Sup ayam, hirup panas-panas memang sedap untuk memanaskan badan. Kali ini, kita buat sup kaki dan leher ayam. Buat cara tumis darat. Memang terasa aroma bawang gorengnya. Sedap dimakan dengan nasi, bihun atau mi. tambahkan sambal kicap. Memang bertambah-tambah jadinya.
Ikuti cara membuat Sup Kaki dan Leher Ayam Tumis Darat hasil perkongsian daripada Min Meena Manjalara ini. Memang sedap!
Rebus kaki dan leher ayam bersama kentang, lobak merah, sup bunjut, serbuk sup, akar daun ketumbar, batang saderi, bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah empuk semua bahan, baru masukkan perasa dan hirisan cendawan.
Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih untuk dimasukkan ke dalam sup yang telah mendidih tadi. Ini yang dinamakan tumis darat.
Ads
Masukkan tumisan bawang tadi ke dalam sup.
Siap untuk dimakan bersama nasi / bihun/ mi. Jangan lupa sambal kicap dan hirisan daun bawang/ sup/ ketumbar serta bawang goreng. Ada bergedil lagi sedap.
Sup cendawan lemak berkrim ini tentunya disukai ramai, tak kira orang dewasa mahu pun anak-anak. Sedap dimakan dengan roti bawang putih atau dihirup begitu saja pun sedap. Sesekali beralih selera ke barat syok juga ye.
Ada yang mungkin beranggapan, sup cendawan ini sudah nak membuatnya. Sebab itu lebih suka makan bila ke restoran atau beli yang segera.
Aduh. Rugi tu. Sebenarnya tak susah pun nak memasak sup cendawan di rumah. Nampak je macam susah. Tambahan pula, bila masak sendiri lagi puas makan.
Ikuti perkongsian resipi daripada puan Reen Amirini.
Kisar separuh daripada cendawan shiitake hingga lumat.
Panaskan planta di dalam periuk. Bila planta cair, masukkan bahan Holland dan tumis hingga terbit wangi dan bawang bertukar warna kekuning-kuningan.
Tambah tepung gandum dan kacau. Waktu ini ia memang berketul-ketul. Tapi teruskan mengacau.
Masukkan pula susu segar. Kacau lagi.
Kemudian masukkan cendawan shiitake yang diracik ke dalam adunan. Kacau lagi. Masukkan juga air secukupnya supaya sup tidak terlalu pekat. Terus kacau dari semasa ke semasa.
Setelah itu, masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk Oregano secukupnya dan gaul lagi biar sebati.
Tutup api. Siap. Boleh dimakan panas-panas.
Sebenarnya ada satu cara lain untuk membuatkan sup lagi halus iaitu dengan mengisar sup itu dan setelah itu dimasakkan sekali lagi. Tapi malas, cara ni pun dah okay. Masih terasa tekstur cendawan yang diracik saat mengunyah. Tetap sedap.
Biasanya menu untuk makan malam tak perlu yang berat-berat. Kalau dapat makan makanan berkuah seperti sup atau bubur pun sedap. Resepi chicken & corn soup mudah dan sedap yang dikongsikan oleh fatenmasak ni pun nampak menyelerakan untuk dijadikan hidangan makan malam. Sesuai juga jadi menu yang merancang untuk berdiet.
Chicken & Corn Soup
BAHAN-BAHAN
1 keping – Dada ayam (rebus dengan sedikit garam, simpan chicken stock)
1 batang – Daun bawang/Spring onion
1 ulas – Bawang putih/garlic
-\+ Chicken stock (air rebusan ayam tadi)
2 keping – Crab stick (carikkan)
1 keping – King oyster mushroom (potong nipis)
1-2 cawan – Corn kernals (ikut nak letak banyak mana)
1 cawan – Shredded chicken/isi ayam
1 nos – Telur/egg (kocak/beaten)
Lada sulah
1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air (mix)
Garam secukup rasa
Chicken cube (optional, saya tak letak)
Cuka
Daun bawang/
CARA MEMASAK:
1. Rebus isi ayam dengan sedikit garam sampai ayam lembut. Simpan stock ayam.
2. Tumis bawang putih & batang daun bawang, masukkan stock ayam rebus. Masukkan segala bahan, isi ayam, mushroom, crabstick. Masak sampai mendidih.
3. Campurkan tepung jagung dengan air, tuang dalam sup sambil kacau. Bila dah pekat tuangkan telur yang dikocak, kacau rata.
4. Perasakan dengan sedikit cuka dan garam. Last sekali tabur daun bawang.