Dah beli tauhu tetapi tak tahu nak masak menu apa. Ada setengah buang begitu sahaja sebab tak pandai nak masak, salah carab oleh hancur.Boleh cuba resipi ni dan kalau betul caranya memang sedap rasanya. Sesuai juga sebagai menu diet.

Sup tauhu telur

Bahan-bahan:

  • 4 ketul tauhu telur(potong ikut suka)
  • Sedikit tepung jagung, jangan bancuh air. Biar kering(untuk sadur tauhu)
  • 2 biji bawang merah(hiris)
  • 4 ulas bawang putih(ketuk & cincang)
  • 2 hiris halia(cincang)
  • 4 biji cili padi (ketuk)
  • 1 biji telur
  • Isi ayam sikit
  • 1 sudu kecil maggi cukup rasa

Sup Tauhu Telur Menu Diet Yang Sedap

Cara memasak:

1.Golek-golek tauhu yang dah dipotong dalam tepung jagung.

Ads

2.Goreng sekejap dan angkat.

3.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.

4.Masukkan isi ayam dan cili padi.

5.Bila air ayam dah kering, masukkan air. Dah gelegak pecahkan telur dan kocak-kocak. Curah dalam kuah. Kemudian masukkan tauhu yang digoreng tadi. Kuatkan api.

6.Bancuh 1 sudu tepung jagung dengan sikit air. Curah dalam kuah untuk bagi pekat.

7.Perasakan dengan garam dan perasa kegemaran.

8.Siap untuk dihidang.

*perencah ikut suka. Kalau ada udang/sotong lagi manis je kuahnya.

*semasa menumis boleh letak sos tiram sesudu kalau suka.

*boleh pelbagaikan dengan sayur seperti lobak merah, brokoli, pak choy, baby corn, tomato atau cendawan shitake pun sedap.

Kredit: Shahlizawati Rahman Shah

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8c2yy9

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI