Musim hujan ni sedap nikmati sup yang dapat memanaskan badan. Pelbagai jenis sup boleh dibuat antaranya yang boleh kecur liur ialah sup tulang ala thai. Lebihkan cili dan asam limau.Hirup lak panas-panas. Pasti berpeluh nikmat tak terkata.
SUP TULANG ALA THAI
Bahan-bahan:
*rebus tulang dengan halia,lengkuas dan 1 biji sebiji bawang besar- belah 4 ,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga. Rebus hingga empuk.
6-7 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 biji bawang besar (belah 4)
Daun limau purut
3-4 biji cili melaka
2-3 batang serai (ketuk)
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan bahan-bahan lain. Masak sehingga layu daun limau purut.
2.Kemudian letak bahan ini dalam sup yang direbus tadi. Bagi empuk daging dulu baru letak bahan ini.
3. Letak sebiji tomato yang dibelah empat.
6.Perasakan dengan garam dan ajinomoto.
7. Akhir sekali letak batang saderi.
8. Tutup api. Siap untuk dihidang.
Kredit : Noorlela Hasri
#mahn
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, Klik sini