Jasmin Parboil 1.8 kg. Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Untuk tumisan:
– Rempah 4 sekawan
– bawang besar 1biji dimayang
– bawang putih 2 biji dimayang
– daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
– minyak sapi
3. Kismis
4. Susu cair 1/2 tin
5. Sos tomato 5 sudu besar
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 2 inci (diketuk)
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan periuk elektrik
masuk minyak masak dan minyak sapi
tumis sampai naik baunya
masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras…
bila air dah mendidih…masukkan beras yang ditoskan..gaul rata…masukkan air…kalau beras jasmin parboil ni..yang telah direndam..sukatan air dengan beras ..air paras2 beras sahaja (ukuran air dengan beras dalam periuk)..
Nasi Air Thaimemang enak dan sangat mengenyangkan. Ringkas sahaja hidangannya namun rasa memang sedap. Sedikit berbeza dengan sajian bubur nasi biasa kerana ia dihidangkan bersama kuah sup serta bahan-bahan sampingan yang lain. Nasi Air Thai ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ichi Safitriada kongsikan resipinya. Resipi ini sesuai untuk hidangan 4-5 orang makan. Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI AIR THAI YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan beras 2 liter air 2 ulas bawang putih Kiub pati ayam – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Basuh beras, rendam hingga kembang dan simpan dalam peti sejuk beku semalaman. 2. Masukkan beras beku ke dalam periuk dan masukkan air, bawang putih dan kiub pati ayam. 3. Masak sehingga nasi jadi bubur. Jika beras masih keras, boleh tambah air hingga jadi lembik.
BAHAN KUAH: 1/2 bahagian ayam 1 kiub pati ayam 1/2 batang serai – dititik (jangan banyak nanti kuat sangat rasa serainya) 4 ulas bawang putih – ketuk 1 inci halia – ketuk 1 liter air Garam, gula & serbuk cukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat kuah, satukan semua bahan dan masak hingga ayam empuk dan kuah enak berperisa. 2. Bila sudah masak, keluarkan ayam dan carikkan isinya.
BAHAN LAUK SAMPINGAN: Minyak bawang putih – cincang bawang putih kemudian goreng dengan sedikit minyak masak. Biarkan sejuk. Simpan bersama minyaknya sekali. Bebola ikan – rebus sekejap dengan kuah sup tadi. Kangkung – celur dengan air panas Ikan bilis goreng – beli online disini Telur masin Cili flakes – beli online disini Air lada – kisar 3 biji cili merah bersama cili api merah. Tambah cuka, gula dan garam secukup rasa
CARA MENGHIDANG: 1.Tuang bubur nasi ke dalam mangkuk dan tambahkan lauk sampingan dengan secukupnya. 2. Tuang kuah sup panas-panas. 3. Nasi Air Thai sedia untuk dinikmati.