Bahan Untuk Tabur Atas Sup: Daun sup Daun bawang Cili api kampung – boleh beli online di sini Limau nipis
Cara Memasak:
Terlebih dahulu, lamb shank yang telah dicuci bersih, direbus dahulu. Masukkan halia untuk hilangkan baunya. Air rebusan jangan dibuang.
Dalam periuk lain, panaskan minyak bawang putih. Telah cukup panas, masukkan rempah tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan pula bahan hiris tadi. Tumis sampai terbit wangi dan warna bertukar coklat keperangan tua (agak garing).
Ads
Setelah itu bolehlah masukkan serbuk sup dan gaul sebati. Masukkan lamb shank dan air rebusannya tadi. Gaul sekata.
Kemudian masukkan pula hirisan kentang dan asam gelugur. Kacau lagi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan menggelegak.
Setelah menggelegak, barulah masukkan lobak merah, cili padi dan tomato. Kacau lagi. Biarkan ia mereneh.
Orang Pahang pernah dengar atau masak tiga menu tradisional ini tak? Ketiga-tiga menu ni memang unik dan mempunyai rasa sedap tersendiri yang jarang-jarang jumpa. Rugi kalau menu ini lenyap begitu sahaja, kepada yang ingin mencuba berikut dikongsikan resipinya.
DAGING PECHOK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
Sedikit garam
Sedikit halia kisar
Sedikit bawang merah kisar
Sedikit bawang putih kisar
BAHAN SOS:
1 cawan santan pekat
4 sudu makan kerisik
1 biji bawang besar | dadu kecil
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
1 biji cili merah | hiris halus
CARA MEMASAK:
Potong daging kepada beberapa bahagian.
Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar.
Panaskan ketuhar dan bakar daging hingga masak.
Setelah masak hiris nipis dan ketepikan.
Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata.
Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu.
Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging.
Pechok Daging sedia dihidangkan.
SIPUT SEDUT GULAI ASAM ROM
BAHAN-BAHAN:
1 kg siput sendut | buang ekor, bersih dan tos.
1 cawan terung pipit | buang tangkai dan belah sedikit
Sedikit daun pucuk paku | ambil pucuk dan daun sahaja
3 sudu makan Asam Rom
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan siput sedut yang telah dibesihkan dalam periuk.
Tambahkan bahan kisar, terung pipit, pucuk paku dan air menutup paras siput sedut.
Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup.
Setelah masak dan cukup rasa. Tutup api.
Sedia dihidangkan.
GULAI KULAT SISIR CAMPUR DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
300gm kulat sisir | celur dan toskan
150gm daging tetel | celur dan hiris kecil
300ml santan
3 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam Jawa
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR KASAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili dan serai yang telah dititik tadi.
Setelah pecah minyak masukkan rempah kari, kacau rata.
Setelah garing masukkan kulat sisir dan daging cincang, diikuti santan dan air asam Jawa.
Kacau dan biarkan mereneh atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Daging jeruk tentunya membuka selera. Untuk menikmatinya, tak perlu masak terlalu lama. Hanya panaskan sedikit minyak dan goreng daging bersama hirisan bawang serta cili. Keenakan dan haruman bau daging jeruk goreng ni memang membuka selera. Jom cuba resipi mudah perkongsian saudari Salimah Olie ni. Sangat berbaloi.
DAGING JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Daging batang pinang ( tenderloin)
Lemon/limau nipis atau limau Kasturi – mana-mana yang ada dan mudah diperolehi
Garam halus secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis.
2. Ambil bekas berpenutup kemudian susun kepingan daging menajdi lapisan pertama.
3. Tabur garam halus secukupnya dan perah jus lemon/limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
4. Kemudian susun daging untuk lapisan kedua. Tabur garam dan perah limau secukupnya. Ulang langkah sama hingga kepingan daging habis.
5. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk di ruangan biasa selama 2-3 hari.
6. Bila daging bertukar warna pucat, dah boleh dimasak dan dinikmati.
7. Untuk menikmati daging jeruk, panaskan sedikit minyak dalm kuali dan masukkan daging jeruk. Daging tidak perlu dibasuh.
8. Bila daging hampir masak, masukkan hirisan bawang besar dan cili. Gaul rata dan masak hingga layu.
Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah meatball homemade yang sedap, resipi perkongsian saudari Nor Izzatie Mardu. Jom cuba!
1. Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus menggunakan chopper. Nak guna daging kisar readymade pun boleh. (Dapatkan CHOPPER berkualiti dengan harga berpatutan DISINI)
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.
3. Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.
4. Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.
5. Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!