Masak sup kalau kena rasa memang menghirup kuah dibuatnya. Nak masak sup tulang pastikan tulang direbus dengan lembut. Sebaiknya masak guna periuk tekanan tinggi lagi cepat siap. Sup yang ditumis dengan rempah ratus memberi aroma yang enak dan sedap untuk dinikmati.
SUP TULANG RAWAN BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :-
8 ketul tulang rawan
1 bungkus sup bunjut sup tulang
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar rempah sup
1 batang serai
Rempah 4 sekawan
Kentang
Lobak merah
Batang sadri
Daun bawang
Daun sup
Daun ketumbar
1 biji tomato
1 biji limau nipis / 3 biji limau kasturi
Bawang goreng
Serbuk lada hitam
Perasa garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:-
- Di dalam periuk rebus tulang bersama bawang & halia yang ditumbuk kasar beserta serai dan rempah 4 sekawan juga serbuk lada hitam
- Rebus sehingga tulang empuk
- Masukkan kentang, lobak merah & tomato serta batang sadri
- Di dalam periuk yang lain, tumis serbuk rempah sup sehingga pecah minyak
- Selepas rempah sudah pecah minyak, masukkan rempah tersebut ke dalam periuk rebusan tulang tadi dan kacau hingga sebati
- Sesuaikan rasa
- Perahkan air limau. Setelah sup sudah masak, masukkan hirisn daun bawang, daun sup, daun ketunbar dan bawang goreng.
- Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos :RM18
Tip :- Sup ini sedap di makan bersama cili kicap bersama bawang putih.
Kredit : Rozelkitchen
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI