Ada yang sedang berdiet? Boleh makan tapi kena tahu setiap kalori makanan yang diambil. Contohnya seperti memasak sup sayur cendawan sesuai untuk anda yang dalam program diet. Menurut Puan Zeti, sup sayur cendawan ini antara resepi sup KURUS yang diamalkan hampir 13 tahun.  Boleh memasaknya tiga hingga empat kali seminggu. Bagi menambah cita rasa boleh campurkan dengan sayur sawi Jepun. Selamat memasak dan berdiet semua.

Bahan-bahan:
Bahan A
4-5 ulas bawang putih tumbuk pecah
( khasiat: bakar lemak + buang kolestrol )
2 biji cili api hijau tumbuk pecah
( khasiat: bakar lemak )
2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dalam badan )
1 sudu besar minyak jagung

Bahan B
100gm isi ayam dipotong halus
( rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi hilang lendir ayam ) + rendaman ke dua rendam dengan air garam 10 minit kemudian cuci bersih untuk buang kesan ubat antibiotik yang dicucuk pada ayam )
1.5liter air tapis

Bahan C
Sawi
Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
Gula kelapa perang ORGANIC secukup rasa
Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa

Ads

Cara memasak:
1.Panaskan periuk dan letakkan minyak masak.
2.Tumis bahan A sehingga kekuningan.
3.Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak.Masukkan air tunggu hingga mendidih.
4.Kemudian masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi. Bila dah suam sikit masukkan gula perang dan garam bukit..
(Amalkan sup ini 4 -5 kali seminggu. Buat selama tiga bulan. InsyaAllah boleh kurus.

Info: Gula Kelapa Perang ( beli kat Jusco bahagian produk organic ) . Sawi jepun Cameron highlands ni ada kat jusco juga.

Penting: 
1 Jangan makan nasi, cepat naik berat. Makan sup sayur sahaja. JANGAN tambah nasi.

2. Makan nasi boleh..tapi jangan melepasi pukul 6 petang. so uols sesuaikan resipi ini dengan diri sendiri. Boleh makan sup ini SAHAJA selama 3 bulan atau campur sikit nasi putih guna beras kurang kanji. Guna beras basmathi.

Kredit resipi: Khairuzetti Zaini Collections

Ads

Tauhu Kukus Sambal Daging Kisar

Sos Perapan Ayam, Kambing, Daging & Sate. Resipi Jimat Pelbagai Hidangan

Ads

Aneka Sup Tambat Hati Keluarga, Pasti Menghirup Mereka Nikmatinya

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI