Ada yang teringin nak menikmati makaroni bakar? Semerbak harum bau bila membakarnya nanti. Senang saja membuatnya walaupun banyak step nak membuatnya tapi mudah mengikut langkahnya. Bahan-bahan untuk menggoreng makaroni ini boleh ikut selera masing-masing sama ada nak tambah lauk atau sayur dan kepedasan yang diingini.
Makaroni Bakar
Bahan-bahan :
250gm makaroni elbow, rebus 3/4 masak
200gm keju, potong dadu
3 batang sosej, dihiris
100gm daging lembu, cincang
400ml susu cair
5 butir telur ,kacau rata
1 biji bawang bombay, hiris kecil
2 senduk makan marjerin
1/2 sudu teh lada hitam
garam, gula secukupnya
100gm lobak merah&jagung
Topping sos putih:
1 sudu makan marjerin
2 sudu makan tepung gandum
250ml susu cair
garam, lada hitam
100gm keju parut
Cara memasak:
1.Tumis bawang bombay dengan marjerin sampai bawang layu.
2.Masukkan daging cincang. Tumis sampai daging masak.
3.Campur semua bahan bakar termasuk tumisan daging, gaul rata.
4.Tuang ke dalam pinggan tahan panas .
Topping:
1.Cairkan marjerin, masukkan tepung, gaul hingga rata.
2.Tuangkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau cepat agar tidak berbutir-butir.
3.Masukkan garam dan lada hitam.
4.Tuang topping ke atas bahan yang hendak dibakar, ratakan, tabur dengan keju parut.
5.Bakar hingga masak di dalam ketuhar selama 15 minit.
Kredit resipi dan foto:@sanz.tjks
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER , JOM KLIK DI SINI.