Sup Tulang Berempah Sedap Tak Ingat, Tak Buat Teringat-Ingat

Share

Sedap, segar menyelerakan, itulah yang dapat digambarkan apabila menikmati sup tulang. memang terangkat. Istimewanya selain boleh dimakan begitu sahaja, sup tulang juga boleh dipadankan dengan nasi putih, bihun, mi atau kuetiaw . Nak  pedas tambah sambal kicap.  Kepada yang nak cuba masak sendiri, RASA kongsikan resipi kerana lebih berbaloi buat sendiri.

SUP TULANG  BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang | cuci bersih dan toskan
  • 3cm halia | titik
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 1 batang serai
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN PENUMIS:

  • 8 ulas bawang merah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3 cm halia muda | hiris memanjang

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih

BAHAN HIASAN:

  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK:


1.  Masukkan tulang dalam periuk bersama air, serai, halia dan bawang putih  yang telah dititik. Rebus sehingga empuk.

2.  Kemudian, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersma rempah penumis hingga wangi

3.  Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang dicampur bersama dan dibancuh dengan sedikit air

4.  Setelah pecah minyak masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.

5.  Biarkan mereneh, tambahkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.  Selepas mereneh lebih kurang 10 minit dan cukup rasa, tutup api.

7.  Taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Published by
Norasida Myasin