
Sup tulang jangan pandang belakang, biar betul namanya. Menurut Feez Sulaiman yang berkongsi resipi dalam FB Resipi Sedap Mudah Buat maksudnya bila makan tu usah pandang belakang, depan , kiri dan kanan, fokus makan aje. Punyalah sedap sampai tak pandang ke mana dah.
Bagi mereka yang tercari-cari resipi sup tulang yang lain dari yang lain, resipi yang dikongsi ni sedap untuk dicuba.
SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG

BAHAN-BAHAN :
( Rebus sampai daging lembut )
- 1kg tulang

( Bahan kisar )
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 batang carrot
- 1 batang celery
- 1 batang leek

( Bahan tumis)
- 2-3 sudu besar minyak masak
- 1-2 sudu besar minyak sapi
- 1 @ 2 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji pelaga
- 1 labu bawang besar (hiris)
- 2 @ 3 sudu besar rempah sup

Sup bunjut
Garam
Lada sulah
( Bahan tambahan)
- Carrot
- Kentang
- Daun sup & Daun bawang
- Bawang goreng
- Cili padi
CARA MEMASAK :
1. Blend bahan kisar.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang goreng & 4 sekawan dulu,
Dah masak kekuningan, masukkan bahan tumis.

3. Pastikan tumis sampai masak.
4. Dah masak, masukkan bahan tumis dalam sup tulang yang dah direbus.

5. Masukkan kentang, carrot, sup bunjut, lada sulah, garam secukup rasa.
6. Biar masak sekejap.
* Siap! Taburkan bawang goreng, daun bawang, daun sup, cili padi, tomato (kalau nak).
Kalau ada sambal kicap lagi best!
Kredit :
Feez Sulaiman
FB : Resipi Sedap Mudah Buat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Sambal Tumbuk Sedap Guna Bilis & Rebung Kantan.

Suka makan nasi bersama sambal tumbuk bilis? Anda boleh cuba Sambal Tumbuk Bilis Rebung Kantan ni. Istimewanya sambal ni tak guna bunga kantan tau sebaliknya menggunakan rebung kantan. Wow..Mesti sedap & padu. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Aisyah ni. Nampak rare!
SAMBAL KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 pucuk rebung kantan
- Cili kampung secukupnya – ikut kepedasan yang disukai
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji limau Kasturi – ambil jusnya
- Bilis goreng secukupnya – anggaran segenggam kecil
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan cili kampung, bawang putih, rebung kantan, garam dan perasa. Tumbuk lumat.
2. Kemudian perahkan jus limau nipis. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga lumat sekali lagi.
4. Sedia untuk dinikmati.
5. Rupa rebung kantan.
Kredit resipi & foto: Nur Aisyah
Resipi Ayam Goreng Cili Api Paling Simple.Serius Sedap

Resipi yang satu ni dah terasa meleleh air liur. Inilah dia menu pembuka selera. Paduan ayam goreng dan cili api yang pedas menyengat memang buat bertambah korang makan. Buatnya pun mudah dengan bahan-bahan seperti di bawah ini
Ayam Goreng Cili Api
Bahan-bahan:
cili padi merah dan hijau ( kisar kasar)
Bawang besar
Bawang putih
Serai titik
1.Ayam goreng dulu dengan garam dan kunyit.
2.Tumiskan bahan blend….sampai garing
3.Dah garing..buh gula @perasa..garam sikit je….Masukkan ayam tadi
4.Masukkan air asam jawa..sikit.Gaul rata.
5.Ni pun da sdap mkn dgn nasi…tp sabo…sikit lagi
6.Letak kicap sikit.
7.Siap!
Kredit Resepi: Asmida Asman
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
3 Aneka Puff Pastri Lapis Yang Gerenti Gebu Dan Sedap

Puff Pastri atau Pastri Lapis memang renyah sikit buatnya. Memanglah ada dijual pastri yang siap diproses tetapi kadang-kadang kurang rasa marjerin atau menteganya. Anda boleh memilih samada hendak menggunakan mentega atau marjerin
Setiap kali proses mencanai dan melipat , jangan lupa merehatkannya dalam peti sejuk. Bila dah buat doh tu, buat lebih sikit kerana doh yang sama boleh digunakan untuk pelbagai menu berasaskan pasteri .
Ni min kongsikan 3 puff pastri dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam
1. CHEESE CREAM PUFF
BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KEJU:
- 250gm krim keju
- 250gm gula ising
- 2 sudu makan susu pekat
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan krim keju; Pukul krim keju dan gula aising hingga kembang. Masukkan dua sudu makan susu pekat dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
3. Ambil pastri majerin dan canai pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
4. Kemudian ambil pula doh tadi canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
5 .Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
6.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7.Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9.Keluarkan doh pastri dan canai lebar. Potongkan memanjang selebar saiz 1-1.5 cm atau saiz jari. Sapukan sedikit marjerin pada sudu garpu dan gulung puff pastri pada sudu garpu seperti bentuk siput.
10.Sapukan telur di permukaan puff pastri dan bakar pada suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
11.Angkat dan terus keluarkan puff pastri daripada garfu.
12.Paipkan krim keju ke dalam puff pastri dan sedia untung dihidangkan.
Info chef: Boleh kurangkan gula ising jika tidak suka terlalu manis ketika membuat krim keju.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak krim keju
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar
PUFF BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 40 biji bebola ayam
- 20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MASAK:
1. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
2. Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
3. Kemudian canai doh pula dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
4. Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
5. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
6. Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
9. Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
10. Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
11. Hidangkan bersama sos dan mayones.
Info chef: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa lemak keju dan bebola ayam sedap
Cara memasak: Bakar
PUFF PIR
BAHAN-BAHAN:
UNTUK PASTRI PUFF:
- 125 g tepung tinggi protein
- ½ sudu teh garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm Air
BAHAN UNTUK INTI PIR:
- 50gm gula perang
- 50gm air
- 1 biji pir |potong dadu kecil
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pir; mula-mula panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan masukkan serbuk kulit kayu manis.
2. Setelah itu, masukkan buah pir dan kacau rata hingga air kering, angkat dan sejukkan. Ketepikan.
3. Untuk membuat pastri puff; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli lagi hingga menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
4. Canaikan pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
5. Kemudian canaikan pula doh dan bentukkan petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
6. Selepas itu, canaikan doh pertama yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Kemudian canai semula doh pastri petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9. Ulangi langkah nombor 7 tadi untuk mendapatkan pastri yang berlapis-lapis.
10. Keluarkan doh pastri biarkan seketika. Canai lebar dan terap menggunakan pastry cutter berbentuk bulat. Pastikan besar daripada saiz lubang muffin tray.
11. Letakkan di dalam muffin tray dan letakkan inti di tengah. Sapukan telur di kelilingnya.Tutup dengan satu lagi kepingan doh pastri saiz yang sama. Kemaskan dengan menekan garpu pada sekeliling puff.
12. Sapukan telur di permukaan puff dan bakar dengan suhu suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
13. Keluarkan dari oven, biarkan suam sedikit dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Inti buah pir boleh dicampurkan dengan buah epal untuk rasa inti yang lebih enak. Jangan mencanai terlalu nipis untuk mendapatkan lapisan puff pastri yang baik.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa pir yang masam manis
Cara memasak: Bakar