Sup Telur Chinese Style tambah dengan crab stick lagi sedap. Buat menu macam ni tak perlu makan dengan nasi, ratah macam tu pun pasti tak cukup semangkuk.

Sesuai juga jadi hidangan buat yang rasa tak sedap badan. Yang penting skill pecahkan telur supaya tidak bergumpal.

Memang sedap dan menyelerakan, rugi kalau tak cuba.

Sup Telur Chinese Style

Sup Telur Chinese Style, Tambah Crab Stick Lagi Sedap. Memang Tak Cukup Semangkuk

Bahan-bahan:

Bawang putih (cincang halus)

Ads

Halia (cincang halus)

Kiub pati ayam (tiada MSG)

Filamen ketam (dihiris nipis)

Telur ayam (dibancuh)

Tepung jagung (dibancuh)

Sup Telur Chinese Style, Tambah Crab Stick Lagi Sedap. Memang Tak Cukup Semangkuk

Cara memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
  3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.Sup Telur Chinese Style, Tambah Crab Stick Lagi Sedap. Memang Tak Cukup Semangkuk
  4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.Sup Telur Chinese Style, Tambah Crab Stick Lagi Sedap. Memang Tak Cukup Semangkuk
  6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.

Selamat mencuba.

Ads

Kredit: Zurina Zulkefli

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Ads

Sup Wantan Ni Hirup Panas-Panas Memang Sedap

Sup Ayam Thai, Rasa Sebiji Macam Kat Restoran

Resipi Sup Ayam Lada Hitam, Mudah Dan Sedap

https://www.youtube.com/watch?v=XRAEnFTBPGo&t=2s

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI