
Di kalangan warga selatan atau Johor, sup tulang merah ni memang cukup popular. Dihirup begitu sahaja atau makan dengan nasi dan roti, perrghh past ilicin pingan.
Menurut empunya resipi Lailawati Ahmad sup ni main campak aje, InsyaAllah menjadi. Senang la kot membuatnya.
Kata empunya resepi sup tulang merah atau Bonesteak main campak taruk je ok. Nak tahu jadi ke tidak kenalah cuba kan..
SUP TULANG MERAH

BAHAN-BAHAN :
• 6 kg tulang kaki kambing
Bahan-bahan rempah:
• 2 cawan sos cili
• 1 1/2 cawan sos tomato
• 1 cawan tomato puri
• 4 cawan lada kering blend (nak lebih pun ikut suka)
• Bawang merah 1 cawan setengah (bersihkan)
• Bawang besar 2 hingga 3 biji (bersihkan)
• Bawang besar dan bawang merah bersihkan | kisar
• Halia besar ibu jari kaki, | belah dua ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan dia
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Basuh bersih tulang-tulang lepas tu masukkan dalam periuk yang sesuai.
2. Masukkan bahan-bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi, masa ni boleh letak garam dan gula sedikit.
3. Bila dah nak dekat masak tulang-tulang tu baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya.
4. Letak sedikit air sampai tutup semua tulang-tulang tadi.
5. Masak dengan api sederhana besar selama 1 setengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada dekat tulang-tulang tu lembut.

6. Setiap 10-15 minit kacau-kacau sup tu, bila daging yang ada dekat tulang-tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready.
7. Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit dan masaklah sampai nak pekat mana kuah tu, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan, jangan lupa tabur hirisan sayur kobis ye.

.
Resepi: Lailawati Ahmad
FB : Petua & Resepi CitarasaKu
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Chicken Chop & Sos Lada Hitam Homemade. Sedap & Tak Berminyak

Enaknya kalau dapat makan Chicken Chop. Kena pula dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga. Kuah Chicken Chop ni pun sesuai juga untuk lamb grill, stik atau meatball.
RESIPI CHICKEN CHOP HOMEMADE SEDAP

BAHAN-BAHAN CHICKEN CHOP:
- Paha ayam secukupnya
- Telur
- Serbuk roti secukupnya – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.

3. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar keraan ayam akan hangus dan isinya tidak masak.
5. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.
BAHAN SOS LADA HITAM:
- Bawang holland – beli online DISINI
- Bawang putih – beli online DISINI
- 1 biji ubi kentang – rebus – beli online DISINI
- 2 sudu makan mentega
- 1 kiub pati ayam – beli online DISINI
- Sos lada hitam secukupnya – beli online DISINI
- 1 sudu makan tepung gandum – beli online DISINI
- Lada hitam kisar secukupnya – beli online DISINI
- Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Potong dadu halus bawang holland dan bawang putih. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam. Jika buat banyak, lebihkan.
2. Masukkan sos lada hitam, ubi kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula dan sedikit air. Kisar sebati.
3. Cairkan mentega dan tumis bawang dadu tadi. Masak hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Kacau sebati.
5. Tambahkan kiub pati ayam dan kacau lagi hingga sos berkilat. Rasa sos bagi memastikan ia cukup rasa.
6. Kepekatan sos boleh diubah ikut cita rasa. Jika suka cair, tambahkan air.
7. Hidangkan bersama Chicken Chop dan coleslaw.

BAHAN COLESLAW:
- Kubis – dibersihkan
- Lobak merah – dibersihkan
- Mayones – beli online DISINI
- Sedikit gula
- Sedikit air panas
CARA MEMASAK:
1. Ambil kubis dan lobak merah. Cincang halus. Boleh juga dipotong dadu kecil.

2. Masukkan mayones, sedikit gula dan sedikit air panas. Gaul rata.
3. Simpan Coleslaw di dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha
Tercari-cari pilihan KUALI NON STICK terbaik? Boleh pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Jom Buat Sendiri! Resipi Mayones, Sos Lada Hitam & Sos Cili Thai

Menerusi posting di Facebook, saudari Aiezan Shaarie tidak lokek berkongsi cara beliau menghasilkan Mayones, Sos Lada Hitam dan Sos Cili Thai yang dibuat secara homemade.
Mayones, sos lada hitam dan sos chili thai semuanya saya buat sendiri. Jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ni semua nak save. Buat sendiri terjamin kebersihannya kan? Dapat pujian, sedap dan kekalkan rasanya! Aminnn…tak perlu beli lagi.
Kalau nak kuantiti yang banyak, gandakan je resepinya. Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak. Mayones dan sos chili boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam peti sejuk dengan cara penyimpanan yang betul. Back papper saya tak pasti. Saya berniaga jadi tak sempat simpan lama. Dah habis! Saya akan buat 3 jenis sos tu seminggu 2 kali. Selamat mencuba!
1. MAYONES

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur mentah – ambil putih dan kuning telur sekali ye
- 4 sudu makan gula
- 1 sudu makan garam
- 1/2 biji jus lemon – boleh gantikan dengan 1 sudu besar @ lebih cuka makan
- 2 cawan minyak masak /minyak jagung – beli online disini
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan (kecuali minyak) dan kisar.
- Setelah sebati, masukkan minyak sedikit demi sedikit sampai habis. Terus kisar sehingga adunan jadi putih dan likat.
- Kemudian masak bahan tadi menggunakan api paling kecil. Kacau hingga pekat. Pastikan ia sentiasa dikacau namun jangan sampai mendidih.
- Bila dah dapat konsistensi @ kepekatan yang anda nak, padamkan api dan sejukkan.
- Kisar sekali lagi hingga dapat tekstur yang halus. Siap! Sedia untuk digunakan.
2. SOS LADA HITAM @ BLACK PEPPER

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan lada hitam ( rendam dalam air selama 4 jam. Jika nak rasa lebih pedas, boleh lebihkan) – kisar – beli online disini
- 3 sudu makan tepung gandum – boleh lebihkan jika nak kuah yang pekat – beli online disini
- 1 biji bawang holland – dicincang / dikisar
- 1 kiub pati ayam – boleh lebihkan – beli online disini
- 1 cawan air – boleh lebihkan
- 3 sudu makan mentega / marjerin – beli online disini
- 2 sudu makan sos lada hitam – tak guna pun tak mengapa – beli online disini
- 2 sudu makan sos tiram – beli online disini
- 2 sudu makan kicap – untuk warna – beli online disini
- Garam, gula dan serbuk perasa
Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dan masukkan bawang serta lada hitam hingga naik bau.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
- Seterusnya masukkan air dan kiub pati ayam. Tambahkan kicap untuk mendapatkan warna yang kita mahu.
- Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Masak hingga pekat.
- Sedia untuk digunakan.
3. SOS CILI THAI

BAHAN-BAHAN:
- 10 biji lada besar ( cili merah)
- 5 biji cili padi merah – kalau nak pedas boleh lebihkan
- 3-5 ulas bawang putih
- 1 cawan gula – boleh lebih dan kurangkn jika mahu – beli online disini
- 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air. Tujuan untuk memekatkan sos. – beli online disini
- Sedikit garam – ikut citarasa
- 2 sudu makan cuka – nak rasa masam boleh lebihkan – beli online disini
- 4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Kisar cili/lada bersama bawang putih.
- Masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tambahkan gula. Sebatikan.
- Kemudian masukkan cuka, garam, air dan bancuhan tepung jagung. Kacau laju-laju hingga berkilat dan pekat.
- Rasa sos ikut kemanisan yang dikehendaki. Setelah semuanya ok, padamkan api. Sedia untuk digunakan.
Kredit resipi & foto: Aiezan Shaarie
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
20 Resipi Kuih, Manisan & Lauk Pauk Berasaskan Ubi Kayu

Sebut sahaja ubi kayu, ramai yang mengingati terutamanya bagi mereka yang sempat merasai keperitan hidup di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dahulu.
Dan pada waktu itu, ubi kayu adalah makanan yang popular dan dijadikan sebagai pengganti nasi. Namun kini, ubi kayu bukanlah lagi makanan utama, tetapi anda boleh menikmati pelbagai menu yang boleh menggunakan ubi kayu.
Dan sempena bulan Ogos ini, di mana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65, RASA kongsikan 20 resipi kuih, manisan dan lauk-pauk yang berasakan ubi kayu. Selamat mencuba!
GETUK UBI KAYU

BAHAN-BAHAN
5-6 ketul ubi kayu saiz sederhana
1 biji kelapa muda parut
1 cawan gula (boleh tambah kalau rasa kurang manis) – beli online di sini
1 sudu kecil garam – beli online di sini
BANCUHAN TEPUNG
1 biji telur
1 cawan tepung beras – beli online di sini
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit – beli online di sini
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng
Dapatkan Telaga Biru Ensiklopedia Adab dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1.Kupas ubi kayu dan basuh hingga bersih. Kemudian, rebus hingga ubi menjadi empuk. Namun jangan rebus sampai lembik. Angkat dan toskan. Sejukkan dahulu.
2. Ketuk atau tumbuk ubi yang direbus tadi sehingga hancur. Sambil-sambil ketuk, buang urat-urat ubi kayu.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan gula, kelapa parut dan garam. Gaul hingga ia betul-betul sebati.
3. Kemudian, uli bulat-bulat adunan ubi tadi. Saiz ikut selera masing-masing.
4. Sementara itu, sediakan bahan salutan. Kacau telur terlebih dahulu. Kemudian, tuang ke dalam adunan tepung, kunyit dan garam. Kacau rata. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Pastikan adunan tak cair dan juga tak terlalu pekat.
5. Salutkan bebola ubi tadi dengan adunan tersebut. Pastikan ia disalut rata.
6. Panaskan minyak. Goreng bebola ubi sehingga ia keemasan. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Belanga Kekda
KUIH TALAM UBI KAYU

BAHAN-BAHAN (BAHAGIAN BAWAH)
* 3 1/2 cawan ubi kayu | diparut/ dikisar
* 1 1/2 cawan santan – beli online di sini
* 1 cawan gula merah – beli online di sini
* 1/2 cawan gula pasir – beli online di sini
* 1 sudu kecil garam halus
* 1/2 cawan air
* Sehelai daun pandan disimpul
CARA-CARA:
1. Ubi yang dah dikisar, diperah dengan tuala atau kain nipis yang bersih untuk buang air pahitnya. Ambil sekali sagunya yang termendap di bawah air kembali ye. Hasilnya ubi-ubi jadi kering sedikit.
2. Kemudian masak 1/2 cawan air bersama gula merah, gula pasir, garam halus dan daun pandan yang disimpul atas api sekejap hingga mendidih atau hingga gula cair.
3. Biarkan suam sikit dan tapiskan ke dalam ubi tadi. Jangan lupa masukkan juga sagunya.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang 10 inci/ 26cm yang telah disapu dengan sedikit minyak. Ratakan adunan dengan senduk dan kukus selama 25 minit.
BAHAN-BAHAN (BAHAGIAN ATAS/ KEPALA SANTAN)
* 1 1/2 cawan tepung gandum – beli online di sini
* 2 sb tepung ubi kayu – beli online di sini
* 3 1/2 cawan santan pekat – beli online di sini
* 1 1/2 sudu kecil garam halus – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Campur semua bahan dan kacau hingga sebati agar adunan tak berbiji-biji.
2. Tapiskan atas adunan ubi yg dikukus tadi perlahan-lahan.
3. Kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
4. Buka penutup kukusan. Sekiranya ada air wap atas kuih, sengetkan loyang bagi keluarkan air tu dulu. Kemudian kukus 5 minit lagi tanpa penutup kukus. Tujuannya untuk pemukaan kuih tu cantik dan lambat basi.
5. Sejukkan dulu betul2-betul. Kemudian baru elok dipotong dengan pisau plastik yang disapu dengan sikit minyak.
TIP*Balut penutup pengukus dengan kain/ towel bersih bagi mengelakkan air dari menitik atas kuih, nanti tak cantik. Kalau guna penutup kaca tak perlu bungkus, hanya sengetkan penutup setiap 10 minit.
Kredit: Nora Zi
BENGKANG UBI

BAHAN-BAHAN
8 cawan ubi kayu | disagat
4 cawan santan – beli online di sini
2 cawan gula pasir – beli online di sini
2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA-CARA:
1.Satukan dan gaul sebati semua bahan di atas.
2.Sapukan marjerin pada loyang. Tuang bancuhan tadi ke dalam loyang, kemudian boleh la dibakar dengan api atas bawah.
3. Guna suhu 160C, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
*Bingka ni lepas masak nampak macam lembik, tapi jangan risau. Dah masak elok luar dalam. Tunggu sejuk, baru boleh dipotong.
Kredit resipi: Noriza Awang Hamat
TEPUNG BOKO UBI KAYU GUNA BLENDER

BAHAN-BAHAN :
1 ½ kg ubi kayu
2 keping gula Melaka/nise besar – beli online di sini
1 cawan air
3 cawan santan segar atau 1 biji kelapa parut – beli online di sini
3 sudu besar tepung beras – beli online di sini
Daun pandan
½ sudu kecil pewarna kuning (optional) – beli online di sini
*Dapatkan blender di sini – beli secara online
CARA-CARANYA:
1.Buang kulit dan potong ubi kayu kecil-kecil, basuh dan kisar.

2. Tapis ubi kayu yang telah dikisar untuk buang air ubi kayu. Ambil isi sahaja.

3. Masak gula melaka/nise bersama secawan air. Letak daun pandan. Tak nak letak pun tak apa. Jika rasa kurang manis, boleh letak gula 2 sudu besar.

4. Campurkan gula melaka @ nise yang dah cair tadi ke dalam ubi kayu yang dah dikisar tadi. Letak pewarna kuning sikit (jika tak nak letak pewarna pun tak apa) dan gaul sehingga sebati.




5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20-30 minit.
6. Bila warna dah bertukar gelap, tanda ubi dah masak. Boleh cucuk guna hujung sudu @ lidi,jika tak melekat maknanya ubi dah masak.
KUAH SANTAN :
1. Perah santan parut bersama 3 cawan air, kacau atas api. Kena sentiasa kacau supaya tidak berketul dan meruap.

2.Masukkan sedikit garam kasar, tepung beras dan kacau supaya tidak berketul. Jika berketul, boleh tapis.
3. Dah siap dan sedia untuk dihidang.
Nota tambahan: kisar ubi ni, letak air macam biasa, nanti tapis. Tak ada masalah air banyak ke sikit masa kisar.
Kredit resipi: Ismi Aishah
KUIH ULAT SUTERA

BAHAN-BAHAN:
1kg parutan ubi kayu | ubi kayu dibuang kulit, belah 2 dan cabutkan tali dalam, kemudian rendam dalam air 3-4 jam. Toskan sebelum diparut
70g gula pasir – beli online di sini
50g tepung ubi kayu – beli online di sini
200ml santan pekat segar – beli online di sini
1/2 sudu teh garam
Pewarna yang disukai – beli online di sini
BAHAN-BAHAN SALUTAN /TABURAN:
1 mangkuk besar kelapa parut muda | digoreng dalam kuali tanpa minyak 2 minit
Kacang tanah | digoreng & tumbuk kasar – beli online di sini
Bijan putih | digoreng tanpa minyak 4- 5minit – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Ubi kayu parutan tadi, saya tapiskan sampai kering air (air tapis tu jangan buang). Simpan dalam mangkuk dan tunggu 20 minit.
2.Kemudian, kita buang air kuning atas dan tinggal tepung putih di bawah kita campurkan dengan parut ubi kayu.
3. Satukan parutan ubi kayu, tepung, gula, santan dan garam. Gaul rata hingga sebati.
4. Bahagikan kepada empat bahagian. Masukkan pewarna pilihan anda ke dalam setiap bahagian.
5. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
6. Kukus selama 15 minit (kukus dalam 7 minit, kita lap penutup sekali untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas talam).
7. Bila dah masak, angkat dan tunggu sejuk. Potong jalur memanjang. Kemudian, golekkan di dalam kelapa parut.
8. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur dengan kacang tanah dan bijan.
Kredit resipi : Mung Ris
UBI KAYU GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
1 batang ubi kayu saiz sederhana
1 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 cawan air
2 sudu minyak masak – beli online di sini
4 cawan minyak masak untuk menggoreng
Secubit serbuk kunyit – beli online di sini
Secubit garam
Secubit serbuk lada putih
CARA-CARA:
1. Potong ubi bentuk jejari atau kepingan. Jangan terlalu nipis.
2. Masukkan serbuk kunyit ke dalam tepung gandum. Gaul sebati.
3. Masukkan garam, serbuk lada putih, minyak masak. Gaul lagi.
5. Kemudian, masukkan air dan bancuhkan. Pastikan tidak terlalu cair.
6. Masukkan ubi yang siap dipotong dan dibersihkan tadi. Gaul rata.
7. Goreng dalam minyak yang banyak. Angkat dan toskan. Sedia dihidang
Kredit resipi: Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd
PEMPEK SINGKONG CUKO TAUCO
Pempek ini ialah hidangan yang berasal dari Palembang, Selatan Sumatera, Indonesia. Resipi pempek ini menggunakan ubi kayu atau singkong ternyata enak. Dipadukan dengan cuko tauco.

BAHAN PEMPEK
500 gram ubi kayu | kukus dan dihaluskan
500 gram daging ikan tenggiri giling
2 biji putih telur
6 sudu makan tepung ubi kayu – beli online di sini
6 sudu teh serbuk bawang putih
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula pasir – beli online di sini
2 sudu teh secukup rasa
CARA-CARA:
1.Di dalam bekas, masukkan daging ikan tenggiri giling, gula pasir, secukup rasa dan putih telur. Gaul sehingga ia sebati.
2.Masukkan ubi kayu yang sudah dihaluskan. Gaul lagi hingga sebati.
3.Masukkan garam dan gaul lagi. Kemudian, masukkan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit. Gaul lagi.
4. Didihkan air di dalam periuk.
5. Ambil satu sudu makan adunan, letakkan di atas papan yang sudah ditabur dengan tepung (untuk tujuan adunan tidak melekat). Uli dan bentukkan menjadi panjang.
6. Kemudian, masukkan adunan pempek tadi ke dalam air yang sedang mendidih. Rebus sehingga ia masak. Apabila sudah terapung, biarkan sekejap baru diangkat. Toskan.
7. Kemudian, goreng pempek sehingga garing. Toskan dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN CUKO TAUCO
100 gram tauco botol
100 gram cili merah – beli online di sini
30 gram bawang putih – beli online di sini
15 gram gula pasir – beli online di sini
100 gram gula merah – beli online di sini
300 ml air
4 biji limau kasturi (ambil airnya) – beli online di sini
4gm garam
CARA-CARA:
1.Rebus cili merah dan toskan.
2. Kisar cili merah, bawang putih, tauco, gula merah, gula pasir, garam, jus limau kasturi dan air sehingga halus.
3. Tuang ke dalam mangkuk. Perasakan sama ada sudah seimbang rasa manis, masam.
*Pempek singkong digoreng dan dipotong dahulu. Kemudian, disiram kuah cuko tauco.
Kredit resipi: Unique Al Khansa
TAPAI UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
2kg ubi kayu
1 biji ragi
CARA-CARA:
1.Ubi kayu dikupas dan dipotong (cuci bersih). Rebus dalam 20 minit menggunakan api besar.
2.Cucuk sikit, agak-agak dah boleh cucuk, matikan api dan terus toskan. Jangan sampai pecah. Biarkan sampai sejuk dalam 2-3 jam.
3.Kisar ragi dan ayak atas ubi tadi guna penapis air.
4.Ambil periuk dan alaskan daun pisang. Susun ubi tadi yang dah diragikan dalam periuk. Tutup dengan daun pisang kemas-kemas.
5. Tutup periuk dan bungkus dengan kain. Simpan tempat gelap atau dalam ketuhar selama 2 malam. Lepas tu, bolehlah jengah-jengah jika apa jadi. Kalau manis tu, jadi la.
Kredit resipi: Asmida Fazeli
PINDANG TAPAI UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
Tapai ubi
3 cawan santan
1 keping nisan /gula melaka
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Sedikit tepung jagung
CARA-CARA:
1. Masak santan sehingga mendidih. Kacau selalu.
2.Letak nisan @ gula melaka secukup rasa. Letak daun pandan.
3. Kacau sehingga sebati. Letak tepung jagung untuk pekatkan.
4. Letak tapai ubi sekejap dan terus angkat. Sedia untuk dimakan.
Kredit resipi: Hot Oven McKay
UBI KAYU TUMIS BILIS

BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
1/2 cawan ikan bilis
3 tangkai cili kering | potong kecil
1 biji cili merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
4 ulas bawang putih | hiris halus
1 sudu teh serbuk cili
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA-CARA:
1.Di dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
2.Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
3.Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
4.Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
5.Tambah garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.
BINGKA UBI KAYU CHEESE

BAHAN-BAHAN:
250g cream cheese
250g gula
2 biji telur
800g ubi kayu sagat (tapis airnya)
400ml santan
Pewarna kuning
CARA-CARA :
1. Pukul cream cheese dan gula sehingga rata dan sebati.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan pula ubi kayu yang disagat tadi dan santan sambil kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar di dalam ketuhar (sapu sedikit mentega ke dalam loyang sebelum dipanaskan)
5. Bakar suhu 170C selama 1 jam 30 min sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.
Kredit resipi: Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd
RENDANG PELBAGAI UBI

BAHAN-BAHAN:
1 batang ubi kayu
2 biji ubi keledek sederhana besar
2 biji ubi kentang – beli online di sini
1 biji ubi keladi sederhana besar
1 liter santan pekat
10-15 tangkai cili kering – beli online di sini
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
2 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
Garam, lada sulah dan gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kesemua ubi dikupas dan potong dadu sederhana. Rebus hingga separuh empuk. Angkat, tos dan ketepikan.
2.Cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar halus.
3.Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar masak.
4.Masukkan campuran ubi, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan santan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
5.Tambah garam dan gula perang secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
PECAL PUCUK UBI MAK TON

BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
3 sudu makan gula perang atau pasir
1 biji cili merah | dihiris
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih | dihiris
2 biji bawang merah | dihiris
1cm halia | dihiris
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA-CARA:
1.Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2.Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
4.Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
9. Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI

BAHAN-BAHAN:
500gm daging yang telah disalai | hiris nipis
1 cekak pucuk ubi | ambil pucuk dan daun muda
1 liter santan
1 keping asam jawa
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1.Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan kacau rata.
2.Renehkan di atas dapur dengan api sederhana.
3.Setelah mendidih masukkan hirisan daging, serai dan terus kacau.
4. Selepas lima minit, masukkan pula pucuk ubi bersama asam gelugor.
5. Apabila daging empuk dan pucuk ubi lembut, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api, gulai daging salai sedia dihidangkan.
RENDANG PUCUK UBI

BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | dibersihkan
1/2 kg santan pekat
3 keping asam gelugur
5 batang serai | dititik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
100gm ikan bilis
2cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
10 biji cili api
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya.
2.Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi.
3. Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing.
4. Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
BELEBAT UBI SAGU

BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
200gm gula merah
16 sudu makan gula
750ml santan
100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA-CARA:
1.Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
2. Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
3. Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak. Enak dinikmati panas.
PENGAT UBI-UBIAN

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu
1 biji ubi keledek | potong dadu
1 batang ubi kayu | potong dadu
1 cawan labu | dadu
1/2 cawan sagu | rendam dan toskan – beli online di sini
2 cawan santan pekat – beli online di sini
200gm gula – beli online di sini
Secubit garam
Sehelai daun pandan | simpul
CARA-CARA:
1.Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan.
2. Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk.
3. Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati.
4. Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi.
5. Tambah secubit garam. Pengat sedia dihidangkan.
PENGAT UBI KAYU BERSAGU

BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu
1 liter air
200gm santan pekat – beli online di sini
1 ketul gula Melaka – beli online di sini
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya – beli online di sini
100gm sagu mata ikan – beli online di sini
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
3. Angkat dan sedia untuk dihidang.
LEPAT UBI

BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kayu | diparut
135 ml santan pekat – beli online di sini
230 gm air gula Melaka – beli online di sini
1 sudu makan gula pasir – beli online di sini
Secubit garam
1 helai daun pandan | disimpul
Daun pisang | dilayur atas api kecil
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.
2. Sediakan daun pisang secukupnya.
3. Daun pisang dicuci bersih dan lap kering.
4. Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil.
5. Letak dua sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan.
6. Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli.
7. Kukus lepat antara 30 – 45 minit.
8. Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.
KEK UBI KUKUS

BAHAN-BAHAN:
700gm ubi kayu | dicincang
150gm ubi keledek
150 gula kastor – beli online di sini
½ sudu teh garam – beli online di sini
350gm santan cair – beli online di sini
50gm santan pekat – beli online di sini
50gm air pandan
CARA-CARA:
1.Mula-mula, kukus dahulu ubi keledek. Kemudian, lenyekkan.
2. Di dalam mangkuk yang sama, satukan ubi keledek tadi dengan ubi kayu, gula, garam dan santan. Kacau hingga sebati.
3. Kemudian, asingkan separuh daripada adunan tadi dan masukkan ke dalam kuali bersama dengan santan pekat.
4. Kacau adunan di dalam kuali tersebut dengan menggunakan api perlahan sahaja. Sentiasa kacau hingga ia betul-betul sebati dan pekat.
5. Kemudian, masukkan ke dalam loyang 8×8 empat segi. Pastikan loyang tersebut dialas dengan daun pisang. Tekan-tekan adunan sehingga ia betul-betul mampat. Kukus selama 20 minit.
6. Sementara itu, baki adunan yang tinggal tadi dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan air pandan dan kacau sehingga ia menjadi pekat serta likat.
7. Apabila sudah pekat, masukkan adunan hijau ini di bahagian atas adunan awal yang dikukus tadi. Tekan-tekan sedikit bagi ia betul-betul sekata. Kukus lagi selama 20 minit atau sehingga ia masak.
8. Apabila sudah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Hidangkan dengan salutan kelapa parut.
*Untuk salutan kelapa parut, campurkan 100gm kelapa parut bersama ½ sudu teh garam. Kacau sebati dan kemudian kukus selama 10 minit.
Kredit resipi: Journal from Silver Jade’s Kitchen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nak Bihun Goreng Kosong Nampak Cantik & Berkilat, Boleh Ikut Tip Yatie Kitchen Ni
Khasiat Lemon, Kurma Bantu Masalah Kolestrol, Boleh Cuba Minuman Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:

