Sup Tulang Rusuk Power.

Share

Tulang rusuk memang enak dimasak sup. Terasa kesegaran serta rasa asli saging dalam setiup hirupan.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tulang rusuk lembu | bersihkan dan rebus ¾ empuk
  • 400ml air rebusan tulang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 50gm rempah sup
  • 2 inci halia | hiris tebal
  • 1 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
  2. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

 

 

Info chef:  Boleh hias dan perah sedikit limau nipis yang menambahkan kesedapan sup.

Published by
Nur